BAB 56

151 16 0
                                    

Mereka berdua tiba di rumah Inspektor Fartini. Kehadiran Jauhari ke rumah tersebut disambut dengan mesra oleh ibu bapa Inspektor Fartini. Jauhari yang kelihatan menghormati orang tua itu sangat disenangi oleh mereka. Sikap sopan santun dan mesra telah menawan hati ibu bapa Inspektor Fartini untuk menjadikannya sebagai menantu. Tambahan pula, si ibu dan Aqila sudah berbual-bual tentang masa depan mereka berdua.

"Nama siapa?" Soal bapa kepada Inspektor Fartini, Aliman.

Jauhari yang duduk bertentang dengan Aliman pun menjawab soalan tersebut dengan baik. "Nama saya, Jauhari Shin."

"Uish. Shin. Macam nama orang Jepun." Dia ketawa.

"Sebab ayah saya memang orang Jepun. Ibu saya orang Melayu." Jelasnya.

"Lahir di mana?" Soal ibu Inspektor Fartini pula, Sumaiyah.

"Malaysia." Jawabnya.

Hanya mereka bertiga yang ada di ruang tamu itu. Inspektor Fartini pula sedang membancuh minuman di dapur.

"Ibu awak kata. Awak ni masih pelajar tingkatan enam. Macam mana boleh berkenan dengan Fartini pula ni? Fartini tu polis." Soalan bernas daripada Sumaiyah kepada Jauhari.

Jauhari menjawab dengan yakin. "Saya kenal dengan Fartini sebab kami terjumpa di tempat kes sebelum ni. Saya, detektif yang selesaikan kes tu. Errr... Saya pun sebenarnya nak jadi polis. Sebab tu selalu je menyemak dalam kes polis." Malu-malu dia berbicara.

Aliman ketawa. "Amboi. Ni mesti pernah kena marah dengan polis sebab ganggu kerja mereka, kan?"

Jauhari garu belakang kepalanya sambil tersengih. "Kadang-kadang."

"Kereta mewah tu kamu punya ke? Kenapa Fartini yang bawa?" Soal Aliman.

"Ya. Memang saya punya tapi saya tak berani bawa lepas kemalangan sebelum ni. Kereta tu pun dah lama saya abaikan. Tak akan la saya nak hantar Fartini naik motor pula. Tak manis orang tengok nanti. Silap-silap, saya kena lempang dengan ibu saya sebelum hantar Fartini tadi."

Mereka berdua hanya tersenyum mendengar penjelasan Jauhari. Siapa sangka manusia di hadapannya ini rupa-rupanya anak mak.

"Lepas ni kamu nak kerja apa? Jadi, polis?" Tanya Sumaiyah berdasarkan kata-kata Jauhari tadi.

Jauhari melihat ke arah Inspektor Fartini yang menghidang minuman dan karipap di atas meja bertentangan dengannya. Inspektor Fartini duduk di sebelah kanan ibunya.

"Saya terpaksa batalkan cita-cita saya. Lepas habis belajar nanti, saya kena ambil alih syarikat ayah saya. Nasib saya la sebab jadi anak tunggal. Tak ada pilihan lain."

"Syarikat apa?" Tanya si bapa yang mula berminat untuk tahu tentang jejaka itu.

"SHIN Protection, Nagita Sakura Inc, InCORE, Verp Fabric, Sakura Yama dan Kaze Air." Jawabnya.

Masing-masing tergamam. "Banyaknya. Syarikat apa semua tu?" Soal Aliman yang tidak menjangka jawapan tersebut.

"SHIN Protection, syarikat sekuriti. Nagita Sakura Inc pula syarikat keluaran barangan elektronik di Jepun. InCORE, syarikat untuk buat research Dan eksperimen. Biasanya InCORE ni buat ubat-ubatan dan projek robotik. Macam projek Heart Beat, Bio-Human dan Re:Life. Kami pun ada doktor sendiri yang aplikasikan produk kami kepada pesakit. Verp Fabric pula syarikat pengeluar kain. Biasanya kain untuk buat kimono. Tu sebenarnya syarikat ibu saya sebab dia suka sangat kain kimono. Sakura Yama ni syarikat pelancongan di kawasan hak milik peribadi keluarga saya di Jepun. Kaze Air pula syarikat penerbangan seluruh dunia." Jelasnya dengan ringkas.

"Ni terlebih kaya namanya." Jerit hati Inspektor Fartini.

"Keluarga business. Memang besar betul cabang syarikat keluarga kamu. Banyak pula bidang dan nama syarikat. Tujuh generasi makan tak habis harta." Kata Aliman.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now