BAB 55

150 16 0
                                    

Waktu pagi Ahad yang indah membuatkan ramai manusia malas untuk bangun awal. Tambahan pula, hari cuti. Mahu sahaja habiskan masa di atas katil dan sambung mimpi indah. Namun, Inspektor Fartini tidak mampu membuat demikian kerana dia berada di rumah orang.

Pagi-pagi lagi sudah berendam dalam kolam air panas. Sungguh nikmat rasanya jika menjadi penghuni di dalam rumah ini. Setiap masa boleh berendam dalam kolam air panas seperti air itu tidak pernah sejuk. Ketika sarapan pula, banyak makanan dihidangkan di atas meja makan yang berada di ruang makan. Makanan disediakan tidak sama seperti malam tadi. Ahli keluarga utama sahaja yang berada di situ. Ahli keluarga lain pula berada di ruang tamu untuk mengambil makanan dengan cara layan diri.

Makan beradab seperti malam tadi bukan selalu dilakukan. Hanya kerana untuk menyambut tetamu. Berbeza keadaannya jika berada di rumah Ame Sakura. Keadaan itu sudah menjadi situasi biasa bagi mereka di sana.

Hal ini kerana Jauhari tidak suka hal yang remeh dan ambil masa yang lama. Juga untuk mengurangkan beban orang yang perlu melakukan persediaan itu.

"Zao mana?" Soal Aqila kepada Faiz apabila melihat anaknya tiada di meja makan.

"Abang tidur lagi."

"La. Kata nak hantar Fartini balik rumah pagi ni. Sudah la culik anak dara orang tak beritahu mak dan ayah dia." Kata Aqila.

Ya. Dia bawa balik Inspektor Fartini bukan kerana permintaan ibunya tetapi kerana dia rasa mahu bawa balik. Dia juga runsing semalaman selepas membuat keputusan tersebut. Nasib sahaja ibunya tidak marah dengan alasan mahu perkenalkan Inspektor Fartini kepada ibunya. Hal ini juga membuatkan dia tidak mampu lena sehinggalah  selesai dia solat Subuh. Baru boleh pejamkan mata. Entah apa yang ada dalam fikirannya pada malam itu. Mungkin dia sendiri ada hati dengan Inspektor Fartini.

"Aku kena culik ke?" Fikir Inspektor Fartini.

"Fartini. Macam mana duduk sini? Seronok?" Tanya Aqila yang duduk di sebelah kanan Fartini.

"Seronok. Rasa macam bercuti di Jepun. Ada kolam air panas pula tu." Katanya dengan mesra.

"Lepas ni. Kalau jadi isteri Zao. Hari-hari boleh mandi kolam air panas. Cakap je nak pergi bercuti mana-mana. Dia akan bawa. Zao tu bukan jenis berkira sangat. Cuma dia tu jenis berjimat sikit. Hal yang tak perlu. Dia tak buat." Kata Aqila. Sengaja dia berkata sedemikian kepada calon pilihan Jauhari itu.

Inspektor Fartini pula sudah rasa janggal. "Kalau ada jodoh. Kami pun tak tahu selama mana hubungan kami kekal."

"InsyaAllah. Ada jodoh. Jangan lupa untuk berdoa supaya hubungan kekal sehingga ke Syurga. Saya tahu. Tak mudah untuk awak terima dia yang macam tu." Nasihat Aqila kepada polis wanita itu.

Inspektor Fartini senyum. "Saya faham maksud Puan Aqila. Kalau betul dia jodoh saya. Hubungan kami tak akan ada halangan yang berat."

Sementara itu, Jauhari pula masih berada dalam dunia mimpinya. Sekali lagi dia bertemu dengan manusia berjubah putih yang berhud di atas kepala. Tangan kanannya memegang tongkat berwarna emas dengan permata biru, Ryuuseigun.

"Ryuuseigun. Kenapa panggil saya ke sini?" Soal Jauhari yang duduk di atas pulau kecil itu.

"Kamu pasti setiap keputusan kamu jujur dari hati atau hanya helah semata-mata?" Soalan itu diajukan kepada  Jauhari.

Jauhari mendiamkan diri. Dia faham maksud kata-kata lelaki tersebut.

"Sanggupkah kamu tinggalkan semua yang kamu telah cipta? Mencari kebenaran, itu yang kamu mahu. Tapi kebenaran yang bagaimana jika kamu sendiri membolak-balik fakta?"

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now