BAB 24

194 26 2
                                    

Faiz berdiri menggunakan lutut di tepi meja di kawasan dapur. Dia sedang melihat seorang chef membuat sushi. Dia menantinya dengan penuh kesabaran sebelum dia berdiri dan membawa lari sepinggan sushi yang sudah siap dibuat.

"Fa-sama!" Jerit chef tersebut. Di hanya mengejar sehingga ke pintu dapur lalu mengeluh.

"Kena buat lagi. Haih. Sempat ke sebelum tetamu sampai nanti." Katanya.

Seorang gadis menepuk bahu kanannya. "Sabar la. Bukan selalu pun Tuan Fa balik sini. Jom, saya tolong. Sup saya dah siap masak."

"Terima kasih, Akari." Kata Chef wanita itu, Chef Nishimia.

Jauhari berhenti di hadapan pintu dapur. "Apa dah jadi?"

Masing-masing melihat ke arah Jauhari yang bertopeng separuh wajah dengan kimono berwarna hitam dengan corak bunga sakura berwarna merah jambu. Itu ialah pakaian rasminya sebagai ketua Shinigami. Dia perlu menghadiri mesyuarat pada hari ini.

"Tuan Fa bawa lari sushi yang sepatutnya disediakan untuk tetamu nanti." Jawab Akari.

Jauhari masuk ke kawasan dapur. Dia membuka peti sejuk lalu mencapai sekotak susu. "Tak apa. Sempat lagi buat baru. Dia tu sensitif kalau dapat bau makanan kegemaran dia." Kata Jauhari.

"Baik, Tuan Zao. Kami akan sediakan yang baru." Kata Chef Nishimia dengan bersemangat.

"Bagus. Good luck." Kata Jauhari sebelum keluar dari situ bersama-sama sekolah susu, sepinggan dumpling dab sos dumpling.

"Dumpling pun kena bawa lari." Chef Nishimia ternganga. Ternyata Jauhari pun sedemikian. Sama sahaja perangai mereka berdua tu.

Akari ketawa kecil. "Dumpling ada dalam dalam peti sejuk tu. Sempat kalau kita nak panaskan."

Dia rasa sedikit lega. "Nasib baik awak tak masak semua tadi."

Sejam kemudian, Yato masuk ke kawasan dapur bersama-sama pinggan-pinggan dan kotak susu. "Tetamu dah sampai." Beritahunya kepada mereka yang berada di dapur.

"Fuh~ Nasib baik sempat siap semuanya."

Pinggan dibawa ke singkir. Kotak susu dibuang ke dalam tong sampah. "Tuan Fa pesan. Nak ayam bakar untuk makan lepas mesyuarat nanti."

"Baik la." Kata Chef Nishimia.

*

Ketua Seiryuu, Tsubasa dan dua orang penting dalam organisasi Seiryuu. Mereka baru tiba di hadapan rumah Ame Sakura. Kawazaki juga berada di hadapan pintu rumahnya itu.

"Selamat datang, Jintaiji. Apa khabar?" Kawazaki menghulurkan tangan kanannya untuk bersalaman.

Ketua Seiryuu menyambut salaman tersebut. "Khabar baik. Dah lama tak jumpa. Macam mana dengan kesihatan kau?"

"Baik-baik saja. Cedera sikit je."

Salaman dileraikan. "Terkejut juga aku masa dapat tahu kau kena serang."

"Siapa angka, kan? Silakan masuk."

"Terima kasih."

"Fa." Panggil Kawazaki.

"Ya." Sahut Faiz yang lengkap memakai kimono berwarna hitam dengan bercorak api bawa hujung kaki bajunya. Wajahnya tidak bertopeng.

Faiz sedang mendukung seekor kucing putih milik keluarga ini. Sejak awal tadi lagi dia bermain dengan kucing itu sambil makan sushi di ruang tamu.

"Zao mana?"

"Abang Zao pergi tandas tadi. Tapi tak kembali. Mungkin dia bertapa dalam tandas. Atau tak jumpa jalan kembali." Kata Faiz acuh tak acuh.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now