BAB 37

182 22 10
                                    

Hilmi dan Adlan memberi salam kepada Jauhari ketika mereka terserempak dengan Jauhari di kawasan bangunan tingkatan enam. Situasi ini membuatkan orang lain melihatnya dengan perasaan hairan. Walhal sebelum ini Adlan beria-ria mencabar Jauhari berlawan.

Jauhari bersandar pada koridor kelas ketika waktu rehat. Dia sedang berfikir tentang sesuatu. Matanya melihat ke arah langit. "Perjalanan masih jauh lagi, ha?"

"Jauhari."

Jauhari segera melihat ke arah Adlan yang baru tiba di situ. "Oh, Adlan. Kenapa?"

"Kau tak pergi kantin ke?"

"Tak. Kejap lagi member aku bawa naik makanan. Aku ada kerja nak kena siapkan. Kau tak rehat?"

"Aku tertinggal wallet sebab nak cepat tadi. Malas la pinjam duit adik aku. Nanti dia mengungkit."

Jauhari ketawa. "Aku faham."

"Pasal hari tu. Aku dah fikir."

"Hu?"

"Aku nak jadi kuat sebab aku nak jaga keluarga aku. Ayah aku banyak berhutang dengan Ah Long. Dia lepas tangan. Mak aku pula bekerja untuk bayar hutang tu. Kalau aku tak kuat. Aku tak boleh lindungi mak aku." Jelas Adlan.

Jauhari senyum. "Kau bercita-cita nak jadi apa nanti?"

"Cita-cita aku nak jadi arkitek. Sebab tu aku ambil kelas seni."

Jauhari menjauhkan dirinya dari dinding koridor. Tangan kanannya memegang dagunya sendiri sambil melihat Adlan. "Kau nak tolong mak kau?"

"Ya."

"Kau boleh kerja sambil belajar?"

"Aku memang kerja pun. Biasanya hari Isnin sampai Jumaat aku kerja petang dekat kedai runcit kalau tak ada kelas tambahan. Hari Ahad aku full day kerja." Jawabnya.

"Kau boleh join aku kalau kau nak."

"Eh?" Adlan terkejut.

"Kau akan dapat ilmu baru. Gaji tinggi. Yang penting keselamatan keluarga kau. Kau pun boleh lingkupkan Ah Long tu nanti." Jauhari tersengih.

"Tak akan la aku nak join yakuza pula?" Katanya perlahan.

Jauhari ketawa. "Bukan la. Maksud aku, SHIN Protection. Tu syarikat yang lindungi keluarga aku. Well... Syarikat ayah aku. Abang angkat aku yang jadi ketua dalam syarikat tu. Jangan risau la. Kau buat kerja halal. SHIN Protection ni kerja jadi bodyguard orang kaya. Yang penting kau tahu berlawan dan ilmu-ilmu tambahan yang lain. Contohnya, ilmu mengesan, memburu, bahasa dan sebagainya. Kalau kau join nanti. Mereka akan ajar. "

"Serius la?"

"Ada aku tipu?"

Adlan terdiam seketika. "Maksudnya, aku kena kerja dengan kau la?"

"Tak. Kau kerja untuk syarikat. Bukan aku."

"Sebab kau kata tu syarikat ayah kau."

"Ya. Tapi bukan kerja untuk aku. Ahli SHIN Protection yang kerja untuk aku hanya ahli tertinggi dan yang dipilih. Aku tak cari orang lain. Buat masa sekarang ni aku tak percayakan orang baru."

"Kenapa?"

"Kau lupa apa jadi hari Sabtu tu?"

"Oh. Tu..."

Jauhari tongkat dagu atas tebing koridor. "Tak mudah untuk aku survive sampai sekarang ni. Sebab tu aku perlukan orang sekeliling untuk jaga aku. Tapi aku tak rasa aku perlukan perlindungan selama-lamanya. Sebab tu aku pilih untuk jadi ketua. Tak mudah."

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now