BAB 65

141 14 0
                                    

BEBERAPA PULUH TAHUN YANG LALU.

Aliman terlihat pergaduhan di luar kampus antara Kawazaki dengan beberapa orang kaki pukul di sebuah taman yang sunyi pada waktu malam. Dia keluar dari asrama pada malam ini untuk ke kedai runcit, beli barang mandian yang sudah habis.

Tanpa sengaja dia melihat Kawazaki sedang berlawan dengan pihak musuh. "Pedang tu pedang betul?" Katanya yang melihat aksi memangkas leher pihak lawan. Ngeri.

Pedang dilibas ke kanan. Dia melihat Kawazaki sedang bercakap sesuatu tetapi dia tidak dapat mendengarinya. Hanya satu perkataan yang dia dapat dengar dengan jelas kerana Kawazaki menjerit.

"Damn you, Kiritsu! Why me should clear this shit?" Marahnya. Sudah hilang bahasa Jepun kerana dia sering menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan rakan-rakannya dan pihak musuh.

Pedang dilibas sekali dengan penuh kemarahan. Angin kuat dan tajam dapat dirasai oleh Aliman. Pipinya juga berdarah akibat terkena sedikit angin itu ketika mengintai Kawazaki. Dia tergamam melihat darah pada tapak tangannya apabila menyentuh pipinya yang kepedihan itu.

Pihak musuh Kawazaki pula sudah tumpas dengan setiap kepala yang terpisah dari badan. Kawazaki hilang dari situ. Aliman cemas ketika Kawazaki hilang sekelip mata.

"Kau siapa?" Tanya satu suara dari belakang bersama-sama mata pedang pada leher Aliman.

Aliman terdiam. Ketakutan. Tergagap-gagap dia berkata. "Aliman. Kawan Aqila dengan Juni. Kebetulan lalu sini sebeb nak pergi kedai. Tak berani la nak lintas."

Pedang diturunkan lalu dimasukkan ke dalam sarung. "Beli matahari terbit tak boleh ke? Malam pun keluar."

"Beli matahari terbit?" Soalnya yang melihat ke arah Kawazaki.

Kawazaki melihat Aliman dengan pandangan yang serius. Aliman pula kecut perut sebab Risau kata-katanya itu mengundang maut kepada diri sendiri. Walhal, Kawazaki sedang memikirkan perkataan yang sesuai untuk ayatnya itu.

"Siang." Kata Kawazaki. "Matahari terbit. Siang."

"Oh." Aliman rasa sedikit lega.

"Kau nampak?"

"Nampak. Err..."

"Diam. Rahsia."

"Kau siapa sebenarnya? Mereka tu siapa?"

"Aku. Yakuza. Tak kenal mereka. Abang aku buat masalah. Mereka cari aku. Abang aku memang tak guna." Dia menggenggam buku lima.

Aliman tergamam mendengar penjelasan yang jujur itu. "Yakuza? Kau tak takut kena tangkap ke? Ni Malaysia. Mana boleh bunuh orang suka hati."

"Tangkap? Aku tak akan bunuh kalau tak kacau aku. Aku nak hidup aman."

"Macam mana kalau polis cari kau?"

"Cari aku? Buat apa? Aku tak kacau polis."

Aliman geleng kepala. "Kau bunuh orang. Mesti mereka cari kau sebab nak siasat kes."

"Kau tahu apa?"

"Aku tahu la sebab ayah aku polis." Tegasnya.

Kawazaki tersengih. "Kau cabar aku?"

Aliman cuba beranikan dirinya. Agak mustahil untuk dia berhadapan dengan Kawazaki yang memiliki senjata itu walaupun dia mahir dalam ilmu mempertahankan diri. "Aku tak takut." Kata Aliman dengan yakin.

"Kenapa kau cabar aku? Aku tak kacau kau. Yang polis tu ayah kau. Bukan kau." Kata Kawazaki yang sebenarnya tidak mahu berlawan dengan Aliman.

"Sebab aku anak ayah aku. Aku perlu beritahu maklumat penting untuk bantu ayah aku buat kerja."

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now