BAB 30

195 23 13
                                    

Pintu dewan yang menjadi tempat majlis makan malam beberapa kumpulan mafia dibuka oleh seseorang sebelum empat orang lelaki dan seorang perempuan berseragam hitam masuk ke dalam dewan tersebut. Masing-masing melihat ke arah lima orang manusia itu. Dua orang memakai topeng berwarna hitam dengan corak mahkota berwarna emas. Seorang memakai topeng bercorak naga berwarna emas. Masing-masing hanya mendedahkan bahagian mulut mereka. Dua orang lagi tidak bertopeng. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

Kedengaran bisikan daripada para tetamu di situ. "Crown Legacy. Double Killer. Selama ni tak pernah datang majlis ni. Mereka selalu dalam kumpulan sendiri."

"Selamat datang, Cik Martina." Sapa seorang lelaki berusia lingkungan 30-an. Dia merupakan penaja untuk majlis malam ini.

Martina menerima salaman lelaki itu. "Terima kasih, Tuan Colva sebab sudi jemput kami ke sini."

"Tak sangka kali ini Crown Legacy ikut serta dalam majlis diplomatik ni. Saya rasa hari ni hari yang bernasib baik." Katanya.

Martina ketawa kecil. "Kami datang ke sini sebab urusan kami di sana dah selesai. Maaflah sebab selama ni kami tak dapat sertai majlis seperti ini."

"Tiada masalah."

"Oh, ya. Perkenalkan. Ini Illusion, yang ni pula Dream dan ini Nightmare. Ini pembantu saya, Vladimir." Kata Martina.

"Mereka ni Double Killer, kan?"

"Ya. Tapi Illusion dan Dream Je. Nightmare ni solo assassin." Jelas Martina.

"Wow. Hebat."

*

Chihaya masih memerhati bapanya kerana dia tiada apa-apa yang mahu dilakukan di sini. Kemudian, pandangannya dialihkan ke arah sekumpulan manusia berseragam hitam dan bertopeng itu berbual-bual.

"Bosan." Katanya.

Dia bangun untuk ke meja hidangan makanan. Mahu mengambil lebih banyak makanan untuk mengisi masa lapang yang membosankan ini. Dia kembali ke tempat duduknya selepas mendapatkan dua buah pinggan yang diisi penuh dengan makanan.

"Hai. Boleh saya duduk sini?" Tegur seseorang ketika Chihaya sedang makan sendirian di situ.

Chihaya melihat ke arah seorang lelaki bertopeng hitam dengan ukiran naga emas. "Duduk la."

Lelaki itu duduk di sebelah kanan Chihaya. "Kenapa duduk sini seorang? Biasanya anak-anak mafia sibuk berbual dalam kalangan mereka. Tapi awak sendirian."

"Hmph! Saya tak nak datang sini. Tapi ayah saya paksa. Untuk hubungan diplomatik dengan sosial, konon. Untuk kegunaan masa depan, konon. Saya bukan nak jadi mafia pun. Saya ada cita-cita sendiri." Kata Chihaya dengan lagak merajuk.

"Saya faham." Katanya selepas meneguk minumannya.

"Apa yang awak faham? Awak pun sama je macam mereka. Dunia awak tu sama gelap macam mereka."

Lelaki itu ketawa. "Awak maksudkan saya bunuh orang?"

Chihaya melihat ke arah lain. "Kalau awak faham. Bagus la."

"Awak tak suka?"

"Saya takut darah."

"Hmm... Kalau saya kata saya takut darah. Macam mana?"

"Awak sengaja perli saya ke?" Chihaya mula naik angin.

Lelaki itu hanya senyum. "Siapa kata saya perli?"

"Habis tu. Kenapa awak sertai mafia kalau awak takut darah?"

"Dalam dunia gelap ni ada dua golongan  manusia. Membunuh hanya sasaran dan membunuh untuk suka-suka. Tapi saya golongan yang ketiga. Membunuh bila keadaan kritikal. Setakat ni saya tak pernah membunuh orang." Katanya.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now