BAB 88

163 16 4
                                    

Dua bulan telah berlalu  sejak Ardin tinggal dalam keluarga Shinigami. Telah banyak kerja dan masalah keluarga ini dia hadapi bersama-sama. Tidak mudah untuk dia sesuaikan diri di sini tetapi dia tetap mencuba, terutama ketika mesyuarat antara ketua pasukan yang macam ribut taufan melanda bilik mesyuarat itu. Jauhari pula lepas tangan dengan alasan kerja sekolah banyak. Kadang kala sahaja dia masuk dalam mesyuarat.

Malam ini dia perlu melakukan sesuatu yang baru bagi dirinya, iaitu mengajar. Empat orang ahli baru yang menyertai SHIN Protection telah dipilih oleh Jauhari untuk dilatih oleh Ardin. Dua lelaki dan dua perempuan. Mereka berlatih ditapak latihan SHIN Protection dengan pemantauan Umar di situ.

"Assalamualaikum, semua. Selamat datang ke tapak latihan SHIN Protection. Tahniah kerana telah berjaya terpilih dalam program kali ini. Seperti yang kalian tahu. Saya, CEO SHIN Protection, Umar. Untuk latihan malam ni. Kalian akan berlatih di bawah arahan Encik Ardin. Saya harap kalian boleh beri kerjasama untuk program ni. Jika program ni berjaya. Pasukan baru akan ditubuhkan." Pembuka bicara daripada Umar kepada empat orang ahli baru tersebut. Mereka berdiri bertentangan dengan Umar dan Ardin.

"Apa khabar, semua? Nama saya, Mohd. Ardin bin Samsuddin. Saya masih baru dalam mengajar ni. Kalian boleh tanya saya kalau ada apa-apa yang tak faham. Saya pun tak pasti saya boleh mengajar atau tak. Disebabkan ni arahan orang atasan. Saya tak boleh menolak." Kata Ardin.

Mereka tekun mendengarnya. Hati para wanita pula berbunga mekar sejak melihat dua jejaka hebat di hadapan mereka ini. Kekacakan luaran memang menjadi tarikan utama para wanita. Begitu juga dengan kekayaan.

"Baik la. Saya duduk sana. Boleh mula kelas latihan." Kata Umar lalu menuju ke arah sebuah kerusi. Di situ terdapat sebuah meja dan komputer riba.

"Masa untuk sesi berkenalan sebelum kita mulakan latihan. Baik la. Awak mula dulu. Nama, pekerjaan sebelum ni dan kemahiran. Pernah belajar seni bela diri atau tak? Apa tujuan bekerja di sini?" Kata Ardin sambil melihat ke arah seorang wanita berambut pendek paras bahu.

*

Umar memerhati dari jauh cara Ardin mengajar ahli baru menggunakan teknik perlawanannya. Teknik yang memerlukan kelajuan kaki itu bukan mudah untuk diikut. Mereka juga tidak mampu mengikut demo yang Ardin telah tunjukkan. Hal ini membuatkan Ardin menetapkan cara latihan yang lain. Larian sekeliling padang. Adakah mereka berempat mampu bertahan atau mahu berhenti?

"Macam mana Ardin latih? Okay?" Tegur suara dari belakang Umar.

Umar terkejut lalu melihat ke arah pemilik suara itu. "Tuan Zao? Dah lama ke sampai sini?"

"Baru je tadi. Alang-alang keluar beli barang."

"Seorang?"

"Ya. Faiz tidur awal. Penat study." Kata Jauhari lalu duduk di sebelah Umar. Walhal, dia yang tidurkan Faiz kerana tidak mahu Faiz mengganggu rancangannya malam ini.

Umar melihat ke arah Ardin. "Dia kena rancang latihan yang sesuai dengan pelajar baru. Lagi pun, latihan dia tu perlukan kelajuan. Ada ke kaki yang laju. Macam dia?"

"Dia kena tanya Fa kalau nak tahu cara latihan kelajuan. Nak lari pun ada cara. Larian cara biasa tak semestinya laju. Posisi badan penting." Kata Jauhari sambil melihat empat orang manusia sedang berlari mengelilingi padang.

Umar menyambung kembali kerjanya pada komputer riba di hadapannya itu. "Tadi Inspektor Nizam ada call saya. Dia tanya pasal Nightmare sebab ada beberapa pihak polis yang terlibat dalam siasatan kes tu. Senang kata. Nightmare dikira sebagai penjenayah sebab membunuh."

"Pihak polis tak perlu masuk campur hal Nightmare. Dia bukan bunuh orang awam pun."

"Ya. Kalau kita berurusan dengan Inspektor Nizam je boleh la dia terima alasan tu. Tapi sekarang ni kita bukan berurusan dengan dia je. Macam mana? Nak tolong atau tak?" Umar melihat ke arah Jauhari yang berhud di atas kepala itu.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now