BAB 57

143 16 1
                                    

Jauhari melihat ke arah Faiz yang sudah lena selepas makan minum milo suam yang dibuat olehnya tadi. Faiz dibiarkan tidur di atas katilnya. Segala buku yang berada di atas meja pendek dikemaskan. Lampu bilik ditutup selepas bersiap-siap untuk keluar dari bilik itu melalui tingkap bilik.

Faiz langsung tidak sedarkan diri kerana dia sendiri asyik mengeluh dari tadi kerana mengantuk sehingga Jauhari membuatkan milo suam untuknya. Kononnya supaya tidak tidur. Walhal, minuman itu sudah dicampur dengan ubat tidur.

Malam ini dia keluar untuk memburu sisa-sisa musuhnya. Semua lokasi yang dia akan pergi sudah diterima daripada Helios. Tiada sesiapa tahu dia keluar dari kawasan rumah kerana Helios handal dalam menggodan CCTV di rumah itu tanpa mengganggu penggera atau sistem sekuriti.

Jauhari berlari dan melompat dari rumah ke rumah, dari dinding ke dinding, dari jalan ke jalan tanpa memerlukan kenderaan. Lagaknya seperti ninja dalam cerita anime Naruto. Dia sudah biasa dengan semua ini. Di Jepun juga dia tidak perlukan kenderaan jika dia mahu keluar waktu malam. Kerana itu tiada sesiapa tahu dia ke mana.

*

Inspektor Nizam terlihat kelibat makhluk berwarna hitam melintasinya apabila dia membuka pintu rumah. Bulu roma mula meremang. Sudahlah dia balik kerja tengah malam. Kawasan rumah pula sudah gelap kerana sudah masuk waktu tidur. Hanya lampu pintu hadapan dan ruang tamu yang terang.

"Assalamualaikum?" Katanya seraya masuk ke dalam rumah. Pintu rumah ditutup dan dikunci.

Seorang jejaka turun dari tangga tingkat atas. "Lambat balik. Dah makan?" Tegurnya.

Inspektor Nizam membuka baju jaket kulit yang dipakai olehnya untuk menjalankan tugas kecemasan tadi. Jaket disangkut pada bahu kanan. "Belum."

"Nasi goreng aku masak tadi ada lebih. Pergi la panaskan. Aku ada kerja nak siapkan." Kata jejaka yang duduk serumah dengan Inspektor Nizam.

Dia seorang wartawan yang tinggal serumah. Di dalam rumah ini ada lima orang lelaki bujang dengan kerjaya masing-masing. Mereka duduk serumah sejak belajar satu universiti dahulu. Kos di bandar ini mahal jika mahu memiliki rumah sendiri. Terpaksalah mereka menyewa di sini kerana harganya murah sedikit berbanding rumah sewa yang lain. Satu bilik, dua orang. Hanya Inspektor Nizam sahaja tinggal sendirian di dalam bilik kerana biliknya kecil sahaja.

"Awe. Kau ada apa-apa artikal pasal Nightmare tak?" Tanya Inspektor Nizam ketika rakan se rumahnya itu menuju ke dapur.

"Nightmare? Cerita hantu ke?"

"Ish, kau ni. Buat apa aku tanya pasal cerita hantu pula?" Inspektor Nizam duduk di atas sebuah kerusi bertentangan meja makan.

Awe tersengih. "Mana la tahu. Kau tiba-tiba minat."

"Tak ada masa aku nak tanya artikal macam ni."

"Habis tu? Nightmare tu orang ke? Siapa?"

Inspektor Nizam tepuk dahi. "Kalau aku tahu. Aku tak tanya kau la."

"Adakah dia seorang pembunuh? Kalau tengok muka kau ni. Apa jenis penjenayah lagi yang ada, kan?" Kata Awe dengan lagak serius. Dia bersandar pada peti sejuk selepas mencapai sekotak susu coklat.

"Ya la. Tapi dia ni bunuh pembunuh upahan. Pembunuh upahan yang berjaya ditangkap sebelum ni pun dibunuh. Tapi hairan. Macam mana dia boleh masuk dalam balai dan IPD? Ada orang dalam? Senjata pembunuhan tak ada. Semua mangsa mati kerana sesak nafas."

"Tak akan la hantu?"

"Persoalannya. Macam mana dia tahu mangsa dia tu ahli Meliniar?"

"Meliniar? Eh? Tu kumpulan pembunuh upahan yang kau cerita sebelum ni, kan?"

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now