BAB 78

130 17 4
                                    

Sepasang mata melihat ke arah sebuah butik yang gelap. Pada tingkat dua pula masih cerah. Sesiapa sahaja boleh melihat cahaya di dalam rumah Syazrul dari luar. Tidak lama selepas itu, seseorang membuka pintu kedai lalu masuk ke dalam butik. Ini memberi peluang kepada manusia misteri untuk turut masuk ke dalam butik tersebut.

"Banyaknya barang dia beli. Duduk seorang pun beli banyak barang. Ni mesti memasak sendiri. Jarang ada lelaki bujang masak sendiri." Ujar Jauhari dalam hati.

Dia mengekori Syazrul dalam gelap menuju ke arah sebuah tangga yang terang dengan cahaya lampu. Mereka berdua naik ke tingkat atas, rumah Syazrul.

Jauhari yang berada dalam keadaan halimunan itu hanya memerhati Syazrul sedang mengasingkan barang-barang di meja makan. Suasana rumah ini juga diperhati oleh Jauhari.

Syazrul duduk di atas kerusi berhampiran meja makan. "Haih. Mana aku nak cari model ni? Aku dah tanya Ardin. Sabtu minggu depan wartawan majalah fesyen tu nak datang. Dia ada operasi la pula Sabtu minggu depan."

"Model? Patut la siang tadi dia beria-ria."

Syazrul memegang pipinya ketika bersandar pada kerusi. "Model perfect aku jumpa tadi pun tak nak kerja dengan aku. Gaji aku tawar tak cukup ke? Aku mana ada duit banyak-banyak nak upah model profesional."

Kepalanya dihantukkan di atas meja. "Dah la hensem. Perfect. Hebat pula tu. Kalau la aku perempuan. Hehehehe... Ah~ Bodoh la aku ni. Fikir benda lain pula."

Dia kembali kepada posisi asalnya tadi. "Aku kena siapkan design baru."

"Hello, Mr. Designer."

Syazrul melihat ke arah manusia yang muncul tiba-tiba di hadapannya. Dia duduk bertentangan dengan Syazrul. "Kau siapa? Macam mana boleh masuk rumah aku?" Dia terkejut.

"Kau lupa aku?" Soal Jauhari dengan penampilan Kitsune.

"Aku kenal kau ke?"

"Kau betul tak kenal aku atau buat-buat tak kenal?"

Syazrul berdiri. "Serius aku tak kenal kau." Katanya dengan kuat.

"Relax. Aku bukan nak gaduh. Duduk. Aku nak tanya sesuatu."

Syazrul enggan untuk duduk. Risau dia diserang ketika duduk. "Apa kau nak?"

"Kau tak ingat aku mungkin sebab dah lama tak jumpa. Tapi aku masih ingat muka kau, Rangga." Kata Jauhari dengan yakin.

"Rangga? Sejak bila aku tukar nama?"

"Eh? Nama kau bukan Rangga ke? Setahu aku, nama kau dalam underground ialah Rangga. Baru semalam aku jumpa bos kau."

Syazrul terpinga-pinga. "Ha? Underground? Kubur ke?"

Bagaikan bunyi cengkerik menyanyi pada masa itu. Jauhari tiba-tiba ketawa. "I see. Other face, ha."

"Apa benda kau merepek ni?"

"Kau bukan Rangga yang aku kenal. Tapi muka kau, aku kenal. Kau ada kembar?"

"Tak ada."

"Duduk la. Aku tak serang pun. Aku nak tanya pasal Rangga. Nama lain dia, Arc." Kata Jauhari dengan tenang.

Syazrul duduk dengan berhati-hati. Dia masih risua jika nyawanya melayang tanpa sedar. "Aku tak kenal Rangga. Nama aku bukan Rangga. Aku tak pernah pergi tempat kau cakap tu. Tu tempat apa?"

"Underground. Tempat kongsi gelap dan penjenayah berkumpul. Senang cerita. Tempat buat dosa." Jelasnya.

"Kau orang daripada tempat buat dosa tu ke?" Soalnya dengan berhati-hati.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now