BAB 45

148 20 1
                                    

Tiga orang anggota polis duduk semeja ketika makan malam di kedai makan berhampiran balai. Dua orang anggota polis sedang berehat seketika di sini sementara menunggu waktu operasi serbuan yang bakal dijalankan pada malam ini. Seorang lagi pula sudah habis waktu kerja.

"Dating. Dan awak berdua ikut saya. Hah! Bagus." Inspektor Fartini memerli dua orang rakan sekerjanya itu.

"Cuma nak tahu. Kalau-kalau dia perlukan bantuan lain." Kata Inspektor Nizam.

"Dan Inspektor Fartini tak rasa dia ada rancang sesuatu ke? Contoh. Pergunakan Inspektor Fartini. Ala, dia kan Yakuza. Silap-silap dia ugut pula nanti." Kata Fairuz.

"Awak ni masih pandang negatif dekat dia." Inspektor Fartini mengeluh.

"Dia kaya. Ramai je perempuan lain dia boleh pilih. Kenapa awak juga? Mesti ada sebab." Tambah Inspektor Nizam.

"Awak berdua cuba samakan dia dengan ketua kongsi gelap yang pergunakan perempuan ke?" Teka Inspektor Fartini.

Inspektor Nizam angkat bahu. Fairuz pula berkata. "Mana la tahu."

Sementara itu, Jauhari sedang menaikkan hud di atas kepalanya ketika dia keluar dari sebuah kereta Ferrari berwarna hitam. Pandangannya terus dilemparkan ke arah sebuah kedai makan yang ramai dikunjungi oleh manusia bergelar polis kerana kedai itu sangat hampir dengan balai polis.

Tingkap si pemandu diturunkan. "Dating depan balai. Rare betul."

"Mana-mana pun boleh dating. Kalau nak pergi beli makanan. Pergi je la. Aku gerak dulu." Kata Jauhari sebelum berlalu pergi dari situ.

"Baik, tuan." Kata Helios yang menemani Jauhari keluar pada malam ini.

Vale tidak keluar kerana dia sibuk dengan tugasan kerja kursusnya di rumah. Tambahan pula, Jauhari sangat peka dan sering mengingati mereka tentang tugas utama mereka, belajar sehingga dapat keputusan cemerlang. Dia hanya perlukan seseorang yang hebat dari segi fizikal, mental dan pengetahuan untuk berdiri di sisinya. Jika mereka kurang salah satu daripada itu, orang itu tidak layak berdamping dengannya. Kerana itu juga Shinigami dipenuhi oleh golongan yang bijak dan berpelajaran tinggi selain kuat dalam perlawanan.

Inspektor Fartini melihat mesej yang diterima olehnya. Jauhari memberitahu bahawa dia sudah sampai di kedai makan tersebut. Dia sedang mencari Inspektor Fartini. Maka, wanita itu berdiri dan mencari kedudukan Jauhari.

Jauhari segara ke arah Inspektor Fartini selepas dia berjaya melihat wajah cantik milik wanita berkarisma itu. "Ni dating ke meeting?" Soal Jauhari tatkala melihat dua orang jejaka kacak di meja yang sama.

Inspektor Nizam tersengih. "Tak elok dating malam-malam berdua. Nanti jadi lain." Sakatnya.

"Kami ada operasi malam ni. Makan sama-sama. Salah ke?" Kata Fairuz dengan lagaknya.

Jauhari duduk bertentangan dengan Inspektor Fartini. "Tak apa. Saya faham. Jom, order makanan. Saya belanja."

"Serius la?" Soal Fairuz.

"Mesti la. Saya tak main-main." Kata dengan senyuman mesra.

Inspektor Fartini mengangkat tangan kanan ke atas untuk membuat pesanan makanan. "Saya pun tak sangka mereka nak ikut saya tadi."

"Tak apa. Bagus juga dapat jumpa. Saya pun ada hal nak bincang." Kata Jauhari.

"Pasal apa?" Soal Inspektor Nizam.

"Meliniar." Jawabnya.

"Saya dah jumpa markas mereka. Saya juga dah tahu pergerakan mereka lepas ni. Untuk perbincangan detail. Bukan di sini." Tambah Jauhari.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now