BAB 9

217 21 0
                                    

Hilmi dan rakan-rakannya telah mendapat tindakan disiplin ke atas mereka berkaitan kes buli pelajar arus perdana. Semua itu kerana Jauhari telah menghantar gambar kejadian kepada cikgu disiplin, Cikgu Abu Bakar. Pada hari pemeriksaan tergempar, semua pelajar tingkatan enam telah dijalankan pemeriksaan oleh beberapa orang guru terlibat. Tiada yang sempat menyorok barang larangan. Sama ada di dalam beg atau pada diri mereka. Telefon pintar dikecualikan.

Hilmi dan rakan-rakannya telah mendapat hukuman kerana membawa rokok di dalam beg sekolah. Hal ini menyebabkan Cikgu Abu Bakar membuat tindakan. Jika ikutkan hatinya. Dia mahu sahaja membuat tindakan terus pada keesokan hari selepas mendapat gambar bukti daripada Jauhari. Tetapi Jauhari mencadangkan pemeriksaan tergempar pada minggu seterusnya.

Hal ini demikian kerana Hilmi dan rakan-rakan mesti berwaspada. Namun, jika tiada tindakan dalam masa yang singkat. Mereka mesti rasa Jauhari tidak menghantar gambar bukti kepada Cikgu Abu Bakar. Maka, mereka kembali kepada zon selesa. Ketika ini la Jauhari mahu Cikgu Abu Bakar bertindak. Sekaligus boleh tangkap para pelajar yang melanggar peraturan sekolah dengan membawa barang larangan.

Hilmi dan Bahar memerhati Jauhari sedang makan bersama-sama rakannya. Mereka sangat yakin bahawa Jauhari terlibat sama kerana Cikgu Abu Bakar memberitahu mereka terlibat dalam kes buli. Disebabkan tidak lama lagi mereka akan berhadapan dengan peperiksaan. Hukuman mereka akan diringankan. Mereka akan digantung sekolah selama seminggu dengan kerja sekolah yang banyak. Semuanya akan dihantar oleh guru subjek masing-masing dan hasilnya akan dikutip pada minggu seterusnya.

"Aku dah agak. Dia mesti ada ambil gambar kita masa tu. Kalau tak ambil. Macam mana cikgu boleh tahu?" Kata Bahar yang tidak berpuas hati.

Hilmi mengunyah nasi goreng sambil memerhati Jauhari dari belakang. Hatinya panas apabila teringat Cikgu Abu Bakar meminta nombor telefon ibu bapanya untuk memberitahu kesalahan yang dilakukan oleh anak mereka. Begitu juga dengan rakan-rakannya yang terlibat itu.

"Apa kita nak buat?" Tanya Bahar.

"Kita heret dia. Aku sakit hati dengan dia. Tak kira la dia tu senior ke tak." Kata Hilmi.

"Aku setuju." Kata Bahar.

Jauhari sudah selesai makan. Dia bangun dari tempat duduk bersama-sama pinggan dan cawan untuk dibawa ke tempat pengumpulan pinggan mangkuk. Dirinya hanya diperhati oleh mereka berdua. Rakan-rakan Jauhari masih sibuk berbual-bual di situ.

*

Suasana sepi di dalam kawasan sekolah kerana ramai pelajar telah pulang ke rumah masing-masing. Jauhari pula berjalan sendirian dari tandas lelaki bersama-sama telefon pintar pada tangannya. Dia sedang menaip mesej kepada seseorang.

Langkahnya terhenti apabila melihat Hilmi berdiri di hadapannya ketika dia mahu menapak naik anak tangga. Di belakangnya pula ada Bahar dengan tiba orang rakan yang lain. Tiada jalan untuk Jauhari melarikan diri.

Dia menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar. "Nak apa?"

"Kau la punca aku dengan kawan-kawan aku kena denda." Kata Hilmi yang sudah hilang rasa hormat terhadap seorang senior.

"Ya. Kenapa? Bukan aku dah cakap sebelum ni? Aku nak bukti Izzat merokok. Aku dah tunggu. Tak ada bukti. Kebetulan pula cikgu buat spot check tadi. Malangnya, kau bawa rokok. Itu salah kau. Bukan salah aku."

"Aku maksudkan kes buli. Mana cikgu tahu pasal tu? Kau mesti hantar gambar dekat cikgu, kan?" Tengking Hilmi.

Jauhari senyum. "Untuk pengetahuan kau. Dekat situ ada CCTV. Tak percaya? Pergi la cek dekat tingkat paling atas." Walhal cikgu itu tidak pernah periksa CCTV di situ.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now