BAB 77

126 14 0
                                    

Faiz duduk terbalik di atas sofa sambil melihat barangan secara atas talian untuk dibeli melalui aplikasi Lazada. Kakinya diangkat pada penyandar sofa. Tubuhnya pada tempat duduk. Kepala pula terjuntai ke bawah sofa. Dia memang suka duduk cara pelik kalau pening memikirkan sesuatu.

"Kenapa aku jumpa benda pelik-pelik je ni? Mana pula abang beli ekor kucing palsu tu? Hmmm... Aku tak boleh pakai yang semalam tu sebab nanti orang tahu pula." Bebelnya dalam hati.

"Fa."

"Ya." Pantas dia melihat ke arah Jauhari apabila namanya dipanggil.

"Aku nak keluar kejap. Cari buku rujukan." Beritahu Jauhari kepada Faiz.

Faiz segera membetulkan kedudukannya. "Buku untuk sem depan ke?"

"Ya. Nak ikut ke?"

Faiz melompat dengan gembira. "Tunggu kejap. Nak tukar baju. Abang. Ekor tu Abang beli dekat mana?"

"Ekor?"

"Yang semalam tu."

"Oh tu. Beli dekat kedai la."

"Nak beli juga."

"Nak buat apa? Tak akan la kau nak pakai jalan-jalan pula. Lagi perfect kalau ada telinga kucing."

Faiz angguk kepala dengan senyuman teruja. "Nak."

"Eh? Serius la?"

"Serius."

Jauhari terketawa. "Ninja cat."

*

Senyuman bahagia pada wajah Faiz tidak dapat disembunyikan walaupun di sebalik leher baju jaket yang tinggui menutupi sebahagian wajahnya sehingga ke paras hidung. Penampilan Faiz agak berbeza selepas membeli sesuatu yang dia mahukan. Baju jaket dia juga masih bau kedai kerana baru beli dan dipilih oleh Jauhari.

Jaket tersebut memiliki hud telinga kucing. Pada leher jaket tersebut terdapat lukisan misai kucing berwarna merah. Pada dada kiri jaket itu juga memiliki cop tapak kaki kucing berwarna merah. Tidak lupa juga ekor kucing palsu yang kembang dan selesa untuk dipegang pada belakang Faiz. Dua ekor kucing palsu berwarna hitam itu mempunyai saiz yang panjang melepasi lutut Faiz dan bulunya lebih kembang daripada yang dia gunakan pada malam tadi. Ekor palsu itu juga jenis disangkut pada pemegang tali pinggang seluar. Sama seperti yang sebelum ini.

Jauhari ketawa kecil melihat Faiz memegang dua ekor palsu itu pada kedua-dua tangannya. "Puas?"

"Puas. Lepas ni boleh jadi kuro nekomata from yokai isekai. Meow~" Kat Faiz.

Jauhari tidak mampu menahan ketawa. "Lepas ni heboh la cerita nekomata."

"Bagus juga tu. Misteri baru. Meow~" Faiz angkat tangan kirinya seperti kucing.

Jauhari cubit pipi kanan Faiz. Geram pula tengok budak comel ni mengada-ngada depan dia. "Ada juga aku simpan dalam sangkar kucing nanti ni. Geram la tengok comel-comel ni."

Faiz melihat ke arah Jauhari. Tangan kanannya menghulur ekor kucing palsu kepada Jauhari. "Kena pegang. Nanti kucing terlepas. Orang culik sebab kucing comel."

Pipi Faiz dilepaskan. Dia ketawa melihat kelakuan dan kata-kata Faiz. "Kena beli rantai la. Senang nak tahu kucing ada tuan atau tak."

"Rantai dekat rumah." Kata Faiz.

"Dah la. Jom balik. Semua dah beli." Kata Jauhari yang membawa sebuah beg silang berisi buku-buku rujukan.

Faiz pula membawa beg sandang yang biasa dia guna untuk membeli-belah pada hari Ahad. Biasanya setiap Ahad tiada plastik disediakan dalam pusat membeli-belah. Jika ada pun, hanya beberapa kedai sahaja. Cas 20 sen dikenakan untuk satu plastik.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now