BAB 51

179 19 2
                                    

Jauhari mengorek lubang peluru pada belakang Vale untuk mengeluarkan peluru tersebut. Faiz pula hanya memerhati. Dia tidak tahu bahawa Jauhari memiliki kemahiran seperti seorang doktor. Siap bawa kotak kecemasan khas untuk melakukan pembedahan. Faiz syak Jauhari bawa lari dari makmal rumah mereka. Ternyata sangkaan itu melesat. Kotak kecemasan itu sudah lama dimiliki oleh Jauhari. Dia akan bawa kotak itu ketika misi bersama-sama dengan kembar tersebut kerana mereka tidak memiliki doktor. Berbeza dengan keluarga Shinigami yang melaksanakan misi. Mereka ada doktor sendiri.

"Mana abang belajar semua ni?" Soal Faiz ketika melihat pehanya yang sudah selesai dirawat pada awal tadi.

Jauhari mengeluarkan peluru lalu diletakkan di atas piring. "Belajar sendiri."

Darah dibersihkan sebelum dijahit. Dia menjahit dengan penuh berhati-hati. Vale pula cuba tahan sakit.

"Takoyaki dah siap." Kata Helios sambil membawa dua buah dulang.

Sebuah dulang berisi empat mangkuk takoyaki istimewa. Sebuah dulang lagi terdapat empat buah gelas berisi ais kisar pelbagai perisa berdasarkan permintaan masing-masing. Setiap gelas dapat dilihat boba berwarna coklat yang diperbuat daripada perisa coklat. Boba buatan sendiri. Di atas minuman pula terdapat aiskrim vanila yang ditabur dengan cebisan oreo dan dihiasi dengan hirisan strawberry.

"Wow. Macam makan dekat kafe. Air mahal." Puji Faiz sambil melihat minuman di atas meja bertentangan dengannya.

Helios duduk di sebelah kiri Faiz. "Biasa je ni. Cuba-cuba resepi baru.

Jauhari mengakhiri tugasnya dengan menampal plaster bersaiz besar untuk menutupi jahitan di belakang Vale. "Orang cedera tak boleh makan takoyaki. Nanti gatal luka tu. Ada sotong."

"Sotong habis. Tuan Zao punya je ada sotong. Orang lain  saya letak cheese je." Jelas Helios.

"Bagus. Tapi cheese pun tak boleh makan."

"Kenapa pula?" Tanya Faiz.

"Sebab sedap sangat." Jauhari ketawa.

Masing-masing turut ketawa. Melayankan sahaja sikap Jauhari itu. Jelas Jauhari kelihatan tenang selepas masalahnya selesai. Walaupun Faiz sendiri terkejut melihat manusia-manusia yang terpisah-pisah anggota badannya di dalam bangunan  tadi.

Jauhari juga berpesan supaya tidak memberitahu ibunya tentang kejadian itu. Dia tidak mahu ibunya sedih. Faiz hanya menurut. Dia tidak tahu bahawa senyuman kepuasan yang lebar terukir di sebalik topeng Jauhari pada ketika itu.

*

Helios masuk ke dalam bilik Vale selepas pulang daripada menghantar Jauhari dan Faiz pulang ke rumah mereka. Pintu bilik ditutup perlahan-lahan. Helios membuka pakaiannya lalu dicampak di atas kerusi berhampiran. Hanya seluar pendek paras lutut yang tinggal.

Dia naik ke atas katil bersama-sama komputer riba miliknya. Komputer riba dibuka. Beberapa tetingkap mula muncul. Sejenis wayar USB dicucuk pada komputer riba.

Baju t-shirt Vale diselak ke atas. Jelas dapat dilihat dada Vale yang putih bersih itu. Dada kiri Vale ditekan seperti menekan papan kekunci. Kemudian, muncul satu lubang pada dasarnya. Helios mencucuk penyambung wayar USB pada dada Vale.

Segala maklumat kesihatan dipaparkan pada komputer riba tersebut dalam tetingkap Projek  Heart Beat. Tidak lama selepas itu, muncul AI yang memiliki wajah yang sama dengan Vale sedang berjalan-jalan dan bercangkung di hadapan tetingkap tersebut.

"Tak ada masalah. Semuanya normal." Kata VALE 012.

"Syukur la. Risau peluru tu kena jantung je." Kata Helios.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now