BAB 89

144 14 3
                                    

Bunyi drum memenuhi ruangan bilik kedap bunyi tersebut. Manusia itu bermain dengan penuh perasaan. Kedua-dua tangannya pantas mengetuk drum tersebut menggunakan kayu pengetuk drum. Senyuman kepuasan dapat dilihat dengan jelas pada wajahnya. Dia langsung tidak peduli tentang pintu bilik tersebut dibuka oleh seseorang sehingga namanya dipanggil.

"Sonosuke."

"Hu?" Dia melihat ke arah seorang lelaki berambut panjang yang diikat satu sedang berdiri di hadapan pintu bilik tersebut.

"Tuan Kawazaki nak jumpa." Beritahunya kepada Sonosuke.

Dia berdiri bersama-sama kayu drum lalu diselit di belakang seluarnya. "Rare betul ayah datang sini. Sekali aku yang kena pergi sana."

Dia keluar dari bilik tersebut. Lelaki berambut panjang menutup pintu bilik itu sebelum dia mengekori Sonosuke. "Tuan Kawazaki kata ada hal penting nak bincang sebelum kita bertolak ke Malaysia esok."

"Tak akan la suruh aku beli hadiah dari sana pula? Tak suruh pun, aku akan beli la." Kata Sonosuke sambil menapak turun anak tangga ke ruang tamu.

"Kalau nak tahu. Tanya sendiri. Aku pergi dapur dulu." Kata rakan serumahnya, Kaizu.

Kaizu terus ke dapur. Manakala, Sonosuke pula terus ke ruang tamu untuk bertemu dengan bapa angkatnya. Dia telah 20 tahun menjadi anak angkat Kawazaki sejak dirinya diserahkan oleh ibunya ketika berusia dua tahun. Ibunya telah meninggal dunia kerana cuba selamatkan Kawazaki dalam konflik keluarga Ame Sakura sebelum ini. Menjadi anak angkat Ame Sakura telah memberinya peluang untuk dilayan baik tetapi dia tetap mahu berusaha sendiri dengan mengejar cita-cita sebagai seorang penyanyi dan pemuzik dalam bidang hiburan. Dia juga telah ditawarkan sebagai pelakon dan model sejak dirinya semakin meningkat dewasa.

Sonosuke dan Jauhari bagaikan abang dan adik pada suatu masa dahulu tetapi kini mereka sudah tidak berhubung kerana Sonosuke tidak tinggal di rumah Ame Sakura. Dia memiliki rumah sendiri dan tinggal bersama-sama ahli kumpulan muziknya. Di rumah ini juga lengkap dengan studio rakaman dan studio untuk sesi bergambar. Dia lebih selesa dengan hidupnya pada masa ini berbanding dahulu.

Ketika zaman sekolah, tiada sesiapa berani dekat dengannya kerana anak yakuza. Tetapi masa depan telah mengubah pandangan orang awam terhadap dirinya. Tambahan pula, wajahnya kacak dan sangat sempurna untuk menjadi jejaka idaman.

"Selamat petang, ayah." Sapa Sonosuke kepada bapa angkatnya. Dia duduk di atas sofa bertentangan dengan Kawazaki.

"Selamat petang. Kamu sihat? Dah lama tak balik rumah sana."

"Saya sihat saja. Ayah tu macam mana pula? Dengar cerita kumpulan Matsuda kejar ayah sampai Malaysia masa ada di sana sebelum ni."

"Ya. Ayah langsung tak sedar mereka cuba jejak ayah guna GPS mereka pada kasut ayah. Itu pun sebab Umar tolong buat pemeriksaan lepas serangan tu." Jelas Kawazaki kepada Sonosuke.

"Apa rancangan ayah lepas ni? Serang balas?"

Kawazaki geleng kelapa. "Zao lebih pantas daripada ayah. Dia dah hantar pasukan ninja untuk uruskan kumpulan tu. Rasanya, tak ada yang tinggal."

"Eh? Kenapa dia pula yang uruskan?" Rasa terkejut mendengar penglihatan Jauhari dalam hal ini. Selama ini Jauhari tidak peduli sangat kecuali hanya lindungi Kawazaki.

"Sebab kumpulan tu dah ganggu rumah dia. Zao dah makin kuat. Ayah pun dah kalah dengan dia untuk kali pertama. Tapi masalahnya ialah dia tetap tak nak ambil alih syarikat yang ada di sini. Siapa nak jaga Ame Sakura kalau ayah tak ada nanti?" Kata Kawazaki sambil melihat ke arah Sonosuke.

"Tak akan la saya yang kena ambil alih semua tu pula? Saya tak reti sangat dalam hal ni." Dia dapat menjangka perkara yang bakal dibincangkan.

Kawazaki mengeluh. "Kamu pun tak nak? Apa lagi pilihan yang ayah ada untuk teruskan semua ni?"

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now