BAB 59

138 18 0
                                    

Faiz masuk ke dalam Umar selepas selesai tugasannya yang diajar oleh Aqila. Dia juga memberitahu Aqila bahawa Umar demam. Umar telah pun dirawat oleh Prof. Carlos yang berada di rumah pada malam itu.

Wajah kacak milik Umar dilihat oleh Faiz. Dia mendekati Umar lalu melabuhkan tapak tangannya di atas sapu tangan yang diletakkan pada dahi Umar. Sapu tangan itu sudah kering. Faiz mengambilnya lalu mencelup sapu tangan tersebut ke dalam air. Sapu tangan diperah sebelum diletak kembali pada dahi Umar.

"Kerja saja tanpa jaga kesihatan pun tak ada guna." Kata Faiz sebelum pergi dari bilik itu.

Umar membuka matanya. Dia sebenarnya tidak boleh tidur kerana kepalanya rasa sakit. Suasana bilik yang gelap itu hanya dicahayai oleh lampu dari luar tingkap bilik tersebut.

Matanya melihat ke arah pintu biliknya. "Fa?"

Dia tersengih sendiri. "Tsundare."

Sementara itu, Jauhari sedang bercangkung di sebelah kanan Inspektor Fartini ketika berada sebuah lokasi kejadian kes. Inspektor Fartini mendapat panggilan daripada Inspektor Nizam berkaitan kejadian kes pembunuhan yang berlaku berhampiran rumah Inspektor Fartini. Mereka berdua terus bergegas ke tempat kejadian dan terpaksa membatalkan rancangan untuk menonton wayang pada malam ini.

"Mangsa meninggal dunia dalam empat jam yang lalu. Mangsa tinggal dalam rumah ni sendirian. Mengikut soal siasat daripada jiran berhampiran. Mereka terdengar bunyi kaca pecah beberapa jam sebelum mendengar bunyi sebuah kereta berhenti di hadapan rumah ni. Kereta tu milik bapa mangsa yang baru pulang dari luar negara." Jelas seorang anggota polis wanita, Sara. Dia orang kanan Inspektor Nizam.

"Tak ada kesan pergelutan. Senjata tak dijumpai. Mungkin ada kaitan dengan Nightmare." Inspektor Fartini membuat kesimpulan sendiri sambil melihat mayat itu.

Jauhari berdiri selepas puas meneliti mayat di hadapannya itu. Dia melihat keadaan bilik tersebut. "Nightmare tak ada kaitan dalam hal ni."

Inspektor Nizam terkejut mendengar nama itu disebut oleh Jauhari. Dia tidak pernah memberitahu kejadian berkaitan Nightmare kepada jejaka itu. Lantas, dia melihat ke arah Inspektor Fartini. Wanita itu angkat bahu sebagai tanda tidak tahu. Jauhari pula tidak melihat ke arah mereka berdua. Tingkap bilik menjadi perhatian.

"Mungkin orang yang dia jumpa tu seseorang yang dia kenal. Mungkin dia diberi racun untuk dibunuh perlahan-lahan. Mungkin dia membunuh diri sendiri untuk lari daripada sesuatu. Atau mungkin dia sakit dan sudah ajal." Tambah Jauhari sambil mengetuk cermin tingkap. Tingkap itu berkunci dari dalam. Mustahil orang keluar dari tingkap itu.

Inspektor Nizam berfikir seketika. "Biar pihak forensik jalankan tugas mereka. Buat masa ni. Kita belum tahu pembunuh sebenar. Tapi macam mana kami tahu pasal Nightmare?"

Jauhari bersandar pada dinding. Dia silangkan kedua-dua lengannya pada dada lalu dia senyum. "Siapalah saya kalau saya tak tahu tentang manusia yang terkenal tu. Sekarang dunia gelap dah huru-hara dengan nama tu."

"Eh? Macam mana boleh jadi macam tu?" Tanya Inspektor Fartini.

"Mana la saya tahu. Mungkin dia terlalu kuat untuk dilawan. Dengar cerita, Nightmare ni macam hantu. Tak ada sesiapa boleh nampak dia. Mangsa pun mati mengejut. Tapi dia hanya buru orang-orang Meliniar." Jelas Jauhari. Wajahnya kelihatan tidak sembunyikan sesuatu.

Namun, siapa tahu jika dia sebenarnya ialah Nightmare itu. Bercerita tentang dirinya seperti bercerita tentang diri orang lain. Menipu bukan sesuatu yang sukar untuk diungkapkan dengan wajah yang kelihatan jujur dan benar.

"Kita masih belum tahu pembunuh dalam kes ni kalau bukan Nightmare." Leher mangsa dilihat oleh Inspektor Nizam. Tiada kesan lebam seperti mangsa-mangsa Nightmare sebelum ini.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now