BAB 67

151 13 0
                                    

Jauhari menghala nafas lega selepas keluar dari tandas di kedai makan itu. Dia meminta Aliman untuk membayar harga makanan menggunakan kad debit miliknya sementara dia pula pergi ke tandas. Aliman pula tergamam melihat tindakan Jauhari. Jejaka itu masih mempercayainya walaupun dia cuba untuk memisahkan Fartini dengan Jauhari sebelum ini.

Jauhari segera ke tempat letak kenderaan kerana dia telah diberitahu oleh Aliman untuk menunggunya di sana. Aliman akan menghantarnya pulang ke rumah pada malam ini.

"Mana pula kereta pakcik ni? Orangnya pun tak ada di sini." Jauhari tercari-cari keberadaan Aliman.

"Parking kawasan lain ke?"

Bunyi siren keselamatan kereta telah menarik perhatian Jauhari. Dia melihat ke arah sebuah kereta Proton Waja berwarna putih sedang menyala semu lampu. Dia mengenali kereta tersebut. Pantas dia berlari ke sana. Tiada Helios dan Vale untuk membantunya pada malam ini.

"Kuat juga orang tua ni. Patut la boleh berkawan dengan Shin Zaori." Katanya yang pelat berbahasa Melayu.

Seorang lelaki Melayu bangun dari atas tanah. Dia memegang perutnya yang keperitan akibat ditendang oleh Aliman tadi. Manusia ini telah melakukan serangan mengejut kepada Aliman. Tetapi nasibnya malang kerana Aliman sangat peka dan tangkas terhadap serangan jarak dekat itu. Pisau lelaki tadi juga masih dipijak kemas di bawah tapak kakinya.

"Dia seorang. Kita boleh uruskan. Yang pasti , Shin Zaori terpaksa serah diri kalau dia nak orang tua ni selamat." Kata lelaki tadi selepas berjaya berdiri.

Aliman melihat ke arah sekumpulan manusia yang keluar dari beberapa buah kereta di kawasan tempat letak kenderaan itu. Dia sangka hanya dua manusia ini sahaja lawannya tadi. Rupanya, lebih 10 orang berpakaian serba hitam di sini.

"Mafia?" Katanya perlahan.

Pistol dihalakan ke arah Aliman. Tembakan dilepaskan. Aliman tiada peluang untuk mengelak kerana tidak pasti peluru mana yang akan sampai dulu kepada dirinya.

TING! TING! TING!

Bunyi besi berlaga dengan besi kedengaran jelas pada pendengaran mereka. Seorang lelaki berhud telah tiba untuk menyelamatkan Aliman. Dia memegang dia buah kipas tangan berwarna hitam. Kedua-duanya memiliki corak yang sama dengan tulisan Shinigami.

"Ame Sakura palsu? Meliniar? Glory? Bill? Mana satu yang hantar anjing malam ni?" Tanya Jauhari kepada mereka dengan perasaan marah tetapi suaranya tetap tenang.

"Shin Zaori. Akhirnya, kau muncul." Kata lelaki Melayu tadi.

Jauhari menutup kipasnya. Dia tersenyum kejam lalu berkata. "Meliniar. Hidup lagi rupanya. Baru sampai Malaysia ke? Nightmare tak cari kalian di sana? Nenek tukang telek tu tak ada beritahu berita baik?"

"What do you mean?" Tanya lelaki berbangsa Jepun itu.

"I mean. You should know something important. Meliniar will die. All of you. Nightmare is hunting your life. Of course I know about that. Your leader passed away already. Why you still hunt me? Ready for die, ha? I'm not good with killing. But I'm good with punishment." Aura membunuh milik Jauhari dapat dirasai oleh mereka. Ada yang sudah kecut perut.

"Mereka ramai. Kamu tak boleh kawan seorang." Nasihat Aliman di belakangnya.

"Pakcik jangan risau. Pakcik pergi menyorok sekarang. Kejap lagi bodyguard saya sampai. Dia mesti tahu situasi saya ni. Tak perlu panggil pun, dia akan datang." Katanya perlahan.

Tembakan dilepaskan tanpa sempat Aliman bergerak. Jauhari pantas menepis setiap peluru dan membantu Aliman keluar dari kawasan bahaya itu. Aliman menyorok di belakang keretanya. Dia tidak mampu berlawan dengan butiran peluru yang banyak berterbangan itu. Mahu bantu Jauhari? Mustahil.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now