BAB 31

184 22 0
                                    

Hujan lebat telah menghalang Jauhari untuk pulang ke tanah air. Penerbangannya pada hari ini terpaksa dibatalkan. Dia tiada pilihan lain. Waktu malam yang sejuk apabila hujan seharian turun tanpa henti telah membuatkan Jauhari mencari baju sejuknya. Biasanya dia akan memakai kimono di dalam rumah ini tetapi hari ini dia memakai baju sejuk berhud yang tebal. Baju sejuk terlebih saiz itu dibeli olehnya pada hari semalam ketika keluar tanpa izin.

"Hujan dah berhenti tapi sejuk lagi." Kata Jauhari sambil melihat suasana malam di hadapan pohon sakura ini.

"Zao."

Jauhari melihat ke belakang. "Ya, ayah."

"Nak pergi mana?" Soal si bapa dengan wajah serius.

"Eh? Tak pergi mana-mana la."

"Kalau tak pergi mana-mana. Kenapa pakai macam tu?"

"Sejuk." Jawabnya.

"Boleh percaya ke ni?"

Jauhari dapat merasakan renungan maut daripada bapanya itu. Dia tidak dibenarkan keluar dari rumah sejak pagi tadi. Maka, terpaksalah dia membosan dengan permainan video secara atas talian sendirian. Faiz pula pula sibuk berbincang sesuatu dengan Umar.

"Betul. Zao tak keluar la." Dia cuba meyakinkan bapanya.

"Hmm... Tak baik menipu."

"Eh? Bila masa pula tipu? Muka anak ayah ni macam ada muka penipu ke?"

Kawazaki berfikir sejenak sebelum berkata. "Tak nampak macam muka penipu tapi nampak macam muka kaki ugut."

Sungguh menusuk kalbu tatkala mendengar komen bapanya itu. "Oh my heart. So sad."

Kawazaki ketawa. Leher anaknya dirangkul. "Jom makan. Kejap lagi kita ada meeting dengan Uncle Estes."

"Uncle Estes sebelah rumah?" Soalnya sambil berjalan beriringan dengan bapanya.

"Ya. Ayah rasa dah tiba masanya untuk jalinkan hubungan baru dengan keluarga kawan baik ayah. Zaman datuk dah tamat. Lagi pun, anak Estes cantik. Zao tak berkenan? Nama dia Chihaya. Estes kata, anak dia suka Zao."

"Eh? Suka? Suka macam mana tu? Zao belum habis belajar lagi la." Dia geleng kepala.

Kawazaki ketawa. "Tanya la dia. Fa beritahu ayah semalam. Zao mesra sangat dengan Chihaya. Tak ada apa-apa perasan ke?" Sakat bapanya.

Jauhari memegang kedua-dua pipinya. Dia geleng kepala. "Tak ada."

"Eh? Muka merah pun kata tak ada ya?"

Hud ditarik ke atas kepalanya. Kawazaki ketawa terbahak-bahak. Dia sengaja buat anaknya rasa malu. Siapa tidak tertarik dengan kecantikan Chihaya yang baru berusia 17 tahun itu. Sama umur dengan Faiz.

*

Pintu pagar rumah Ame Sakura dibuka oleh Harakiri. Harakiri ditugaskan untuk menyambut tetamu bersama-sama dua orang lagi ahli Ame Sakura. Chihaya rasa teruja ketika melangkah masuk ke dalam kawasan rumah Ame Sakura. Dia sepatutnya tidak terlibat dalam mesyuarat pada malam ini tetapi dia memaksa bapanya membawa dirinya ke sini untuk bertemu dengan Jauhari.

"Wah. Cantiknya. Halaman depan pun ada pokok sakura." Kata hati Chihaya dengan perasaan teruja.

Lima orang ahli Glory termasuk Estes disambut mesra oleh Kawazaki di hadapan pintu rumah. Kedua-dua ketua keluarga ini bersalaman. Chihaya turut diperkenalkan oleh Estes kepada sahabatnya itu. Dia pula malu-malu dan menyorok di belakang bapanya.

"Jemputlah masuk." Kata Kawazaki.

Mereka masuk ke dalam rumah Ame Sakura. Empat orang ahli Glory cuba sembunyikan perasaan teruja melihat suasana di dalam rumah tradisional Jepun ini. Pertama kali mereka menjejakkan kaki ke dalam rumah yakuza seumur hidup mereka.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now