BAB 19

201 24 0
                                    

Dua hari telah berlalu sejak Jauhari dan pasukannya tiba di Jepun. Perbincangan penting dengan bapanya juga sudah dilaksanakan semalam. Mereka merancang untuk mencari dalang yang mungkin masih hidup itu, Shin Kiritsu.

Malam ini sangat indah, diterangi oleh cahaya bulan purnama. Ribuan bintang juga jelas kelihatan. Bunga-bunga sakura mula mekar menandakan musim bunga bakal tiba tidak lama lagi. Suasana indah ini sangat damai dengan alunan bunyi seruling dari atas pohon sakura. Hal ini membuatkan Yato terpaku bertentangan dengan pokok sakura.

Yato melihat ke arah Jauhari dari beranda rumah tersebut. Ketika ini dia dapat melihat wajah Jauhari yang tidak bertopeng itu walaupun tidak sepenuhnya kerana rambut hadapan pada bahagian kiri matanya sengaja disikat untuk menutupi matanya itu. Dia sedang meniup seruling berwarna hitam dengan ukiran bunga sakura berwarna merah jambu.

Hanya dia dan Jauhari di sini. Tiada orang lain. Kebiasaannya, tiada sesiapa akan ke sana apabila mendengar bunyi seruling itu kerana atas arahan Kawazaki. Tetapi Yato kebetulan lalu di situ untuk ke biliknya selepas selesai berlatih dengan Genji.

"Apa ku buat dekat sini?" Tegur satu suara dari belakang Yato.

Yato terkejut. Dia segera menjauhkan diri dari seseorang di belakangnya itu. "Tuan Fa? Bila masa dia datang? Aku tak perasan pun."

Fa melihat ke arah Yato lalu menggigit mochi pada tangan kanannya. Tangan kirinya pula memegang kotak yang diisi penuh dengan mochi pelbagai perisa.

Jauhari berhenti main seruling. Dia terjun dari pokok sakura dengan kimononya itu. Kimono itu berwarna oren cerah dengan corak rama-rama berwarna merah. Dia menghampiri mereka berdua.

"Keluar tadi beli mochi je?" Soal Jauhari sambil melihat Faiz kunyah mochi.

"Kedai Mochi je buka tadi dah nak tutup pun. Nasib sempat pergi." Faiz bersila di atas lantai.

Jauhari pun duduk di atas lantai kayu itu. Kakinya dibiarkan memijak batu di tepi beranda itu. Selipar kayu menjadi alas kakinya. Faiz menghulurkan kotak mochi tersebut kepada Jauhari untuk memilih mochi buatan tradisional itu. Jauhari memilih mochi kacang merah selepas dia menyelit serulingnya pada tali kimono.

"Buat apa dekat sini?" Soal Faiz sekali lagi sambil melihat ke arah Yato yang masih berdiri di situ.

"Kebetulan saya lalu sini tadi. Lepas tu terdengar bunyi seruling. Saya tak ada niat nak mengintai." Jawabnya.

"Tuan Kawazaki tak ada pesan apa-apa pasal bunyi seruling?" Soal Faiz dengan serius.

"Genji-sensei ada pesan sebelum ni. Saya minta maaf kalau dah ganggu."

"Fa. Jangan la serius sangat. Tak baik buli budak umur muda setahun dari kau." Kata Jauhari sebelum mengigit mochi.

"Tapi dia dah tengok muka Abang Zao. Tak rasa bahaya ke? Macam mana kalau musuh culik dia untuk dapatkan maklumat pasal abang nanti? Dia juga yang mati. Saya memang tak peduli pun sebab bukan tugas saya untuk jaga dia."

"Mati?" Kata hati Yato. Hatinya mula terdetik perasaan takut.

"Yato. Duduk la. Kita makan sama-sama. Pilih je mana-mana mochi tu. Fã belanja."

Yato serba salah untuk terima tawaran itu. "Terima kasih. Tapi saya masih kenyang lagi. Tuan makan la." Dia duduk di situ.

"Okay. Tapi kau perlu tahu satu perkara penting. Itu pun kalau kau boleh buat."

"Benda apa?"

"Lupakan muka aku. Boleh? Aku tak nak musuh-musuh aku bunuh kau untuk korek rahsia."

Yato laju sahaja angguk kepala. "Boleh."

Faiz ketawa. "Penakut."

"Ish. Biar la dia nak takut pun. Lepas ni dia dah tak kenal takut tu siapa." Giliran Jauhari pula ketawa.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now