BAB 7

223 22 0
                                    

Waktu petang sangat sesuai untuk beriadah. Tetapi musim hujan menjadikan hal tersebut mustahil untuk dilakukan. Tetapi tidak bagi Jauhari yang suka keluar rumah dengan baju sejuk bersaiz besar. Kepalanya bertopi dan berhud untuk elak terkena air hutan. Baju sejuk itu tebal. Lengan baju pula panjang sehingga melepasi hujung jarinya. Badan baju sejuk itu labuh sehingga paras lutut.

Kali ini dia keluar bersama-sama Faiz untuk membeli makanan ringan seperti mee segera, 100 Plus, coklat dan sebagainya. Dia juga menemani Faiz untuk membeli buku rujukan dan buku latihan di kedai buku.

Ting tong!

Bunyi loceng kedai barangan antik ketika mereka berdua masuk ke dalam kedai tersebut. Suasana di dalam kedai itu sepi. Kedai ini tidak ramai pelanggan. Tujuan mereka datang ke kedai ini untuk mencari sesuatu yang diminta oleh Umar. Mereka perlu berjumpa dengan pemilik kedai itu untuk mendapatkan sesuatu.

"Mana pula tuan kedai ni?" Soal Jauhari sambil menelek-nelek kawasan kaunter. Tiada sesiapa di situ.

Faiz pula menuju ke arah rak buku-buku lama. Di situ juga terdapat koleksi lukisan dan poster lukisan tangan.

Jauhari menekan loceng di atas meja kaunter banyak kali. "Hello? Ada orang tak?"

Faiz mula melangkah ke arah sebuah bilik yang terletak berhampiran koleksi alat muzik. Dia terbau sesuatu yang sangat menarik perhatiannya. "Darah."

"Abang Zao." Panggil Faiz.

Jauhari segera berlari ke arah suara Faiz apabila hidungnya menangkap bau yang sama. "Kenapa ada bau darah dalam kedai ni?"

Bau darah mula kuat apabila Faiz telah membuka pintu bilik itu. Di situ sudah terbaring mayat pemilik kedai tersebut. Ternyata bilik itu merupakan bilik rehat yang dilengkapi dengan komputer, loker dan sofa.

Jauhari terkejut melihat mayat pemilik kedai itu. "Siapa yang buat ni?" Matanya tertacap pada pisau yang sudah dibenamkan pada jantung mangsa tersebut.

Kedengaran bunyi loceng pintu dibuka. Ada pelanggan masuk ke dalam kedai tersebut. Namun, sangkaan mereka meleset apabila dua orang anggota polis berpakaian biasa dengan sepucuk pistol pada tangan masing-masing sedang diacukan ke arah Jauhari dan Faiz.

"Jangan bergerak. Kami polis." Kata Inspektor Fartini.

Jauhari dan Faiz hanya melihat ke arah mereka berdua tanpa rasa gerun. Untuk apa rasa takut sedangkan mereka tidak bersalah.

"Apa polis buat dekat sini?" Tanya Jauhari dengan berani.

"Jangan fikir kalian akan terlepas. Kami dah dapat laporan. Dua orang lelaki berhud telah bunuh pemilik kedai ni." Kata Fairuz.

"Ha? Kami ke?" Soal Faiz.

"Siapa lagi kalau bukan kalian?" Fairuz melihat mereka dari atas sehingga ke bawah.

Dua orang remaja lelaki berhud hitam. Seorang memakai baju sejuk terlebih saiz dan seorang lagi memakai baju sejuk yang sepadan dengan tubuh. Masing-masing memegang plastik berisi barang-barang yang dibeli.

Inspektor Fartini menurunkan senjatanya. Fairuz turut menurunkan senjata. Inspektor Fartini berdecit. Tidak puas hati kerana dia merasakan dirinya telah ditipu oleh si pelapor. Masing-masing menyimpan senjata.

"Dah lama ke awak berdua datang sini?" Tanya Inspektor Fartini.

"Kami baru je sampai." Jawab Jauhari.

"Tapi kenapa ada dekat depan pintu ni?" Tanyanya lagi.

"Sebab ternampak darah keluar dari bilik ni." Kata Faiz. Walhal tadi dia terbau darah. Darah di atas lantai tu dia baru sahaja perasan tadi.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now