BAB 28

195 25 5
                                    

Panggilan ditamatkan selepas selesai perbualan. Jauhari meletakkan telefon pintarnya di dalam poket lengan kiri baju kimono. Dia baring di atas lantai sambil melihat langit biru pada pagi ini. Walaupun sudah melepasi tarikh sepatutnya dia pulang ke Malaysia. Dia masih tetap di sini kerana demamnya yang baru sahaja kebah sehari yang lalu.

"Dah dua hari aku skip kelas. Cikgu Alim pun dah call tadi. Haih. Mungkin aku akan buat sesuatu yang aku tak pernah buat sebelum ni. Study sebelum exam." Kata Jauhari lalu menghela nafas keluhannya.

Yato terhenti apabila melihat Jauhari baring di situ. Tempat itu sering menjadi tempat lepak Jauhari. Di situ juga Yato pernah melihat wajah Jauhari untuk pertama kali.

"Tuan Zao. Kenapa baring dekat sini? Nanti demam lagi." Tegur Yato.

Jauhari melihat ke arah Yato. Dia duduk di atas lantai. "Saja." Hanya itu jawapannya.

Yato tidak tahu mahu bertanya apa lagi kepada ketua Shinigami yang bertopeng itu. Jauhari pula berdiri dengan berhati-hati supaya tidak terpijak kimononya. Dia berlalu pergi dari situ.

"Aku ada salah cakap ke? Tuan Zao marah aku ke? Aku tak patut muncul dekat sini tadi." Yato cemas dalam hatinya.

Langkah Jauhari terhenti. "Yato."

"Ya." Sahutnya.

"Dah fikir jawapan untuk soalan Fa?"

"Jawapan?"

"Untuk apa kau nak jadi kuat?"

Yato berfikir seketika. "Kuat?" mindanya bagaikan teringat sesuatu yang dia terlupa sebelum ini.

Pandangan ditundukkan. "Saya tak yakin jawapan saya betul."

"Fikir baik-baik sebelum beri jawapan." Kata Jauhari dan berlalu pergi.

Yato melihat pemergian Jauhari yang semakin jauh darinya. "Apa jawapan yang patut aku bagi? Penting sangat ke?"

*

Jauhari memang jenis suka merayau pada waktu petang ketika di negara Matahari Terbit ini. Sudah dilarang untuk keluar rumah kerana baru sahaja sihat daripada demam. Tetapi masih juga keluar diam-diam untuk membeli-belah sebelum pulang ke Malaysia pada hari esok. Faiz tidak bersama-sama dengannya kerana dia sedang berserabut untuk siapkan kerja sekolah. Tiada masa untuk dia melayan Jauhari. Dia mementingkan diri sendiri jika berkaitan kerja sekolah. Tidak mahu didenda oleh gurunya hanya kerana tidak siap kerja sekolah. Orang lain pula tidak tahu kedudukan Juahari kerana GPS dipadam oleh Jauhari dengan sengaja.

Bak kata Kawazaki. "Pemberontakan pada usia muda." Sebab anaknya degil macam dia.

Jauhari berjalan dengan tenang seperti tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Walhal dia tidak berada dalam zon selesa. Memungkinkan besar untuk dia diserang oleh musuhnya sangat tinggi tetapi dia tetap tenang.

"Selamat petang, anak muda." Tegur seorang nenek penelek nasib di tepi kedai boneka.

Jauhari berhenti di hadapan meja nenek itu. "Selamat petang." Sapanya dengan mesra.

"Mahu saya lihatkan nasib kamu?"

"Nasib?" Matanya melihat ke arah bola kristal di atas meja itu.

"Kamu risau dengan bayaran?"

Jauhari geleng kepala. "Hal duit tak ada masalah. Tapi saya tak rasa saya perlu telek nasib."

"Kenapa kamu kata begitu?" Soal nenek itu dengan baik.

"Sebab saya dah tahu nasib saya." Jawabnya.

"Kenapa kamu yakin kamu tahu sedangkan kamu belum menepek nasib?"

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now