BAB 92

141 17 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 2:10 petang. Sesi nyanyian bagi Natsu Band telah pun tamat. Kini bermula pula giliran kumpulan muzik yang lain. Suasana studio ini sangat meriah walaupun pada hari siang. Konsert ini juga alan berlangsung sehingga malam kerana setiap kumpulan perlu menyanyi tiga buah lagu. Terdapat tujuh kumpulan yang terlibat pada hari ini. Di sini juga ada sesi bergambar dengan peminat dan tempat menjual barang-barang daripada produk kumpulan masing-masing.

"Mana Akatsuki ni? Lamanya dia beli air favourite saya. Kedai runcit tak jauh pun." Rungut Izaya ketika sedang duduk di gerai peminat bersama-sama Faiz.

Faiz bersila di atas lantai, bawah meja. "Tak tahu." Katanya lalu sambung mengunyah biskut yang dibawa dari rumah dan sebotol teh hijau.

Manakala, ahli Natsu Band yang lain sedang bergambar dengan para peminat mereka. Izaya malas berjalan merata-rata macam mereka. Jadi, dia hanya bergambar di situ sahaja jika ada peminat mahu bergambar dengannya.

Sonosuke duduk di sebuah kerusi yang terletak pada sebelah kiri Izaya. "Izaya. Ada nampak Kaizu tak?"

"Kaizu? Dia bukan dengan kau ke tadi?" Kata Izaya sambil menanda tangan pada kulit CD yang dihulurkan oleh peminat wanita di atas meja itu.

"Kejap je. Lepas tu, phone dia bunyi. Terus dia pergi pergi. Tak akan la sampai sekarang tak balik sini?"

"Pergi mana?" Tanya Faiz pula.

"Dia pergi tepi dinding tak jauh dari tempat aku bergambar tadi. Tapi bila tengok sekali lagi. Tak ada dah." Jelas Sonosuke.

"Aku dah cuba call dia. Tapi tak angkat. Dalam keadaan kita macam ni. Aku risau apa-apa jadi dekat dia nanti." Tambah Sonosuke lagi.

"Jangan risau. Tempat ni dikawal ketat. Kalau ada apa-apa aktiviti mencurigakan. Pasukan Jessica akan beritahu saya." Jelas Faiz yang cuba tenangkan mereka.

"Macam mana kalau terlepas pandang?" Izaya pula yang mula risau.

Sonosuke menepuk bahu kiri rakannya itu. "Jangan risau." Dia senyum.

Para peminat yang tidak memahami perbualan tersebut hanya tersenyum melihat dengan perasaan teruja. Tidak mudah untuk mereka lihat situasi mesra begitu di hadapan mata sendiri. Sehinggalah tangan seseorang muncul dari bawah meja dan meletakkan sebalang biskut. Orang itu keluar dari bawah meja. Pandang masing-masing terus dialih kepada remaja kacak di situ berbanding dua orang ahli Natsu Band itu.

"Tolong jaga kejap. Nak pergi tandas." Kata Faiz kepada mereka berdua.

"Okay." Kata Sonosuke.

Faiz berlalu pergi dari situ dengan wajah tanpa perasan. Dia dapat merasakan banyak mata sedang memberi tumpuan kepadanya. Jadi kacak, bukan mudah untuk elak diri menjadi perhatian orang ramai.

Pada masa yang sama, Kaizu terkunci di dalam kubikel tandas. Sudah puas dia menjerit tetapi tiada sesiapa yang datang untuk membantunya. Dia tidak tahu apa yang sudah berlaku di luar tandas tersebut. Mungkin ada orang cuba untuk biarkan dia terperangkap di sini.

"Apa hal pula ni?" Marahnya kepada pintu itu sambil cuba untuk membukanya lagi.

Kedengaran bunyi pintu kawasan tandas lelaki dibuka. Dia mula rasa selamat. Mungkin ada orang akan membantunya. Pintu tersebut kembali ditutup dan kedengaran bunyi kunci. Kaizu terdiam. Rasa hairan seketika. Kenapa perlu kunci pintu tersebut dari dalam?

Pintu kubikel di sebelah kanannya kedengaran dibuka oleh seseorang. Orang itu melompat dan duduk di atas pembahagi kubikel tersebut. Dia melihat ke arah manusia itu.

"Fa? Apa kamu buat atas tu? Tolong saya keluar dari sini." Kata Kaizu.

Faiz tersengih. "Keluar? Untuk apa? Tempat ni sangkat sesuai dengan kau untuk mati."

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now