BAB 75

150 13 3
                                    

Puntung rokok dipijak sebelum dicampak masuk ke dalam tong sampah. Kemudian, dia mengeluarkan gula-gula Hall untuk dimakan bagi menghilangkan bau rokok tersebut.

"Diam-diam merokok, ha." Tegur satu suara dari belakang.

Umar sedikit terkejut kerana dia tidak merasai kehadiran Faiz di situ. Dia melihat ke arah Faiz. "Tuan Zao dah siap ke?"

"Dah. Kejap lagi keluar. Aku masuk kereta dulu." Katanya lalu keluar dari kawasan rumah itu.

"Buat terkejut aku je la dia ni." Rungutnya.

Jauhari keluar dari rumah. Langkahnya terus ke arah pintu pagar. Umar pula masih berdiri di situ. "Jom gerak. Jessica mana?"

"Dalam kereta." Jawabnya sambil mengekori Jauhari.

Mereka membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam perut kereta. Umar memandu pada malam ini.

"Erk? Apa hal seksi sangat awak ni?" Soal Umar yang terkejut melihat Jessica. Jelas dapat dilihat dada wanita itu yang besar kerana baju kulit itu dizip sehingga ke bawah dada.

Lolipop dikeluarkan dari mulutnya. "Saya memang pakai macam ni pun dulu. Kalau ubah penampilan nanti orang tak kenal."

"Tuan Zao memang jumpa dia macam ni ke dulu?" Tanya Umar.

"Tak ingat pula. Mungkin." Jawab Jauhari yang duduk di tempat duduk penumpang belakang. Betul di belakang Umar.

"Kalau nak jaket lebih. Ada dalam bonet belakang." Beritahu Umar. Enjin kereta dihidupkan.

Jauhari melihat ke arah Faiz yang sibuk dengan mesej daripada kelas-kelasnya melalui aplikasi WhatsApp.

"Cikgu ada bagi kerja ke?" Tanya Jauhari yang melihat beberapa fail PDF dalam mesej tersebut.

"Ya. Balik nanti buat la. Bukan nak esok pun. Esok Ahad." Telefon pintar ditutup lalu disimpan ke dalam poket seluarnya.

Faiz menempatkan kepalanya pada bahu kiri Jauhari. "Nak tidur kejap. Mengantuk la. Kerja study je."

"Sepatutnya tinggal tadi." Kata Umar yang tersengih sambil memulakan pemanduannya.

"Tak nak. Nak ikut. Umar tu boleh boleh percaya pun kalau suruh jaga abang." Kritik Faiz.

Umar cuba bersabar dengan Faiz kerana baginya Faiz itu masih kanak-kanak. Cakap banyak pun buat penat mulut je nanti. Tak pasal-pasal kena marah pula dengan Jauhari.

Jauhari mengusap kepala Faiz. "Tidur la. Lambat lagi sampai."

"Abang pakai minyak wangi lain malam ni? Kenapa tak pakai yang biasa?"

"Kita nak masuk dunia gelap. Bau pun kena la tajam. Minyak wangi yang biasa pakai tu tak sesuai la. Kau bukan pernah pergi sana pun."

"Ceh. Abang tu yang selalu merayap senyap-senyap." Faiz merajuk.

Jauhari menarik kepala Faiz sehingga terbaring di atas ribanya. "Tidur. Kejap lagi sampai sana tak boleh tidur." Arahnya kepada Faiz.

Faiz pejam mata. Jauhari pula melemparkan pandangannya ke luar tingkap sambil tangan kiri memintal-minyal rambut Faiz. Kadang-kala dia picit-picit telinga Faiz yang lembut itu. Bagaimana agaknya manusia itu mahu tidur, ya?

Faiz pula tidak marah. Dia rasa seronok sebab dimanjakan. Umar dan Jessica tersenyum tanpa melihat ke belakang. Suasana di dalam kereta ini sepi.

Jauhari pejam mata. "Dah sampai nanti. Beritahu. Aku nak tidur kejap. Cari ilham."

"Baik, Tuan Zao." Kata mereka berdua.

Faiz perlahan-lahan cuba mencapai tangan kanan Jauhari yang berada di atas peha kanan. Tangan itu dipegang. Jauhari sedar tetapi dibiarkan sahaja. Rasa runsing dalam mindanya hilang apabila tangannya dipegang tadi. Dia runsing kerana dia sedang berfikir. Adakah dia perlu membunuh seseorang dalam dunia gelap nanti kerana identiti dunia gelap yang Faiz tidak ketahui?

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now