BAB 66

154 14 0
                                    

Aliman mengambil keputusan untuk bertemu dengan Jauhari selepas pertemuan dengan Aqila pada siang tadi. Dia juga telah mendapatkan nombor telefon Jauhari daripada anaknya. Inspektor Fartini hanya memberi nombor telefon itu tanpa bertanya apa-apa. Sudah pasti bapanya mahu berbual dengan Jauhari berkaitan identiti sebenar Jauhari yang sudah terbongkar itu.

Inspektor Fartini juga ada tanya kepada Inspektor Nizam berkaitan identiti Jauhari. Inspektor Nizam mengakui bahawa dia yang memberitahu semua maklumat tersebut kepada abangnya itu. Tiada apa-apa yang perlu dia sorok demi kebaikan keluarga abangnya. Hanya Aliman berhak untuk terima atau menolak Jauhari sebagai menantunya.

Aliman masuk ke dalam sebuah kedai makan tanpa rasa ragu-ragu untuk bertemu dengan Jauhari selepas mengetahui identiti sebenar bakal menantunya itu. Menjadi orang yang sempurna bukan mudah. Begitu juga untuk menyimpan rahsia yang besar. Suatu hari nanti akan terbongkar juga.

Sebuah meja kosong dipilih jauh daripada para pelanggan yang lain. Agak terpencil di situ. Dia memilih tempat tersebut kerana dia mahu berbincang sesuatu berkaitan rahsia Jauhari. Mustahil dia mahu berbual dalam suasana orang awam yang ramai di sekeliling. Namun, dia sendiri tidak pasti bahawa Jauhari akan melihat dirinya di sini atau tidak.

"Assalamualaikum?" Sapa suara dari belakang.

Aliman terkejut. "Waalaikumsalam."

Seorang lelaki berhud mengambil tempat di hadapannya. "Saya baru nak panggil pakcik tadi. Tapi pakcik macam tak perasan je."

"Jauhari ke ni?"

"Ya."

"Kenapa pakai macam penyamun je ni?" Kata Aliman yang merujuk kepada baju sejuk terlebih saiz berwarna hitam. Di atas kepalanya terdapat topi yang ditutupi dengan hud. Seluar jeans juga berwarna hitam. Hanya lukisan kepala kucing sahaja yang terpapar besar pada perut baju dengan warna putih.

Jauhari ketawa. "Ni memang gaya saya waktu malam."

"Ibu tahu tak kamu keluar rumah malam ni?"

"Errr... Tadi ibu mandi. Jadi, saya keluar je la. Ibu mesti tahu saya keluar walaupun tak cakap. Sebab sense of mother." Dia tersengih.

"Haih. Kamu ni. Sekurang-kurangnya, hantar la mesej. Ibu kamu tak risau kamu keluar dengan siapa." Nasihat Aliman.

Jauhari segera mengeluarkan telefonnya. Mesej ditulis lalu dihantar kepada ibunya. "Dah hantar. Bagus idea pakcik. Saya pun tak terfikir."

"Tak terfikir atau memang tak ada niat nak beritahu?"

Telefon pintar disimpan ke dalam poketnya. "Dua dalam satu."

"Aduhai. Kenapa la Aqila dapat anak macam dia ni. Memang buat semua orang risau kalau terus macam ni." Keluh hatinya.

"Pakcik nak bincang apa ni? Makcik tahu tak pakcik keluar?"

"Tahu."

"Tahu pakcik keluar dengan saya?" Jauhari angkat kening.

"Tak."

"Hmm... Macam sulit je ni. Tempat duduk pun menarik. Pakcik nak bincang sesuatu yang makcik tak tahu, kan?" Teka Jauhari yang sudah tahu niat sebenar Aliman.

"Bijak betul kamu ni. Kalau macam tu, kami boleh jujur dengan pakcik?"

"Boleh."

"Senangnya dia ni." Fikir Aliman.

"Ayah kamu apa khabar?"

"Ayah saya, alhamdulillah. Mungkin sihat selagi tak ada orang cari masalah. Pakcik kenal ayah saya, kan?"

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now