BAB 17

198 24 0
                                    

Pandangan kosong dilemparkan ke luar tingkap kapal terbang. Suasana di dalam kapal terbang ini sangat aman dan sepi apabila ramai penumpang sudah lena dan buat hal masing-masing selepas sejam masa berlalu di dalam kapal terbang itu. Jauhari dan ahli pasukannya duduk di tempat duduk penumpang kelas pertama. Di kawasan ini ramai golongan orang kaya, ahli politik dan orang berkemampuan untuk menempah tempat duduk di bahagian ini.

Jauhari melihat ke arah Faiz. Faiz sudah tidur beberapa minit yang lalu di sebelah kirinya sambil memeluk novel yang dibacanya tadi, A Study In Scarlet. Novel ini terkenal dalam kalangan peminat Sherlock Holmes.

Dia tersenyum melihat adik angkatnya yang memeluk novel yang dipinjam daripadanya sebelum mereka bertolak tadi. Jauhari bukan hanya ada koleksi novel Sherlock Holmes. Malah, dia juga memiliki beberapa novel lain berkaitan penyiasatan. Sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Juga buku tentang psikologi, forensik, perubatan, herba, senjata, artificial intelligence dan sebagainya.

Jauhari juga tidak memahami dirinya yang sejak dahulu suka membeli buku yang tiada kaitan dengan subjek pembelajaran di sekolah atau bidang yang dia mahu ceburi. Dia membeli hanya menurut kata hati yang kuat untuk dia beli sesebuah buku. Tapi masa depan telah menunjukkan bahawa dia memang perlukan pengetahuan dari buku-buku yang dibelinya sebelum ini.

Jauhari kembali melihat ke arah tingkap kapal terbang. Dia mampu melihat awan yang kelihatan gebu itu. Sudah lama dia tidak menikmati suasana indah seperti ini. Namun, hanya seketika kerana dia terdengar suara seorang wanita menjerit dari bahagian belakang.

Faiz, Umar dan ahli pasukannya mula bersiaga. Masing-masing dapat mendengar jeritan itu walaupun penumpang lain masih kelihatan tenang. Kelihatannya jeritan itu tidak cukup kuat untuk didengari oleh orang biasa.

Umar menghampiri tempat duduk Faiz dan Jauhari. "Duduk sini."

"Okay." Kata Faiz. Jauhari pula hanya menganggukkan kepalanya.

Umar dan dua orang ahli pasukannya menuju ke arah kawasan belakang kapal terbang, bahagian kelas ekonomi. Mereka bertiga masuk ke kawasan tersebut. Para penumpang di situ ada yang tertoleh-toleh ke belakang untuk melihat sesuatu yang berlaku. Ada juga yang sudah berdiri. Tidak lupa juga yang sudah berada di kawasan kejadian, tandas.

"Apa dah berlaku?" Soal Umar kepada seorang pramugari yang berdiri di tengah lorong bersama-sama troli berisi makanan.

"Saya tak tahu. Dengar orang jerit dekat belakang sana." Beritahunya.

Umar menuju ke arah bahagian belakang kapal terbang yang dimaksudkan. Dua orang ahli pasukannya pula sedang menjalankan tugas mereka untuk menenangkan para penumpang dan perkerja di dalam kapal terbang itu.

Kedua-dua tangan Umar dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia berdiri di belakang sekumpulan manusia yang berkumpul di situ. "Tumpang lalu."

Masing-masing melihat ke arahnya. Dilihat dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Sangat bergaya dengan kemaja putih berjaket hitam. Tali leher pula berwarna merah. Cermin mata hitam tergantung pada poket jaketnya. Pakaiannya dipadankan dengan seluar jeans hitam dan kasut kulit berwarna hitam. Tangan kirinya memakai jam berwarna perak jenama Rolex dan gelang manik berwarna hitam. Bukan manik sebarangan. Boleh jadi peluru jika kecemasan. Gelang itu dicipta oleh Kimi. Dua butang baju kemeja yang tidak dibutang itu telah menampakkan seutas rantai berwarna perak. Loketnya terselindung di sebalik kemeja.

Umar melihat ke arah suasana tandas tersebut selepas diberi laluan. Matanya beralih ke arah seorang wanita yang kelihatan ketakutan. Dia syak wanita itu yang menjerit tadi.

Langkah diatur masuk ke dalam kawasan tandas itu. Dilihatnya ke arah mangkuk tandas yang penuh dengan darah di dalamnya. Terdapat juga kepala manusia di situ.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now