BAB 40

155 18 0
                                    

Pintu pejabat dibuka. Seorang jejaka masuk ke dalam pejabat tersebut. Ketika ini, si pemilik pejabat ini sedang berhubung dengan seseorang dalam talian. Dia kelihatan terkejut melihat kemunculan jejaka di hadapannya itu. Ganggang telefon segera diletakkan.

"Tuan Maxsium Bill. Bila sampai sini? Kenapa tak beritahu saya?" Kata wanita bernama Salena itu. Dia segera berdiri.

Maxsium senyum. "Saja buat kejutan."

Jejaka itu duduk di sebuah kerusi bertentangan dengan Salena. "Macam mana keadaan di sini?"

"Syarikat semakin berkembang. Kita ada dua orang ahli baru yang handal dalam cipta software. Walaupun masih bergelar pelajar praktikal. Tuan Max boleh tengok hasil mereka nanti."

"Bagus. Hmm... Macam mana dengan family awak?"

"Family saya sihat je." Dia senyum tawar.

"Suami awak masih abaikan awak?"

Salena menundukkan pandangannya. "Alan dah mati. Saya tak perlu orang macam dia dalam hidup saya."

Maxsium menongkat dagu di atas meja menggunakan tangan kanannya. "Akhirnya, awak bunuh dia?" Dia senyum.

Salena melihat ke arah Maxsium. "Tak. Bukan saya. Malam tu ada orang masuk rumah kami. Saya langsung tak perasan bila masa dia ikut. Dia muncul dan selamatkan saya."

"Apa motif dia?"

"Balas dendam. Pelacur yang ada dalam bilik tu pun dibunuh sekali. Disebabkan Alan tak sayang saya. Saya selamat."

Maxsium tersengih. "Dia mesti nak bunuh orang yang Alan sayang sebelum bunuh Alan. Bijak. Tapi siapa dia?"

"Tak tahu. Dia tak beritahu nama."

Maxsium bersandar pada kerusi. "Orang hebat macam dia. Rugi la kalau tak jadi member kita."

"Tuan Max nak dia join Meliniar?"

"Ya. Makin ramai, makin seronok. Lagi pun, target kita tak mudah untuk ditumbangkan." Dia tersengih.

"Jadi, apa rancangan Tuan Max sekarang?"

"Hantar orang masuk dalam SHIN Protection."

"Serang dari dalam?" Teka Salena.

Maxsium tersengih. "Agaknya. Apa dia akan buat, ya?"

*

Bunyi tapak kasut telah menarik perhatian  para pekerja di dalam Bill Design. Alex mengabaikan pandangan mereka kerana perkara itu sudah biasa berlaku. Tambahan pula, dia kelihatan sangat cantik dengan seragam kerjanya. Kemeja merah jambu yang dipadankan dengan tali leher berwarna merah, kot hitam dan berseluar slet berwarna hitam. Kasut tumit tinggi yang diperbuat daripada kulit berwarna hitam dan beg tangan kulit berwarna merah. Solekan nipis dikenakan pada wajahnya. Kedua-dua telinganya memakai anting-anting berwarna emas. Begitu juga dengan jam tangan pada pergelangan tangan kirinya.

Alex berhenti di kaunter lobi. "Selamat pagi. Saya wakil dari cawangan utama Bill Design, Alex Bill. Encik Hakim ada?"

Pekerja lelaki yang berada di situ terpegun seketika sebelum tersedar daripada lamunannya. "Ya. Ada. Sekejap."

Alex yang sentiasa peka terhadap situasi sekeliling itu dapat mendengar suara-suara manusia disekelilingnya. "Alex Bill? Anak bos besar ke? Cantiknya."

"Untung la siapa dapat dia."

"Aku pun nak cari isteri macam dia la."

Suara sumbang para lelaki yang dia dapat dengar itu membuatkan dirinya rasa tidak selesa. "Tch! Lelaki. Semua sama je." Gertus hatinya.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now