BAB 81

140 14 0
                                    

Ardin tergamam melihat suasana dalam kawasan rumah Shinigami setianya dia di situ selepas dijemput oleh Umar di rumah Syazrul tadi. Dia diajak untuk datang ke rumah Jauhari untuk berbuka puasa, solat Tarawih dan majlis kemasukan ahli baru dalam keluarga Shinigami.

"Jemput la masuk." Kata si pembantu rumah kepada Ardin yang berdiri di hadapan pintu rumah.

"Terima kasih." Ardin masuk ke dalam rumah tersebut.

Suasana meriah di ruang tamu utama dapat didengari oleh Ardin. Dia hanya mengekori pembantu rumah tersebut ke ruang tamu utama.

"Temu dah sampai." Kata wanita itu.

"Assalamualaikum." Sapa Ardin yang kelihatan segan melihat gadis-gadis cantik di situ selain para jejaka yang bersila di atas lantai.

"Waalaikumsalam." Sahut mereka.

"Jemput la duduk sini." Ajak Fareez yang berada pada tempat duduk bahagian lelaki.

Ardin terus menuju ke arah Fareez. Dia duduk di situ. Mereka bersalaman.

"Saya Fareez. Panggil Reez je. Orang dalam rumah ni panggil Tuan Reez." Katanya.

"Saya, Ardin."

"Ni la orang baru Tuan Zao beritahu semalam. Bagus juga badan. Tak ada la nampak papan sangat dari luar macam Tuan  Fa." Hidan ketawa.

"Ish, Tuan Fa tu muda lagi. Masuk umur 18 tahun nanti. Berubah la tu." Kata Heiden.

"Ha. Ya la. Saya, Hidan. Ni Heiden. Kami ni sebenarnya dari Ame Sakura di Jepun. Keluarga ayah Tuan Zao." Jelas Hidan.

"Kecil-kecil dulu. Kami la jaga Tuan Zao dengan Puan Aqila. Dah besar ni. Banyak betul berubah. Bijak. Hebat. Malah lebih baik daripada Tuan Kawazaki. Rasa lebih bebas dalam keluarga ni. Rasa tak nak balik sana." Jelas Heiden berdasarkan pengalaman sendiri.

"Ya la. Kita diberi peluang bekerja macam orang normal. Kalau di sana. Belum tentu dapat hidup bahagia macam ni. Nampak muka kita je. Semua orang lari macam nampak hantu." Sokong Fareez yang turut dari  keluarga Ame Sakura.

Mereka ketawa. Ardin pula tidak tahu jika dia patut ketawa sekali atau mendiamkan diri. Maka, dia hanya senyum.

"Macam mana kerja sekarang? Tuan Zao kata EVOS makin banyak kerja kena buat sampai kena cari ahli baru." Ujar Heiden.

"Ya. Kami sebenarnya tak cukup tangan sebab tugas kami berkaitan dengan kongsi gelap. Tak mudah nak bersihkan semua kegiatan mereka tu. Nak cari mereka pun belum tentu jumpa." Jelas Ardin.

"Patut la Puan Aqila kata kawan dia beria-ria nak Tuan Zao terima jadi ahli EVOS sampai Puan Aqila pula jadi  orang tengah. Bagi kad ID yang kawan dia suruh tu." Jelas Hidan.

"Eh? Jauhari ahli EVOS ke?"

"Ya. Lebih kepada terpaksa. Tuan Zao mana berani tolak permintaan Puan Aqila. Itu pun siap berguling atas lantai ni sambil menangis tak nak join EVOS sebab nak jaga family ni." Fareez ketawa kecil tatkala terkenang kejadian beberapa hari yang lalu.

"Serius la? Kenapa dah macam budak-budak pula ni?"

Heiden berhenti ketawa selepas terkenang kejadian yang sama. "Sebab Tuan Zao sebenarnya manja dengan Puan Aqila. Dia buat macam tu dengan harapan tak dipaksa. Tapi apa boleh buat kalau Queen dah bersuara. Nak tak nak. Kena la juga terima." Katanya dengan nada berbisik.

"Queen garang ke?" Ardin turut berbisik.

"Garang." Jawab mereka bertiga sambil berbisik juga.

Seekor kucing jadian duduk di sebelah kanan Heiden. Tangan kirinya memegang ekor kucing pasti. Matanya tajam melihat ke arah Ardin yang duduk bertentangan dengannya. Seperti mahu ditelan oleh Faiz.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now