BAB 27

202 23 0
                                    

Masing-masing melihat ke arah pintu wad apabila pintu tersebut diketuk dan dibuka oleh Fareez. Fareez masuk ke dalam wad peribadi bersama-sama dulang berisi makanan. Dulang diletakkan di atas meja pesakit di hadapan Jauhari.

"Pagi ni makan bubur nasi. Lepas makan nanti Dr. Senju datang bagi ubat." Beritahu Fareez.

"Tapi kenapa ada dua mangkuk bubur?" Soal Jauhari yang duduk di atas katil.

"Satu lagi saya punya." Jawab Faiz.

"Fa. Kau malas turun bawah beli makanan dekat kantin hospital, kan?"

Faiz tersengih. "Dekat bawah tak ada bubur nasi."

Semangkuk bubur nasi dicapai oleh Faiz. "Masa untuk makan. Sini saya suap."

"Aku boleh makan sendiri."

Faiz memberi pandangan serius kepada Jauhari. "Tak boleh. Kena suap juga. Nanti tumpah kalau makan sendiri. Orang demam ni. Badan tak ada tenaga. Nak angkat sudu pun rasa macam angkat tukul. Berat."

"Melampau la kalau sampai macam tu berat sudu."

Fareez ketawa. "Tuan Zao makan la dulu. Saya pergi jaga dekat depan."

"Okay. Kalau lapar. Pergi la makan. Fa ada dengan saya." Kata Jauhari.

"Baik la." Kata Fareez lalu keluar dari situ.

"Buka mulut. Aaa~" Katanya sambil menyua sudu di hadapan mulut Jauhari.

Jauhari rasa janggal dilayan seperti budak-budak demam yang manja. Tetapi dia terpaksa juga makan.

"Aum~" Kata Faiz.

"Hmph! Perlu ke buat bunyi macam tu?"

Faiz ketawa. "Lagi sekali. Aaaa~"

"Ceh. Kalau aku demam macam ni memang dia suka sangat la buat macam ni. Tak pernah berubah la budak pendek ni." Rungut hati Jauhari.

*

"Kurogane." Kata Tsubasa sambil bermimpi.

Bantal dicampak tepat pada wajah Tsubasa. Dia terkejut lalu membuka matanya. "Miwa?"

"Ohayou, Tsubasa."

"Bila masa kau balik sini?"

"Baru je sampai rumah. Tak rindu aku ke?" Dia angkat kening.

Tsubasa duduk di atas katilnya. Dia menguap. "Baru dua minggu kau pergi melawat kawasan Nagasaki. Buat apa nak rindu. Bukan dua tahun pun."

Sekali lagi banyak dibaling tepat pada kepala Tsubasa. "Ish. Kau ni."

Tsubasa tumbang di atas katil. "Sakit la." Katanya perlahan.

Miwanosuke duduk di birai katil. "Kenapa aku juga kena pergi selesaikan masalah dekat sana? Aku dah beritahu ayah. Aku tak nak terlibat dalam hal yakuza ni. Aku ada restoran kena uruskan. Terpaksa aku minta maaf kepada pelanggan yang buat majlis di restoran aku semata-mata nak makan masakan aku. Tapi orang lain pula yang kena masak. Aku heart broken, tahu tak?"

Tsubasa duduk kembali. "Mana la aku boleh buat apa-apa. Bos suruh pergi. Mesti ada sebab. Yang pasti. Aku tak boleh buat macam kau buat."

Kedua-dua pipi Tsubasa dicubit. "Kau hari-hari duduk dalam pejabat. Tak bosan ke?"

"Dah kerja aku macam tu. Nak buat macam mana? Bukan selalu pun keluar teman bos atau pergi misi."

Pipi Tsubasa dilepaskan. Dia senyum melihat sahabat baiknya itu. "Kau dah lama dalam syarikat tu. Kau tak rasa kau patut bersemuka dengan abang kau semula?"

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now