BAB 18

238 25 0
                                    

Matanya melihat ke arah mayat mangsa pembunuhan di sebuah tandas perempuan. Wanita itu hanya memakai pakaian dalam dan tidak memiliki kepala. Dia datang ke sini kerana mendapat laporan tentang kes pembunuhan daripada seorang pekerja di lapangan terbang tersebut. Mayat dijumpai di dalam sebuah kubikel tandas apabila seorang tukang cuci mahu menjalankan tugasnya di situ. Dia terlihat darah mengalir keluar dari sebuah kubikel. Pintu pula tidak dikunci. Tanpa membuang masa. Dia terus berlari keluar untuk mencari pengawal yang bertugas di lapangan terbang itu bagi melaporkan kes tersebut.

"Kami dah uruskan hal dekat sini. Hati-hati. Tak sangka kamu terfikir nak telefon saya." Kata Inspektor Nizam kepada si pemanggil, Jauhari.

"Bagus la kalau dah uruskan. Lambat juga dapat laporan. Kami pun dah sampai Jepun dah ni. Assassin tu kami hold kejap. Macam biasa."

Inspektor Nizam keluar dari tandas tersebut. Dia ketawa kecil. "Saya faham. Take your time."

"Okay. Hati-hati buat kerja. Saya off dulu. Bye. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Panggilan ditamatkan. Telefon disimpan kembali.

Dilihatnya ke arah dua orang ahli pasukannya sedang mengusung plastik hitam yang berisi mayat tadi. Dia mengeluh dan menggelengkan kepalanya.

"Orang tak berdosa juga jadi mangsa. Tapi target dia, Jauhari. Kalau dia tahu Jauhari boleh hidu bau darah. Kenapa dia tak cederakan diri sendiri atau keluarkan setitis darah dari badan? Eh? Apa la aku ni. Orang jahat mana rela dia yang cedera. Dia lagi suka membunuh." Dahi sendiri ditepuk menggunakan tangan kanan.

"Tapi macam mana musuh boleh tahu aktiviti Jauhari hari ni dan kapal terbang mana dia naik? Ada spy ke? Tapi macam mustahil. Faiz tu tak akan biarkan semua tu." Fikirnya lagi.

*

"Okaerinasai, Zao-sama. Oyabun wa anata o matteimasu. (Selamat pulang, Tuan Zao. Boss sedang menunggu anda.)" Sambut seorang lelaki di hadapan pintu pagar yang dibuka luas.

Pada bahagian kanan dan kiri laluan ke rumah tradisional Jepun itu dipenuhi oleh ahli Ame Sakura, sama ada muda atau tua. Semuanya lelaki. Dunia yakuza memang tidak hairan melihat situasi ini jika dibandingkan dengan manusia biasa.

"Arigato." Kata Jauhari.

Dia berjalan beriringan dengan lelaki tadi, Harakiri. Kotatsu Harakiri ialah salah seorang daripada orang kepercayaan Kawazaki. Harakiri juga memiliki posisi yang sama dengan Umar tetapi dia menjaga cawangan Di Jepun. Umar pula menjaga cawangan di Malaysia. Tetapi jika kedua-duanya berada dalam satu misi. Umar akan mengambil alih tugas sebagai ketua. Harakiri pula menjadi orang kanannya sama seperti Jessica di Malaysia.

Masing-masing melihat ke arah Jauhari dan rombongannya dari Malaysia itu. Jauhari dan Faiz terdengar suara sedang berbisik dengan seseorang tentang Jauhari.

"Itu la anak Tuan Kawazaki. Shin Zao. Antara yakuza paling kuat dekat Jepun ni. Tapi Tuan Zao ada keluarga sendiri di Malaysia. Sebab tu Tuan Zao tak duduk sini." Bisik seorang lelaki dalam bahasa Jepun kepada seorang remaja.

Remaja itu senyum dengan penuh bersemangat. Tanpa sesiapa menduga. Dia menyerang Jauhari. Faiz pantas melindungi Jauhari.

"Yato! Apa kau buat ni?" Tengking Harakiri kepada remaja lelaki berusia 16 tahun itu. Tubuhnya kelihatan seperti sudah 20-an, tinggi.

Jauhari mengangkat tangan kanannya sebagai tanda berhenti. Harakiri akur. Bahu kiri Faiz ditepuk. Faiz melangkah ke tepi. Jauhari berdiri di hadapan Yato.

Yato melihat ke arah Jauhari yang berdiri di hadapannya itu. Jauhari yang berada di hadapannya ini memakai jaket kulit dan seluar kulit berwarna hitam. Jaket itu tidak dizip. Jelas dapat dilihat baju kemeja berwarna merah. Jaket yang labuh sehingga paras lutut itu memiliki hud yang menutupi atas kepala Jauhari. Wajahnya pula bertopeng. Topeng itu ialah topeng yang sama dia pernah pakai untuk berlawan sebelum ini. Di sebalik jaket itu terdapat dua bilah pedang yang baru diserahkan oleh si pemandu kenderaan demi keselamatan Jauhari.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now