BAB 84

138 14 0
                                    

Ardin pening kepala mendengar perdebatan mulut antara Faiz dan Umar dalam mesyuarat berkaitan kes yang dipegang oleh Inspektor Nizam. Khidmat Shinigami diperlukan untuk selesaikan satu misi yang misteri dan sangat sukar. Jauhari memberi misi tersebut kepada mereka berdua untuk uruskan strategi tetapi dia tidak hadir dalam mesyarat itu. Ardin yang mengganti tempatnya dan mencatat semua cadangan dan strategi mereka berdua.

Pintu bilik mesyuarat ditutup. Dia orang pertama keluar dari situ dan membiarkan mereka berdua bergaduh di dalam bilik mesyuarat tersebut. Hal ini sudah biasa bagi Jauhari tetapi pengalaman baru bagi Ardin.

"Ni pertama kali aku masuk meeting yang lagi huru-hara daripada meeting lain. Dua orang ni pun susah nak handle. Nasib aku la. Tinggal dalam rumah ni." Rungutnya ketika berjalan ke arah bilik Jauhari bersama-sama buku nota milik Jauhari.

Ardin tiada operasi atau misi pada malam ini kerana esok hari raya pertama. Semua ahli pasukan EVOS akan mulakan tugas mereka selepas raya ketiga.

Dia melihat Aqila keluar dari bilik Jauhari bersama-sama beberapa buah novel dan buku lain. "Selamat malam, Puan Aqila." Katanya ketika mereka berselisihan.

"Selamat malam. Jangan tidur lambat. Esok raya. Kita gerak ke masjid pukul 7:00 pagi." Kata Aqila yang sudah mesra dengan Ardin walaupun mereka tidak lama berkenalan.

"Baiklah." Katanya.

Aqila terus berlalu pergi. Ardin pula mengetuk pintu bilik Jauhari sehingga dia dibenarkan untuk masuk ke dalam bilik tersebut.

Ardin melangkah masuk ke dalam bilik Jauhari. Ini pertama kali dia masuk ke dalam bilik tersebut. Suasana di dalam bilik ini berada di luar jangkaan dia selama ini.

"Meeting dah habis ke?" Tanya Jauhari yang duduk di atas katil sambil melihat ke arah Ardin. Di atas tibanya terdapat sebuah komputer riba berwarna hitam.

Sebuah buku nota diletakkan di atas katil. "Dah. Tapi mereka berdua tu bergaduh dalam bilik tu. Aku tak tahu nak buat apa. Duduk dalam bilik meeting dua jam pun dah buat aku pening kepala. Rasa nak tengking je tadi."

Jauhari ketawa. "Sebab tu aku cakap. Masuk keluarga aku, kena sabar."

"Macam mana selama ni kau boleh tahan dengan mereka dalam meeting? Aku tak pernah masuk meeting yang huru-hara macam ni." Dia masih berdiri si tepi katil Jauhari.

"Aku boleh je senyapkan deorang dalam meeting. Aku masuk je. Senyap la." Dia ketawa lagi.

"Dah macam cikgu masuk kelas. Semua pelajar diam."

"Betul tu." Jauhari menyokong pendapat Ardin.

Jauhari tepuk tangan kanannya di atas katil. "Duduk la. Kita lepak-lepak. Kalau ada  soalan nak tanya aku. Tanya je. Nak kongsi pendapat tentang misi dalam meeting tapi pun boleh. Sangat dialu-alukan. Aku suka dengar pendapat orang." Pelawanya.

Ardin tutup pintu lalu duduk di atas katil tersebut. "Aku dengar cerita. Kau nak lenyapkan Shinigami. Betul ke?"

"Umar beritahu ke?"

"Eh? Macam mana kau tahu?"

Wajah Jauhari kelihatan serius. Matanya melihat ke arah skin komputer riba sambil menaip sesuatu pada skin hitam itu. Terdapat beberapa tetingkap dengan tulisan berwarna hijau dan merah.

"Hanya orang atasan je tahu hal ni. Belum masa untuk aku beritahu semua orang. Kau rapat dengan Umar. Tak hairan."

Ardin tersengih. "Pandai kau teka. Patut la Umar kata kau ni beberapa langkah ke hadapan."

"Kenapa? Nak try aku ke? Nak aku tengok masa depan kau?"

Jauhari melihat ke arah Ardin. "Kalau kau terus ikut arahan aku. Kau tak akan mati dalam masa terdekat. Kalau kau ingkar. Kau tak ada jalan untuk lari daripada takdir."

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now