BAB 74

161 18 3
                                    

Sabtu. Masa untuk berehat bagi kebanyakan golongan muda bergelar pelajar. Namun, hari ini golongan tersebut terpaksa bangun awal untuk ke sekolah demi mendapat keputusan yang cemerlang. Termasuklah manusia bernama Jauhari yang memiliki peranan penting pada hari ini atas permintaan ibunya.

Faiz turut serta dalam kelas tambahan itu untuk dirinya sendiri. Dia perlu belajar dalam kelas itu untuk tambah ilmu dan kefahaman. Tidak lama lagi dia akan duduki ujian peperiksaan SPM. Umar yang menjadi pemandu pada hari ini bukan hanya bertugas sebagai pemandu. Dia juga ditarik oleh Aqila untuk menjadi guru bagi semua pelajar tingkatan lima.

Aqila tepuk tangan untuk mendapat perhatian daripada semua pelajar tingkatan lima di dalam dewan besar itu. Dewan ini dilengkapi dengan beberapa buah kerusi yang sudah bersambung pada meja seperti kerusi di universiti. Tidak asing lagi dalam dunia pelajar sekolah zaman sekarang.

"Baik la. Hari ni kita ada dua orang cikgu dan seorang kawan baru. Mereka ni anak-anak saya. Harap mereka dapat bantu kamu semua." Kata Aqila.

Para pelajar melihat dua orang manusia di sebelah kanan Aqila. "Cikgu. Mana seorang lagi anak cikgu? Kata tiga." Tegur seorang pelajar perempuan di tempat duduk paling hadapan.

"Abang saya pergi tandas. Okay. Saya, Faiz. Tingkatan 5, kelas sains tulen." Ujar Faiz yang kelihatan bergaya walaupun terlihat sedikit 'mata panda' miliknya itu.

"Hai. Saya, Umar. Saya harap dapat bantu awak semua. Tapi risau juga kalau tak faham." Kata Umar yang rasa sedikit janggal.

"Okay. Fa duduk sana. Kawan-kawan dulu. Tunggu, kita tunggu Cikgu Zao kejap." Kata Aqila dengan mesra.

"Hari ni kita belajar subjek apa, cikgu? Saya bawa semua buku teks." Kata Zakuan dengan bersemangat. Orang lain pula yang terkejut. Bawa semua buku teks.

"Hari ni kita ada pilihan. Zao akan ajar subjek ekonomi. Umar ajar math dan addmath. Saya pula akan ajar Bahasa Inggeris dan Sains. Kalau ada apa-apa subjek nak tanya personal pun boleh. Zao boleh ajar subjek ICT kalau awak nak. Umar pun boleh ajar subjek seni. Jadi, awak semua boleh pilih nak belajar subjek apa hari ni." Jelas Aqila kepada para pelajarnya.

BANG!

Pintu dewan dibuka luas. Masing-masing melihat ke arah manusia yang tercungap-cungap mengambil nafas sambil menutup pintu dewan tersebut.

"Zao. Kenapa ni?" Soal si ibu yang kelihatan risau melihat anaknya itu.

"Anjing. Kenapa dalam sekolah ni ada anjing? Nasib baik sempat lari." Kata Jauhari yang cuba tenangkan dirinya.

Faiz terus berdiri dari kerusi. "Mana anjing tu? Biar saya sembelih dia. Berani dia kejar abang." Kata Faiz dengan wajah serius.

"Ish. Tak payah la. Anjing tu dari luar sekolah la tu. Pintu pagar tak tutup. Dia masuk la. Relax dulu, Zao. Kamu tu nampak anjing dari jauh pun dah lari macam kena kejar." Kata Aqila yang sangat mengenali anaknya itu.

Penakut betul dia dengan anjing walaupun tengok anjing tu berdiri depan pagar sekolah. Dewan tu pula di tingkat dua. Maklumlah, ada pengalaman kena kejar dengan anjing sampai trauma macam tu.

Faiz duduk kembali. "Terus hilang macho sebab nampak anjing." Dia memerli.

Aqila ketawa kecil. "Sini kenalkan diri."

Jauhari menghampiri ibunya. Dia sudah kembali tenang. "Selamat pagi. Saya, Jauhari. Cikgu korang untuk hari ni dan esok. Saya tak ada pengalaman macam ibu saya. Jadi, mungkin lain sikit cara saya mengajar. Sebagai pelajar. Saya tahu, belajar ni susah. Tapi tak susah kalau kita minat dan fokus. Dalam kelas saya. Saya tak suka orang main-main dan kalau nak tanya tu jangan diam je. Tanya apa-apa yang berkaitan dengan subjek. Soalan luar subjek macam soalan buang masa. Saya tak layan."

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now