BAB 47

149 20 2
                                    

Faiz merenung wajah Jauhari yang terlena di atas lantai ruang tamu selepas bermain permainan video dengan Faiz dan beberapa orang remaja sekolah menegah. Mereka anak-anak ahli Shinigami yang tinggal di dalam rumah ini.

"Abang Faiz. Tak akan nak biarkan Tuan Zao tidur sini? Nanti demam pula." Tegur seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, Bakri.

"Nak angkat? Tak larat la." Kata Faiz.

Masing-masing termenung. Sudahlah semuanya pendek-pendek belaka. Jauhari pula tinggi dan berotot. Sudah pasti berat.

"Risau Tuan Zao marah kalau kita angkat. Macam mana ni? Beritahu ibu Tuan Zao, nak?" Cadang adik kepada Bakri, Aladin.

"Ibu sibuk buat kerja. Nanti memengganggu pula." Jelas Faiz.

Mereka berlima sedang berfikir.

"Assalamualaikum?" Salam diberi seraya kaki melangkah masuk ke dalam rumah.

Wajah yang penat selepas pulang dari kerja sangat jelas kelihatan. Tali lehernya juga sudah diikat pada lengan kanan. Itulah gaya Umar yang penat pulang dari kerja dan terpaksa overtime sehingga dua hari tidak pulang ke rumah. Sepatutnya hari ini dia ke Jepun tetapi terpaksa tangguh sebab ada masalah dengan sekuriti syarikat pula. Berlaku cubaan mengodam database sehari yang lalu. Hal ini membuatkan semua ahli berkaitan unit maklumat terpaksa bermalam di pejabat akibat serangan maya bertubi-tubi daripada penggodam luar negara.

"Katil. Ah! Penatnya." Dia terjalin terhoyong-hayang macam orang mabuk.

"Umar."

"Abang Umar."

Umar melihat ke arah lima orang remaja di ruang tamu yang memanggil namanya. "Kenapa?"

"Angkat Abang Zao masuk bilik." Arah Faiz.

"Aku penat la. Tak ada tenaga ni. Suruh la orang lain." Keluh Umar.

"Kau nak angkat atau kau nak mati?" Faiz mengugut Umar dengan wajah dingin.

Umar garu kepala. "Aduh, kau ni. Kau angkat sendiri tak boleh ke?"

"Berat."

"Tch! Pendek tu kata la pendek." Gumamnya perlahan.

"Kau cakap apa?" Pandangan dingin diberikan kepada Umar.

Umar meletak beg bimbit di atas sofa. Langkahnya terus ke arah Jauhari. "Bawa beg aku. Aku malas nak pusing sini banyak kali."

Pantas Bakri bangun dari lantai lalu mengambil beg bimbing Umar. "Saya bawa."

"Thanks." Kata Umar lalu mendukung Jauhari seperti puteri beradu.

Faiz berdiri. Dia mengekori Umar dari belakang menuju ke bilik Jauhari. Dia juga membawa telefon pintar milik Jauhari.

"Dua hari tak balik. Banyak kerja?" Soal Faiz kepada Umar.

"Database SHIN Protection kena hack.  Bertubi-tubi pula tu kena. Aku terpaksa buat virus baru untuk lawan balik musuh. Unit lain pula cuba pertahankan sekuriti."

"Jumpa lokasi?"

"Australia." Jawab Umar.

"Australia? Tu negara Alex, kan?"

"Ya." Kata Umar dengan serius.

"Kita tak tahu apa akan jadi lepas ni." Tambah Umar lagi.

"Meliniar. Aku rasa aku nak siasat Alex lagi. Macam mana kalau dia ada rahsia?" Kata Faiz.

"Tapi dia dah janji hari tu beri kerjasama. Jadi, semuanya mesti dah beritahu. Meliniar pun buru dia."

"Max tu sepupu dia." Faiz memperingatkan Umar tentang kenyataan itu.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now