BAB 93

148 16 4
                                    

Masa berlalu dengan pantas selepas selesai misteri Kiritsu tiga bulan yang lalu. Natsu Band juga dilaporkan akan meneruskan kerjaya mereka tanpa Kaizu yang telah berhenti menjadi penyanyi sebab ada masalah keluarga di kampung. Hanya alasan. Segala alasan itu direka oleh Sonosuke dan rakan-rakannya. Manakala, Jauhari pula menjalani kehidupan seperti biasa.

Keluar bertemu janji dengan bakal isterinya menjadi masa yang sangat dia nantikan kerana masing-masing sibuk. Kedai makan berhampiran balai polis sudah tidak asing bagi mereka untuk menjadi tempat berbincangan antara Jauhari dan beberapa orang rakan anggota polis. Wajahnya juga sering dilihat bersama-sama dengan mereka di situ.

Hari ini, Jauhari dan Inspektor Fartini keluar berdua untuk memilih pakaian  pengantin. Ibu mereka pula sedang memilih barang hantaran bersama-sama Faiz dan Umar. Tidak lama lagi Jauhari dan Inspektor Fartini akan melangsungkan perkahwinan mereka. Peperiksaan STPM juga akan bermula tidak lama lagi.

"Pink cantik." Kata Inspektor Fartini kepada Jauhari sambil melihat koleksi baju pengantin di dalam butik pakaian pengantin.

"Pink? Tak ada warna lain ke? Cuba tengok ni. Putih dengan hitam ni cantik. Ada bunga lagi." Katanya yang merujuk kepada pakaian muslimah bagi pengantin perempuan.

"Awak ni. Putih bantu cepat kotor. Hitam pula... Kenapa rasa macam berkabung pula ni? Kita buat kenduri kahwin. Bukan kenduri arwah." Inspektor Fartini mengkritik citarasa Jauhari.

Jauhari tersengih. "Awak pilih la. Saya tak tahu."

Inspektor Fartini mengeluh. "Tapi saya pilih. Awak tak nak. Awak nak warna apa? Nak design macam mana?"

"Apa kata. Kita tanya pekerja. Senang." Cadang Jauhari yang malas berfikir banyak itu.

Bahu kanan Jauhari dicubit tiba-tiba. "Kenapa tak cakap awal-awal."

"Aduh." Bahu digosok kerana keperitan sambil melihat Inspektor Fartini menuju ke arah seorang pekerja butik itu. Dia tersenyum.

*

Sejam masa berlalu. Mereka berdua masih buntu mahu pilih pakaian yang mana. Semuanya cantik. Katalog pakaian, gambar pakaian dan koleksi pakaian sudah ditujuk kepada mereka. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba pakaian pengantin di situ. Memang susah kalau semuanya kelihatan cantik.

Jauhari mengeluh. "Kalau macam ni la. Lebih baik saya pakai kimono je. Tak payah pening kepala."

Inspektor Fartini pantas melihat ke arah Jauhari. "Kimono. Saya dapat idea." Katanya dengan perasaan teruja.

"Idea?" Dia turut melihat ke arah bakal isterinya ketika duduk di sebuah ruang menunggu di dalam butik tersebut.

"Apa kata kalau kita buat kenduri guna konsep negara Jepun? Pakai kimono. Makanan pun kita buat konsep Jepun juga. Macam mana? Tak payah pening kepala nak fikir." Cadang Inspektor Fartini kepada Jauhari.

"Awak yakin?"

"Ya. Ni majlis kita. Kita boleh pilih sendiri, kan? Atau awak ada cadangan lain?"

Jauhari senyum. "Pilihan awak, pilihan saya juga. Nanti saya beritahu ibu."

"Tapi kita nak cari dekat mana baju tu?" Soal Inspektor Fartini.

"Di rumah saya ada banyak kain untuk buat kimono. Semua saya beli dari Jepun sebab ibu suka sangat kumpul kain tu. Awak boleh pilih. Nanti ibu uruskan." Jelas Jauhari kepada Inspektor Fartini.

"Terima kasih." Katanya dengan gembira. Satu masalah dah selesai.

"Lepas ni, nak ke mana?" Tanya Jauhari pula.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now