BAB 44

154 22 2
                                    

HELIOS

Nama itu terpapar besar pada skrin komputer riba milik seorang jejaka berambut hitam. Wajahnya kelihatan serius memerhati komputer riba tersebut seperti sedang menunggu sesuatu yang penting.

Tit Tit.

Bunyi pada komputer riba kedengaran sebelum sebuah tetingkap muncul dan memaparkan panggilan video melalui Skype. Dia kelihatan teruja untuk bertemu dengan seseorang walaupun secara maya.

"Selamat malam, Tuan Zao." Katanya dengan teruja.

Jauhari memberi senyuman mesra kepada jejaka tersebut. "Hai, Helios. Vale mana?"

"Vale pergi tandas kejap. Cirit la kot. Baru je lepas challange ramen pedas yang viral tu." Dia ketawa.

Jauhari tepuk dahi. "Jangan kesihatan. Aku tak nak ada masalah masa misi nanti. Kau tu... Jangan asyik nak buli Vale je. Kesian dia."

Helios terdiam. Dia tidak berani melawan kata-kata tuannya itu. "Baik, tuan."

Jauhari tiba-tiba merangkul leher Faiz yang sedang makan kek di sebelah kanannya. "Kenalkan. Ni, Faiz. Panggil dia, Fa. Dia cemburu aku keluar dengan Vale waktu malam."

"Hai, Fa. Kenapa Tuan Zao tak bawa jumpa berdepan je? Sabtu ni kami free."

Jauhari melepaskan leher Faiz. Faiz sambung memotong kek yang dibawa lari dari dapur tadi. Alex membeli kek sebagai tanda terima kasih sebab benarkan dia tinggal di situ walaupun dia daripada keluarga Bill. Maxsium Bill pula sepupunya.

Jauhari garu kepala. "Risau sesuatu yang buruk bakal berlaku." Dia menjeling ke arah Faiz. Faiz tidak melihatnya.

"Sesuatu yang buruk?" Soal Helios.

Pintu bilik dibuka. Vale masuk ke dalam bilik tersebut sambil menghela nafas lega. "Aku tak patut sahut cabaran kau tadi. Sesak nafas rasanya."

"Yo, Vale." Sapa Jauhari.

Vale segera melihat ke arah komputer riba di atas meja milik Helios. "Tuan Zao. Dah lama ke online?"

"Baru je. Ni, adik saya. Fa. Pertama kali korang jumpa dia." Kata Jauhari dengan bersemangat.

Faiz melihat ke arah mereka sambil kunyah kek. "Kembar." Fikirnya.

"Hai. Saya Vale. Ni, adik saya. Helios." Jelas Vale lalu duduk di atas sebuah kerusi yang berada di sebelah kanan Helios.

"Deorang ni, Shinigami juga ke? Atau kawan-kawan yang Abang Zao kutip tepi jalan?" Soal Faiz.

Mereka berdua rasa tertusuk di hati. Ya. Mereka hanya hidup sebagai kanak-kanak jalanan dan dijual pada suatu masa dahulu.

Jauhari ketawa. "Bukan. Mereka ni la yang aku beritahu hari tu. Twin Dragon. Assassin yang aku latih sebelum ni. Vale is my driver kalau keluar malam. Helios pula, the great hacker."

Faiz pandang tajam ke arah mereka berdua. "Siapa ketua?"

"Vale." Jawab Helios.

"Kau la yang culik abang aku malam-malam. Nasib kau jauh. Kalau aku tahu rumah kau. Siap kau." Kata Faiz.

Jauhari mencubit lembut pipi kiri Faiz. "Sabar la. Aku yang ajak dia."

"Saya tak nak ajak?"

"Kau, banyak kerja lain kena buat. Study. Exam SPM dah dekat." Kata Jauhari dengan baik.

Faiz kelihatan geram. Kek dicucuk dengan garfu lalu disumbat masuk ke dalam mulut Jauhari ketika Jauhari mahu berkata sesuatu.

"Dia cemburu ke?" Fikir dua orang kembar tersebut.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now