BAB 58

154 19 1
                                    

Faiz melihat ke arah seorang pelajar perempuan yang dia sangat kenali kerana mereka pernah belajar dalam kelas yang sama pada tahun lepas. Pelajar perempuan itu pula sedang menanti kata-kata daripada Faiz dengan penuh kesabaran di belakang sebuah bangunan blok tingkatan lima.

"Aku tak suka perempuan. Jadi, tak ada harapan palsu, kan?" Katanya sebelum pergi meninggalkan pelajar perempuan itu di situ.

Pelajar perempuan tersebut tergamam mendengar jawapan Faiz selepas luahan hatinya itu. Faiz pula sudah penat melayan gadis-gadis di dalam sekolah ini yang sering bertemunya untuk luahan perasaan. Hanya kerana dia kacak dan kelihatan baik. Jika mereka tahu identiti sebenarnya. Sudah pasti mereka akan menjerit ketakutan.

Masalah Faiz bukan hanya berhenti di situ. Dalam masa sehari, berita tentang Faiz tidak suka perempuan tersebar dalam sekolah tersebut. Faiz tahu punca berita itu tersebar. Sudah pasti gadis itu beritahu rakannya yang kaki gosip. Hal ini juga membuatkan rakan sekelas Faiz mula melihat Faiz dengan pandangan tidak selesa.

Darwish mengabaikan gosip tersebut dan masih setia menjadi kawan Faiz. Dia juga mahu tahu hal sebenar. Faiz tidak segan until berkongsi cerita tentang hal yang berlaku pada waktu rehat tadi.

"Faiz ada tak?" Tegur satu suara dari belakang pintu kelas tingkatan lima itu.

Faiz segera melihat ke arah manusia yang dia sangat kenali itu. Pantas dia berjalan ke arah Jauhari yang berdiri di situ.

"Kenapa abang datang sini?"

Banyak mata yang memerhati Jauhari ketika itu. Sudah pasti kebanyakan pelajar perempuan di dalam kelas ini sudah cair melihat wajah kacak milik Jauhari. Di tambah pula dengan kod pakaian tingkatan enam yang sangat bergaya seperti golongan bekerjaya ini. Jelas menampilkan kematangan Jauhari dari luaran.

"Kau ada kelas hari ni, kan?"

"Ya. Abang tak ada kelas ke?"

"Cancel. So, aku balik dulu. Balik nanti aku ambil kau."

"Saya fikir nak keluar beli barang lepas kelas ni. Tak muat pula motor nanti."

"Kalau macam tu. Aku suruh Umar ambil kau la. Dia sampai Malaysia dalam pukul 3:00 petang."

"Haaaaa? Tak ada orang lain ke?" Terus dia naik angin.

"Hari ni semua orang sibuk la."

"Habis tu, abang balik naik apa?"

"Cikgu Alim hantar." Dia tersengih.

Faiz tidak berpuas hati. "Saya skip kelas je la."

Dahi Faiz dijentik. "Kau fikir kau skop kelas boleh jadi pandai? Jangan harap aku ajar kau. Aku pun sibuk. Petang ni Umar ambil."

Faiz genggam buku lima. Dia tidak mahu duduk satu kereta dengan Umar. Sudah pasti ada sahaja masalah yang akan berlaku dan mereka akan bergaduh. Biasanya, Faiz mulakan dulu.

"Nak tak nak. Kau kena balik dengan dia. Ni arahan. Aku tahu kau tak suka Umar. Tapi sampai bila? Kau patut hormat dia macam kau hormat aku sebab dia pun abang kau juga." Kata Jauhari dengan nada yang dingin.

Dia pergi dari situ. Faiz pula berdiri dengan perasaan marah. Entah mengapa dia marah sangat dengan Umar tu sehingga Jauhari dapat merasai aura membunuh yang kuat daripada Faiz.

"Haih. Dia ni. Bila la nak berubah? Pening la." Keluh Jauhari dalam hati.

Faiz kembali ke tempat duduknya. Meja ketuk. "Tak guna, Umar. Kenapa hari ni juga dia nak balik sini? Kalau la aku tahu godam. Dah lama aku hijack jet peribadi dia."

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now