BAB 23

200 24 0
                                    

KABEDON!

Situasi ini biasanya berlaku antara lelaki dan perempuan yang memiliki hubungan kasih sayang macam dalam cerita anime. Tapi aku tak tahu kenapa benda ni jadi dekat aku juga masa aku jalan-jalan dekat belakang bangunan sekolah. Niat aku nak cari tempat duduk sementara tunggu Fa. Tapi lain pula yang datang.

Jauhari yang diserang secara tiba-tiba itu tidak mengelak kerana kedua-dua tangannya penuh dengan barang-barang yang dibelinya ketika melawat banyak gerai di sekolah ini. Dia tersandar pada dinding sambil melihat ke arah seorang lelaki yang tidak dikenali di hadapannya. Wajahnya kelihatan tidak berpuas hati.

Manusia yang berada di hadapannya itu baru sahaja terjun dari atas bumbung bangunan sekolah. Kelihatannya dia bukan calang-calang orang. Dia juga bukan pelajar di sekolah ini.

"Apa kau nak?" Soal Jauhari kepada lelaki itu.

Dagu Jauhari dipegang. "Kau la yang dah ganggu Kobra semalam, kan? Mereka kata baju yang kau pakai ni sama macam baju semalam." Pelitup mulut Jauhari ditarik sehingga tercabut.

"Kobra? Kau tu satu kumpulan dengan mereka ke?" Jauhari masih berdiri di situ.

"Tak. Aku dihantar atas arahan ketua Seiryuu. Kobra nak aku hapuskan kau, Shinigami."

Jauhari tersenyum. "Salah aku ke? Tapi aku tak ganggu orang kalau orang tak ganggu aku. Semalam aku baru balik dari beli barang. Mereka tiba-tiba serang aku."

"Heh. Jangan nak berdalih. Ryuken mesti dah upah kau untuk ambil balik kawasan tu." Soalnya yang masih sedemikian.

"Ryuken? Untuk apa? Dia pun dah tak nak terlibat dalam dunia gelap lagi. Dia tak peduli pun pasal ni. Adakah tu yang ketua Kobra beritahu kau? Aku tak berminat pergaduhan. Kalau mereka menyerang. Aku terpaksa. Shinigami tak gila kuasa. Lebih baik Seiryuu tarik diri daripada terlibat dengan masalah ni. Kobra tu hanya sampah." Kata Jauhari dengan serius.

"Kau tak ada hak nak ajar aku."

"Kalau betul aku yang mula pergaduhan tu. Kenapa aku tak panggil semua geng aku turun padang? Dekat kawasan tu ada lebih lima orang sedang memerhati. Kenapa biarkan aku yang tak minat bergaduh ni dibelasah?"

"Heh. Kau yang belasah mereka."

Jauhari geleng kepala. "Aku hanya penonton. Bodyguard aku muncul masa kritikal. Ryuken pula kebetulan lalu situ sebab baru balik dari kerja. Aku nasihatkan kau sekali lagi. Jangan masuk campur urusan ni. Untuk apa kerjasama dengan Kobra tu?"

"Aku hanya ikut arahan." Kata lelaki itu.

Jauhari mengeluh. "Apa-apa jadi nanti. Jangan kata aku tak beri amaran."

Pandangan tajam diberikan kepada Jauhari. Dagu Jauhari sengaja dipicit untuk melepaskan perasan geramnya itu. Jauhari pula langsung tidak bergerak. Kesakitan itu ditahan.

"Tak guna. Tangan aku penuh. Macam mana nak gerak? Kaki aku dah kebas sebab sekolah ni luas sangat. Banyak tempat pula tu nak lawat. Dah la tak ada lif. Banyak tingkat pula tu. Mana Fa ni?" Jauhari mengeluh dalam hati.

"Kenapa kau tak lawan?"

"Aku dah kata. Aku tak minat gaduh. Kalau kau tak ganggu Shinigami. Kami tak akan ganggu kau. Sebab ada yang lagi kuat daripada aku akan uruskan sesiapa yang ganggu Shinigami. Seiryuu patut jaga diri daripada terlibat dengan Kobra." Kata Jauhari dengan tenang.

"Kau nak cabar Seiryuu ke?" Dia sengaja mendekatkan wajahnya dengan pandangan dingin.

Jauhari tersengih. "Tak. Hanya amaran."

"Woi! Berani kau cuba cium abang aku." Tengking Faiz sambil membaling kipas tangan ke arah lelaki yang tidak dikenali itu.

Lelaki itu mengelak. Faiz menghampiri Jauhari. "Abang tak apa-apa ke? Dia dah cium abang ke belum?"

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now