BAB 85

145 14 0
                                    

Sesi bergambar pada pagi raya di lakukan di dalam rumah keluarga Shinigami. Di dalam rumah ini sudah tidak ramai penghuni kerana ada beberapa orang telah pulang ke kampung beberapa hari yang lalu. Beraya di sini sahaja sudah cukup meriah. Selepas beraya di rumah, mereka akan beraya mengikut haluan masing-masing.

"Jom pergi rumah Fartini." Kata Jauhari dengan bersemangat sambil memeluk lengan kanan ibunya.

"Tak sabar betul." Aqila ketawa kecil.

Mereka menuju ke arah pintu pagar untuk ke kereta milik Umar. Seperti biasa, Umar akan menjadi pemandu. Faiz pula sudah bersiap sedia di dalam kereta tersebut.

"Ardin. Ikut kami ke?" Tegur Aqila kepada Ardin yang berbual dengan Umar di tepi kereta.

"Tak. Saya beraya rumah sepupu saya dulu." Jawab Ardin.

"Ibu. Orang lain dalam anggota polis tak boleh tahu Ardin dalam keluarga ni. Nanti masalah besar jadi dekat dia." Beritahu Jauhari kepada Aqila. Lengan ibunya dilepaskan.

"Betul juga. Sepupu awak pun tak tahu hal ni, kan?"

"Ya."

"Tak apa la. Semoga awak selamat dengan kehidupan baru ni. Kalau ada masalah. Jangan segan nak minta tolong kami. Kita dah jadi keluarga." Pesan Aqila kepada Ardin.

"Baik la. Terima kasih." Ucap Ardin dengan rasa hormat.

"Jom kita gerak. Nanti jalan sesak pula." Ajak Umar sambil membuka pintu pemandu.

"Jom." Sahut Jauhari dengan penuh semangat. Pintu kereta tempat duduk belakang dibuka untuk ibunya.

Aqila masuk ke dalam kereta tersebut. Diikuti oleh Jauhari sebelum pintu kereta ditutup. Mereka berlalu pergi dari situ.

*

Ardin memandu sendirian untuk ke rumah keluarganya selepas beraya di rumah Syazrul. Mereka tidak tahu bahawa Ardin sudah menjadi sebahagian daripada keluarga Shinigami sejak identiti Arc terbongkar. Dia juga bersyukur kerana masih hidup dengan aman.

Adiknya juga sedang diuruskan oleh pasukan perubatan milik Shinigami dalam merawat penyakit yang dihadapi oleh adik Ardin. Segala pembiayaan ditanggung oleh Jauhari. Dia tidak sangka bahawa manusia yang dia baru kenal itu sanggup membantunya walaupun hati dia masih belum menerima ketua yakuza itu.

Dia juga ada bertanya kepada para penghuni rumah besar itu tentang Jauhari. Masing-masing memberitahunya hal yang hampir sama. Ternyata orang-orang dalam keluarga itu juga memiliki kisah hitam dan diselamatkan oleh Jauhari daripada terus berasa dalam dunia kegelapan tanpa penghujung itu. Kebaikan Jauhari telah membuatkan mereka setia dengannya.

Enjin kereta dihentikan di hadapan rumah pangsapuri. Di situ terdapat tempat letak kenderaan. Dia terus keluar dari kereta untuk ke rumah keluarganya di tingkat lima. Sudah lama dia tidak ke sini sejak duduk dengan sepupunya di tengah bandar mewah itu.

"Assalamualaikum." Sapa Ardin di hadapan pintu rumah yang dibuka luas.

"Waalaikumussalam." Sahut si bapa yang berada di ruang tamu.

Ardin masuk ke dalam rumahnya lalu menuju ke arah bapanya. "Selamat hari raya, ayah." Mereka bersalaman.

"Selamat hari raya juga. Ibu ada di dapur." Salaman dileraikan.

"Macam mana dengan adik sekarang?"

"Alhamdulillah. Doktor kata keadaan dia semakin baik."

"Syukur la." Kata Ardin.

Bahu kiri Ardin ditepuk oleh bapanya. "Terima kasih sebab dah tolong carikan doktor terbaik untuk adik. Ayah tak mampu buat semua ni seorang diri." Air matanya mula mengalir.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now