BAB 64

145 16 0
                                    


"Laju betul budak tu lari. Tak padan dengan sorong troli penuh pakaian." Kritik Aliman ketika melangkah ke arah kawasan kasut yang diberitahu oleh isterinya tadi.

Kedengaran suara ketawa milik dia orang wanita di kawasan kasut yang semakin kurang pelanggan itu. Aliman berhenti melangkah apabila dia terlihat seseorang yang sudah lama dia tidak lihat kini berada di sebelah isterinya. "Queen Aqila?" Katanya perlahan.

Aqila terlihat ke arah Aliman. Mata bertentang mata. Terdiam dia daripada ketawa ketika melihat lelaki itu berdiri tidak jauh dari mereka. Sumaiyah turut melihat ke arah suaminya.

"Lamanya abang cari pakaian." Tegur si isteri.

Aliman menghampiri bakul di atas lantai berhampiran Sumaiyah. Dua helai kemeja dan dua helai seluar slet diletakkan ke dalam bakul tersebut.

Sumaiyah dan Aqila berdiri dari kerusi. Aliman senyum melihat Aqila.

"Abang, ni la ibu Jauhari. Aqila. Ni suami saya, Aliman." Jelas Sumaiyah.

"Hai. Apa khabar? Dah lama betul tak jumpa. Muka awak... Tak banyak berubah." Rasa janggal tatkala berhadapan dengan seseorang yang sudah lama tidak dijumpai.

"Alhamdulillah. Sihat. Tak sangka kawan saya ni suami Sumaiyah. Kecil betul dunia ni. Dan paling tak sangka anak kita suka sama suka." Kata Aqila.

"Eh? Abang kenal Aqila? Bila masa?" Terdetik rasa ingin tahu dalam hati Sumaiyah.

"Kawan masa belajar dulu. Aqila ni mentor abang masa tu."

"Jadi, abang kenal la suami Aqila?"

"Dia mesti tak kenal." Aqila ketawa.

"Umar. Sini kejap." Panggil Faiz yang mengganggu tumpukan Umar pada telefon pintar miliknya.

"Apa hal pula kau ni? Tak boleh tengok aku senang langsung." Umar melenting sambil mencari Faiz yang duduk entah di mana. Rak kasut lebih tinggi daripada Faiz.

"Tolong aku ambil kasut tu. Tak smapai." Susah jadi orang pendek ni.

"Lain kali jadi tinggi. Minum susu banyak-banyak."

"Diam la. Dasar kaki galah." Bidas Faiz.

"Ceh!"

Aqila ketawa kecil. "Maaf la. Anak-anak saya memang macam tu. Gaduh-gaduh tapi sayang. Yang tadi tu, Umar. Seorang lagi, Faiz. Anak angkat je saya mampu. Suami duduk jauh. Nak buat macam mana. Kesian pula tengok Jauhari tak ada adik-beradik macam orang lain. Sunyi je dia."

"Macam mana kerja sekarang?" Tanya Aliman yang mula berbual dengan Aqila.

"Saya jadi cikgu sekolah menengah antarabangsa je. Dulu kerja dengan syarikat ibu. Tapi lepas kahwin. Saya berhenti. Adik saya pula ambil alih. Jadi, cikgu senang sikit. Ada la juga masa nak jaga anak."

"Syarikat apa awak kerja dulu?" Tanya Sumaiyah pula. Mahu juga dia tahu syarikat apa yang dimiliki boleh keluarga Aqila kerana dia sudah tahu senarai nama syarikat milik bapa Jauhari sebelum ini.

"Syarikat biasa-biasa je. Berkaitan dengan maklumat dan keselamatan dalam negara. Hanya pihak berkuasa je tahu. Rasanya tak salah kot saya beritahu sebab Aliman pun pernah jadi polis. Nama syarikat saya dulu, Info Intelek. Sekarang ni dah tukar nama, Quin Intelligent." Jelasnya kepada mereka.

"Quin Inteligent? Kenapa macam nama dalam channel penyiasatan? Yang cerita orang siasat kes-kes pembunuhan tu. Abang kan selalu je tengok cerita tu tengah malam. Apa ya tajuk dia? Q.I vs I.Q?" Kata Sumaiyah tatkala mengingati tajuk cerita tersebut.

"Eh? Tak akan la. Kebetulan je kot." Aliman menafikannya.

Aqila ketawa janggal. "Betul tu. Tu kerja adik saya la tu. Dia minat sangat hiburan. Sebab tu ada cerita tu. Semua kes sebenar yang diadaptasi."

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now