BAB 2

367 30 0
                                    

Ahad.

Petang yang mendung selepas hujan. Sangat sejuk walaupun sudah memakai pakaian dua lapis termasuk baju sejuk berlengan panjang melepasi hujung jari.

Seorang remaja lelaki menutup mulutnya yang menguap itu menggunakan hujung lengan baju yang panjang. Di atas kepalanya terdapat sebuah topi berwarna hitam untuk mengelakkan air hujan menyentuh kepalanya.

Tangan kirinya memegang satu plastik coklat yang dibeli untuk dirinya sendiri. Langkahnya terus menuju ke arah basikalnya di tepi lorong kedai tersebut.

"Wah. Tak sangka kita jumpa dekat sini." Kata seorang remaja lelaki yang kelihatan sama usia dengannya. Mereka bukan satu sekolah.

"Seorang je? Mana anak ikan kau? Biasanya keluar berdua." Tanya seorang lagi lelaki yang memegang kayu.

Mata Jauhari melihat ke arah seorang mangsa yang telah terkulai tidak jauh dari situ. Di situ juga terdapat tiga orang remaja lelaki yang kelihatan lebih tua daripada dirinya.

"Tak sangka. Lepas habis sekolah jadi gangster. Seronok sangat ke belasah orang?" Kata Jauhari lalu melihat ke arah mereka kembali.

"Jadi gangster ni duit banyak masuk. Lagi pun, orang tu tak nak bayar hutang. Memang patut kena belasah. Kau pun ada hutang kena bayar." Kata lelaki yang memegang kayu, Rajif.

Dia tiba-tiba menyerang Jauhari menggunakan kayu. Diikuti oleh Mafi yang telah mengeluarkan pisau lipat. Mereka berdua sangat berdendam dengan Jauhari selepas dikalahkan oleh 'anak ikan' ketika mereka berada di tingkatan lima dahulu. Mereka bukan dari sekolah yang sama. Nasib mereka malang kerana cuba membuli dan meminta wang daripada Jauhari.

Jauhari mengelak. Dia melompat ke belakang. "Bahaya la main senjata." Katanya.

Tiga orang lelaki dewasa hanya memerhati perlawanan mereka dari jauh. Tidak mahu campur tangan hal remaja di hadapan mereka itu.

Jauhari sempat mengikat plastik berisi coklat tadi pada tali pinggangnya sebelum dua orang musuh menyerangnya.

"Stop. Stop." Kedua-dua tangannya diangkat. Dikibas ke depan dan ke belakang hujung lengan bajunya. Baju sejuk itu sudahlah besar dan lengan panjang melepasi hujung tangannya. Kelihatan comel pula.

Mereka berdua berhenti menyerang. Mahu mendengar kata-kata Jauhari.

"Tak adil la. Aku tangan kosong. Apa kata kita lawan secara adil." Cadang Jauhari lalu senyum manis.

Mafi senyum sinis. "Jangan harap." Dia terus menyerang Jauhari.

Jauhari mengeluh. Muncung topi dipusing ke belakang. Serangan Mafi ditangkis menggunakan langkah silat yang dipelajarinya dalam persatuan silat di kawasan rumah neneknya sebelum ini. Pisau pada tangan Mafi terlepas selepas lengan kanannya dipegang lalu ditarik ke atas bahu Jauhari untuk dipatahkan. Jauhari melepaskan tangan Mafi selepas pisau terlepas. Dia tiada niat untuk mematahkan tangan musuhnya walaupun teknik itu bertujuan untuk mematahkan tangan pihak lawan.

Mafi menarik tangannya lalu memegang siku yang keperitan itu. "Tak guna."

Rajif maju ke hadapan bersama-sama kayu lalu melibas kepala Jauhari. Jauhari menepis dengan hanya mengangkat tangan kirinya sama paras dengan kepalanya. Rajif undur ke belakang untuk membuat serangan kedua.

Jauhari sudah bersedia untuk menerima serangan tersebut walaupun dia hanya berdiri lurus tanpa menunjukkan sebarang pergerakan atau kekuda. Berbeza dengan Faiz yang memulakan langkah dengan kekuda. Jauhari juga tidak hanya mempelajari satu seni pertahankan diri. Dia juga telah belajar seni silat yang sama dengan Faiz ketika dia tingkatan satu sehingga lima sebelum ini.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now