BAB 15

220 23 3
                                    

Jauhari merebahkan dirinya di atas katil selepas selesai mengeringkan rambutnya. Matanya melihat ke arah lima orang rakan sebiliknya yang sibuk dengan permainan video atas talian. Jauhari berasa janggal untuk berbual dengan mereka. Dia sengaja menjauhkan dirinya daripada mereka. Walhal sebelum ini mereka sering bermain bersama-sama.

"Jauhari. Jom la main sekali." Ajak Khal yang berada di atas katil. Di dalam bilik ini terdapat tiga buah katil bersaiz sederhana. Muat untuk dua orang.

"Tak apa la. Korang main la. Aku nak rehat." Kata Jauhari lalu pejam mata.

"Hairie dah tak nak kawan dengan kita ke?" Tanya Qawaris kepada rakan-rakannya perlahan-lahan.

"Mungkin dia fikir kita tak suka dia lepas kes tadi. Atau dia rasa bersalah." Jelas rakannya seorang lagi, Husni.

Pintu bilik diketuk. Mereka terkejut. Qawaris terus bangun dan berjalan ke arah pintu bilik. Dia intai dari lubang pintu. Seorang ninja berdiri di situ. Pintu dibuka.

"Masuklah." Qawaris mempelawa.

Faiz masuk ke dalam bilik itu. Terus ke arah katil Jauhari. Dia duduk di atas katil itu. Pipi kanan Jauhari dicuit-cuit. Jauhari membuka matanya.

"Fa? Buat apa dekat sini?"

"Nak tidur sini boleh? Tuan Reez berdengkur kuat sangat. Tak boleh tidur."

"Pergi la tidur dekat sofa tu." Kata Jauhari.

Faiz melihat ke arah sofa panjang di hadapan televisyen. Kemudian, dia melihat semula ke arah Jauhari. Jauhari sudah pejam mata.

"Saya nak tidur sini. Tak nak tidur sana. Nanti sakit badan." Dia baring di sebelah Jauhari.

"Kau bukan student tingkat enam. Tidur sana."

"Tapi saya bantal golek."

Jauhari terdiam seketika. "Dia suruh aku abaikan dia ke apa ni?"

Jauhari duduk di atas katil. Dia lihat ke arah Faiz yang melihat ke arahnya. "Kau tidur sini. Aku tidur sana. Orang lain nak tidur sini."

"Siapa?"

"Kawan aku."

"Saya tidur bawah katil."

Jauhari tepuk dahi. "Suka hati kau la. Aku penat."

Faiz duduk di atas katil lalu menghadap ke arah Jauhari. Dia memeluk Jauhari. Jauhari terkejut. Matanya ketika ini melihat ke arah rakan-rakannya yang menyaksikan situasi itu.

"Jangan salahkan diri. Buat je seperti biasa. Kita berasa di jalan yang benar. Buat apa nak takut?" Kata Faiz seperti sedang memujuknya.

Jauhari menundukkan pandangannya. "Pertama kali aku malu jadi anak yakuza. Aku rasa aku tak sesuai ada dekat sini."

Mereka mendengar kata-kata Jauhari. Sudah mereka sangka semua itu. Sedangkan mereka tidak takut kepada Jauhari yang mereka kenal selama ini.

Faiz melepaskan pelukan. "Jadi, boleh saya tidur sini?"

Jauhari mengeluh. "Aku tak faham betul la budak ni."

Rakan-rakannya ketawa melihat gelagat mereka berdua. "Tidur situ. Saya tidur dekat sofa je." Kata Qawaris.

"Terima kasih. Nanti saya bagi diamond. Bagi ID ML dekat saya nanti."

"Serius la?"

"Saya serius. Sebab saya orang kaya. Setiap bulan dapat gaji banyak. Tak tahu nak buat apa. Jadi, saya beli la diamond banyak-banyak." Faiz bangga seketika sebelum kepalanya diketuk oleh Jauhari.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now