BAB 3

305 26 0
                                    

Jauhari baring di atas katil selepas selesai menyiasat dengan Faiz jika terdapat pembelot di dalam rumah tersebut. Semuanya bersih. Dia juga telah melaporkan hal itu kepada bapanya. Bapanya sangat terkejut mendengar perkara tersebut. Mungkin di sana juga sudah dilakukan soal siasat. Tambahan pula, berkaitan dengan keselamatan anaknya dan isterinya.

Mereka sangat bernasib baik kerana tiada yang meninggal dunia. Hanya cedera ringan dan cedera serius sahaja. Masing-masing telah dirawat oleh doktor-doktor peribadi keluarga itu. Faiz juga hanya cedera ringan akibat peluru yang tidak dapat dielak.

Pihak musuh mereka telah ditahan semuanya dan dibawa ke penjara. Penjara terletak berhampiran kawasan rumah tersebut tetapi bukan di bawah tanah rumah ini. Mereka semua disoal siasat oleh kumpulan penyiasat keluarga ini. Umar pula menguruskan pengawalan keselamatan di kawasan rumah tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Telefon pintar milik Jauhari berbunyi. Dia segera mencapai telefonnya. Mesej pada aplikasi WhatsApp dibaca selepas menekan nama Cikgu Alim [P]. [P] merujuk kepada personal kerana Cikgu Alim memiliki dua nombor telefon. Satu untuk urusan kerja dan satu lagi untuk urusan peribadi.

Jauhari membalas mesej tersebut. "Saya okay. Maaflah sebab berlaku masalah tadi."

Tiba-tiba, telefonnya berdering. Dia terkejut. Cikgu Alim menelefonnya melalui panggilan video. Panggilan dijawab. Dia segera duduk di atas katil.

"Assalamualaikum." Sapa Cikgu Alim.

"Waalaikumsalam." Jawabnya.

"Kamu tak cedera masa lawan tadi, kan?"

"Tak."

"Baguslah. Cikgu risau tengok kamu lawan dengan orang bersenjata pistol." Dia rasa lega.

"Tapi cikgu tak takut dengan saya ke? Ya la. Cikgu dah dengar semuanya. Tapi saya harap cikgu tak beritahu orang lain."

"Mula tadi takut juga tapi sekarang tak takut sebab saya tahu kamu baik. Tadi saya dah tanya abah saya. Abah saya dah lama kenal ayah kamu tu yakuza sejak belajar dekat Jepun. Lepas tu kahwin dengan ibu kamu di Malaysia masa dia sambung belajar di sini. Abah kata tak semua orang macam mereka jahat. Mereka ada dua jenis. Satu membunuh untuk lindungi diri sendiri dan orang sekeliling. Dan satu lagi membunuh untuk suka-suka."

"Tapi saya yang ketiga. Membunuh bila perlu dan kritikal. Setakat ni saya tak pernah ambil nyawa orang walaupun ramai je cari masalah. Ibu saya pun tak suka saya membunuh. Lagipun, ayah bagi pedang untuk jaga diri. Ayah tak pernah izinkan saya terlibat dalam sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak." Jelasnya.

"Ayah kamu ketua yakuza Ame Sakura. Tapi kenapa kawan kamu cakap tu rumah Shinigami?" Dia teringat kata-kata Umar di hadapannya tadi.

Pintu bilik diketuk lalu dibuka. Faiz masuk ke dalam bilik itu bersama-sama dua kotak pizza bersaiz sederhana dan dua tin 100 Plus. Pintu ditutup. Jauhari melihat Faiz yang menuju ke arahnya.

Faiz meletakkan kotak pizza dan air 100 Plus di atas katil. Dia duduk di situ. Dia jenguk ke arah telefon Jauhari. Terlihat wajah Cikgu Alim. Segera dia capai bantal dan sorok muka.

"Eh? Tu bukan Faiz tingkat lima yang selalu jadi top atlet sekolah ke?" Soal Cikgu Alim yang terlihat wajah Faiz tadi.

Jauhari ketawa melihat gelagat Faiz. "Ya. Dia la tu. Dia la budak pendek cikgu nampak tu."

"Budak pendek?" Soal Faiz yang sudah mengalih bantal dari wajahnya. Sensitif betul dipanggil pendek.

Jauhari mengusap kepala Faiz. "Jangan la marah. Cikgu gurau je tu."

"Okay." Dia mencebik. Kotak pizza dibuka.

"Berbalik kepada soalan cikgu tadi." Kata Jauhari.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now