BAB 39

153 21 4
                                    

Sekeping tiket penerbangan dari Australia ke Malaysia dilihat sekilas sebelum dia melihat monitor yang memaparkan masa penerbangan. Kemudian, tiket dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Cermin mata hitam diambil dari poket di dada kirinya lalu dipakai pada wajah. Bagasi ditarik terus ke arah sebuah kerusi tidak jauh dari situ. Dia duduk di atas kerusi tersebut sementara menunggu waktu penerbangannya.

"Dah lima tahun datang Malaysia lepas tamat belajar di sana. Agaknya macam mana Malaysia sekarang?" Katanya perlahan sambil memerhati suasana di hadapannya.

"Hai." Tegur seorang lelaki di sebelah kirinya.

"Hai." Balasnya.

"Can I sit at here? "

"Yes." Katanya.

Lelaki itu duduk di situ. "Fuh! I think I will be late."

Dia segera mencapai telefon pintar miliknya lalu menghantar mesej kepada seseorang. Suara lelaki di sebelahnya itu diabaikan. Kemudian, dia menelefon seseorang. Hanya lakonan. Malas mahu berbual dengan manusia yang tidak dikenali itu. Lelaki itu pula hanya memerhatinya yang berbicara dalam bahasa Itali. Dia tidak memahaminya. Lantas, mendiamkan diri.

"Ajak berkenalan pula. Malas la dedahkan identiti aku dekat orang tak kenal ni. Lebih baik aku buat pekak. Lagi 30 minit." Kata hatinya sambil berbual dengan telefon sendirian.

*

Rumah mewah yang unik ini tiada di tempat lain selain di sini kerana rumah itu milik Shinigami. Pemegang bagasi dilepaskan. Nafas ditarik dan di hembus perlahan. Cermin mata di tanggalkan lalu disimpan ke dalam poket baju kemeja.

"Aku harap aku tak sesat. Tapi kenapa rumah ni macam dekat Jepun? Eh? Jangan kata la ayah beri alamat rumah yakuza dan suruh aku tinggal dekat sini?" Dia geleng kepala.

"Tapi apa kaitan ayah dengan yakuza? Pelik la. Mustahil la. Ni mesti owner suka rumah macam ni." Kata hatinya sambil angguk kepala.

"Buat apa depan rumah saya ni?" Tegur suara seorang lelaki muda dari belakang.

Dia terkejut lalu melihat ke arah si pemilik suara yang memakai baju sejuk terlebih saiz berwarna hitam. Lelaki itu membawa dua buah plastik berisi barang. Keluar pada waktu malam dalam keadaan zon merah ini bukan satu masalah bagi lelaki tersebut kerana dia seorang yang degil.

"Hai. Saya Alex Bill dari Australia. Ayah saya suruh datang sini." Beritahunya yang kelihatan profesional.

"Apa tujuan datang sini?" Soal Juahari dengan serius.

"Err... Tumpang. Saya ada kerja sikit di Malaysia. Saya sebenarnya nak sewa hotel tapi ayah saya suruh duduk sini." Katanya.

Jauhari memandang curiga ke arah Alex. "Apa bukti ayah awak ada kaitan dengan keluarga saya?"

"Err... Kejap." Pantas dia membuka zip kecil pada bagasi. Sepucuk surat yang disediakan di dalam sampul surat berwarna coklat diambil lalu diserahkan kepada Jauhari.

"Ni. Ayah saya suruh beri kepada ketua keluarga."

Jauhari segera menerimanya lalu sampul surat dibuka. Alex pula terkejut.

"Eh? Kenapa awak buka? Sepatutnya ketua keluarga yang buka."

Jauhari merenung tajam ke arah Alex. "Saya ketua keluarga. Ada masalah?" Kata Jauhari.

Alex terdiam. "Biar betul? Sepatutnya ketua keluarga bapa, kan? Kalau tak ada bapa, ibu pun boleh. Atau dia tak ada ibu bapa? Nak tanya ke?"

Jauhari membuka pintu pagar sambil membaca isi kandungan surat tersebut. "Masuk."

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now