BAB 73

145 16 5
                                    

Jauhari yang masih berpakaian rasmi ketua SHIN Protection keluar dari bilik mesyuarat di dalam balai tersebut. Dia baru sahaja selesai melakukan perbincangan tentang kes pembunuhan yang dipegang oleh Inspektor Nizam. Segala teori dan maklumat daripada Jauhari dicatat oleh Khalid sebagai rujukan untuk mereka nanti.

"Terima kasih sebab dah banyak bantu saya selesaikan kes macam ni." Umar Inspektor Nizam.

Jauhari berjalan beriringan dengan  Inspektor Nizam. "Saya memang suka kes misteri macam ni. Otak lebih berfungsi berbanding kes biasa."

"Kamu ni, ada-ada je la. Tak hairan la kalau kamu nak jadi polis. Tapi apa kata kalau kamu ubah cita-cita tu. Jadi penyiasat persendirian pula. SHIN Protection dah cukup untuk bantu kamu." Nasihat Inspektor Nizam kepada Jauhari.

"Bagus juga idea tu. Detektif Yakuza." Katanya lalu ketawa. Inspektor Nizam turut ketawa.

"Jauhari?" Tegur Inspektor Fartini. Dia sangat mengenali Jauhari berdasarkan penampilan jejaka kesayangannya ini. Walaupun tidak melihat wajah. Suara sudah cukup untuk dia kenali.

Jauhari segera melihat ke arah Inspektor Fartini. Dia senyum melihat kekasihnya. Pantas sahaja dia menghampiri Inspektor Fartini. Khalid sudah berasa sedih dalam hati ketika melihat cinta hati yang bertepuk sebelah sedang mesra dengan orang lain. Umar hanya tersengih melihat gelagat Jauhari itu. Inspektor Nizam juga begitu.

"Hai, awak. Sibuk lagi ke? Boleh saya tolong?" Kata Jauhari sambil memegang tangan kanan Inspektor Fartini. Tangannya bersarung. Tiada masalah untuk pegang tangan kekasihnya itu.

"Saya sibuk la awak. Kalian kali la kita keluar makan." Tahu sangat dia terhadap sikap baik Jauhari itu. Semestinya ajak keluar makan sama-sama.

"Lunch."

"Lunch saya makan dalam pejabat je. Ada fail kes nak kena semak. Kejap lagi kena keluar pula sebab ada urusan lain. Awak jangan menggedik nak ikut saya." Tegas Inspektor Fartini dalam pesanannya itu.

Jauhari mencebik. Merajuk seperti kanak-kanak tidak dapat coklat. "Tak apa la. Awak sibuk. Saya pun sibuk juga. Tadi jumpa makcik cantik dekat pejabat EVOS. Awak tak cemburu ke?" Tangan Fartini dilepaskan.

"Eh? Merajuk pula ke ni? Nak kena pujuk lagi ke?" Gertus hati Inspektor Fartini terhadap sikap Jauhari ini. Mengada je lebih.

"Malam ni saya free. Datang la rumah saya. Berbuka sekali. Lepas tu, awak kena jadi imam. Boleh?" Dia cuba memujuk 'si kucing' di hadapannya itu.

Inspektor Fartini bagai dapat melihat telinga 'si kucing' " terangkat dan kembali ceria selepas dikatakan sedemikian. Dia mahu sahaja ketawa tetapi hanya dalam hati.

"Nanti awak masak sedap-sedap. Saya nak tapau bawa balik rumah untuk sahur esok." Kata Jauhari dengan niat untuk bergurau.

Akhirnya, mereka ketawa melihat gelagat Jauhari. Begitu juga dengan Inspektor Fartini. Jauhari hanya senyum melihat wajah ayu bakal isterinya itu. Meriah sungguh balai ini sejak Jauhari sering datang ke sini jika ada urusan penting dengan Inspektor Nizam. Biasanya dia ke sini hanya menutupi kepalanya dengan hud. Hari ini dia bertopeng. Hanya itu yang berbeza. Gelagat dia ketika bertemu dengan Inspektor Fartini dalam balai ini pula sudah biasa dilihat oleh anggota polis dalam balai itu. Inspektor Fartini juga semakin ceria sejak bergelar bakal isteri Jauhari.

"Macam budak-budak." Kata Inspektor Nizam perlahan.

"Ni pertama kali saya tengok Tuan Zao macam ni depan perempuan. Maklumlah, bakal isteri." Kata Umar  di sebelah kanan Inspektor Nizam.

"Untung la dapat bakal isteri cantik macam tu. Saya pula yang sedih." Kata Khalid di belakang mereka berdua.

"Tapi kita tak tahu macam mana perjalanan mereka lepas kahwin nanti. Hanya kahwin dapat selesaikan masalah Tuan Zao. Saya sebenarnya tak tahu rancangan dia. Tapi saya dapat rasakan Tuan Zao akan tinggalkan kita lepas kahwin nanti. Bebas dari dunia gelap. Hilang dalam cahaya." Wajah Umar memaparkan kesedihan yang disimpan dalam hatinya.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now