BAB 8

230 23 0
                                    

Kedengaran suara ketawa seseorang bersama-sama tembakan di dalam kedai antik itu. Inspektor Nizam berlindung di sebalik rak. Jauhari pula berlindung di sebalik meja kaunter pembayaran bersama-sama Faiz.

"Apa yang kau nak, sebenarnya?" Tanya Inspektor Nizam kepada musuhnya.

"Hapuskan penyibuk macam korang. Bos aku pesan. Kalau ada yang halang. Bunuh je. Mana pendrive tu? Mana budak tu?" Kata lelaki itu dengan tegas.

Tubuhnya tegap dan berotot. Tinggi dan berwajah bengis. Dirinya berpakaian serba hitam dan lengkap bersenjata pistol. Dia memakai jaket yang mampu menyorokkan magazine tambahkan di dalam poket di sebalik jaket hitam itu.

"Aku tak akan serahkan." Kata Inspektor Nizam dengan suara yang kuat.

Tembakan dilepaskan oleh Inspektor Nizam. Lelaki itu juga membalas tembakan tersebut. Aksi tembak menembak berlaku di dalam kedai bersaiz sederhana ini.

"Argh!" Inspektor Nizam terkena tembakan pada bahu kirinya.

Dia tersandar pada meja kaunter. Pihak musuh pula sudah berada di hadapannya. Pistol diacukan ke arahnya. Tembakan dilepaskan ke arah Inspektor Nizam.

Faiz muncul di hadapan Inspektor Nizam dengan kipas kalis peluru. Kipas itu 100% diperbuat daripada besi berteknologi tinggi keluaran Projek Hard Core generasi pertama. Inspektor Nizam terkejut melihat kemunculan Faiz di hadapannya.

Tembakan bertubi-tubi dilakukan ke arah Faiz sehingga habis peluru. Magazine ditukar. Faiz mengambil peluang ini untuk menyerang. Perlawanan antara Faiz dan lelaki tu berlaku.

"Dia terlalu kuat. Mustahil aku boleh menang." Bicara hati Faiz.

Faiz dicampak ke arah rak sehingga rak tertumbang. Lelaki itu mahu bertindak untuk memijak dada Faiz tetapi kaki kanan lelaki itu telah ditembak oleh Inspektor Nizam.

Tembakan dilepaskan ke arah Inspektor Nizam. Kali ini Inspektor Nizam berjaya mengelak dengan sendiri. Faiz melarikan dirinya. Dia menghampiri Inspektor Nizam.

"Dia terlalu kuat untuk berlawan satu lawan satu tanpa senjata." Beritahunya kepada polis itu.

Tembakan dilepaskan. Faiz melindungi Inspektor Nizam.

"Kenapa lindungi saya? Bukan kamu sepatutnya jaga Jauhari?"

"Abang arahkan saya untuk jaga Inspektor Nizam. Saya hanya ikut arahan."

"Habis tu? Abang kamu macam mana?"

"Dia ada plan." Jawab Faiz.

"Kenapa perlukan senjata kalau dah hebat?"

Satu suara membuatkan tembakan tersebut terhenti. Lelaki itu melihat ke arah Belakangnya. "Kau. Mana pendrive tu?" Pistol diacukan ke arah Jauhari.

Faiz menarik Inspektor Nizam untuk menyorok. Inspektor Nizam hairan terhadap tindakan remaja itu.

"Kenapa kita kena menyorok? Macam mana dengan abang kamu? Mustahil dia boleh lawan seorang." Kata Inspektor Nizam yang kedengaran berbisik itu.

"Ni plan dia."

"Ha?"

Tembakan dilepaskan. Jauhari mula bertindak. Dia mengelak setiap peluru yang dilepaskan. Mereka berdua pula mengintai dari jauh. Aksi perlawanan Jauhari tanpa senjata dengan pihak musuh yang bersenjata.

"Arghhhh!" Jerit lelaki itu apabila Jauhari menendang celah kangkang musuhnya itu.

Lelaki itu memegang tempat yang sakit. Ini memberi peluang kepada Jauhari untuk tendang kepala misinya sehingga rebah ke lantai. Hidung musuhnya berdarah. Pistol dipijak sehingga hancur.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now