BAB 12

250 24 3
                                    

Tiga orang anggota polis berdiri di hadapan sebuah pagar yang melindungi rumah tradisional Jepun. Masing-masing ternga-nga melihat rumah itu kerana mereka tidak pernah tahu kewujudan rumah tersebut di tanah peribadi milik SHIN Property. Mereka mendapat alamat rumah tersebut daripada pasukan yang mencari maklumat tentang Jauhari. Hanya mengambil masa sehari.

Mereka bertiga tiba di situ pada waktu petang selepas selesai tugas utama masing-masing. Mereka bertiga hanya naik satu kereta yang dipandu oleh Inspektor Nizam.

"Sekarang dah tak ada ragu-ragu yang Jauhari ni bukan biasa-biasa." Kata Fairuz.

"Nak tekan loceng ke?" Tanya Inspektor Fartini.

Inspektor Nizam pula telah tekan loceng pada sisi kiri pintu pagar itu ketika wanita itu berbicara. Fairuz pula terkejut.

"Eh? Serius la? Kita nak masuk ke? Rumah yakuza ni." Kata Fairuz.

"Kita datang nak berbincang. Bukan nak menyerang." Kata Inspektor Nizam.

Pintu pagar tiba-tiba dibuka. Pada masa yang sama seseorang melayang keluar dan terlanggar manusia yang membuka pintu itu. Mereka bertiga terkejut.

"Faiz?" Kata mereka bertiga dalam hati sambil melihat manusia yang terterap di hadapan mereka.

"Setan! Bangun la. Berapa lama lagi kau nak duduk atas aku, ha?" Tengking Faiz kepada manusia di belakangnya.

Lelaki itu terus berdiri bersama-sama pedang kayu miliknya. "Sorry, Tuan Fang." Katanya sebelum dia melihat ke arah tiga manusia di hadapan mereka.

Cepat-cepat dia menutup mulutnya. "Alamak. Apa polis buat dekat sini?" Fikirnya.

"Wild! Aku tak suruh kau teman Fa dekat situ. Cepat la." Jerit Jauhari yang hanya berseluar pendek dengan pedang kayu pada kedua-dua tangannya.

Di hadapannya terdapat sepuluh orang ninja pelbagai senjata. Mereka hanya berpakaian biasa ketika latihan. Latihan ini perlu dilakukan di luar bilik latihan bagi mengelakkan kemusnahan besar-besaran berlalu. Puan Aqila tidak teragak-agak untuk membebel.

Faiz berdiri. "Macam mana boleh jumpa rumah ni?"

"Kami cari maklumat pasal Jauhari. Untuk pastikan sesuatu." Kata Inspektor Nizam.

"Sesuatu?"

"Shinigami." Kata Fairuz sepatah.

Faiz menjeling ke arah Wild yang sudah berlari ke arah Jauhari. Dia tiba-tiba senyum dan berkata. "Heh. Memang dah dijangka. Tapi tak sangka seawal ini."

"Eh? Kamu tahu kami nak datang?" Tanya Inspektor Fartini.

"Tak. Cuma jangkaan polis nak jumpa abang saya sebab tak dapat panggilan lepas dapat pendrive tu. Masuklah. Ibu tak ada hari ni." Kata Faiz.

Mereka bertiga masuk ke dalam kawasan rumah itu. Pintu pagar ditutup oleh Faiz. Mereka bertiga sedang melihat Jauhari berlatih bersama-sama sebelas orang ninja termasuk Wild yang berambut perang itu.

"Kami tengah berlatih untuk misi malam ni."

"Misi?" Soal mereka.

"Ame Sakura. Kalau dibiarkan lama. Ramai pelajar akan mati. Penjualan organ. Baru je rancang nak hantar seorang manusia yang bersubahat dengan Ame Sakura berkaitan kes penculikan tu esok. Tapi tak sangka polis datang sini hari ni."Kata Faiz sambil berjalan ke arah Jauhari.

"Hebatnya." Fairuz memuji Jauhari yang mampu berlawan dengan mereka.

Mereka pula masih mampu berdiri selepas menerima serangan yang hebat itu. Kepantasan Jauhari juga telah mengaburi mata mereka bertiga yang melihat perlawanan itu. Libasan pedang kayu mampu mencederakan pihak lawan tanpa menyentuh. Teknik itu dikatakan teknik yang dikuasai oleh keluarga yakuza ini, pedang angin. Tidak mudah untuk menguasai teknik ini.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now