BAB 70

165 15 0
                                    

Malam menjadi masa untuk memburu mangsa bernasib malang. Segala persiapan telah dilaksanakan. Dia juga sudah tiba di sebuah kawasan perumahan berdasarkan titik GPS pada peta. Keretanya diletak jauh dari rumah tersebut.

Dia keluar dari kereta dan hilang pada pandangan mata manusia selepas baju halimunan diaktifkan. Dia segera masuk ke kawasan rumah mangsa kerana pintu pagar tidak ditutup. Tidak lama selepas itu, pintu rumah pula dibuka oleh seseorang.

"Masak reti. Sampah aku juga kena buang." Bebel Inspektor Nizam lalu keluar membuang sampah ke dalam tong sampah di hadapan rumahnya.

Lelaki misteri itu masuk ke dalam rumah. Inspektor Nizam melihat sekilas ke belakang. Rasa seperti ada orang lalu di sebelahnya tadi.

"Dia dah masuk." Kata Umar yang melihat ke arah titik merah dalam telefon pintarnya. Ketika ini dia berada di dapur. Memasak.

"Bagus." Kata Jauhari yang mendengar suara Umar melalui alat komunikasi pada telinganya.

Lelaki misteri tadi naik ke tingkat atas selepas memeriksa tingkat bawah. Inspektor Nizam pula masuk ke dalam rumah. Dia terus ke dapur untuk memberitahu tentang sesuatu yang mencurigakan di luar tadi.

"Dah masuk? Dekat mana?"

Umar menunjukkan telefon pintarnya ke arah Inspektor Nizam. "Tingkat atas." Katanya.

"Jauhari tak apa-apa ke?"

"Tak. Dia nak uruskan sendiri."

Sementara itu, pintu bilik Inspektor Nizam dibuka. Bilik itu terang tetapi tiada sesiapa di dalam bilik tersebut. Gambar milik 'Faizah' berteraburan di atas meja. Di situ juga terdapat sesuatu berbentuk bulat berwarna hitam yang melekat pada belakang gambar. Itu GPS milik lelaki misteri tersebut.

"Dia dah jumpa benda tu. Dia tak ada dalam bilik ni. Bilik lain?" Fikir lelaki itu.

TIK!

Kedengaran bunyi pintu dikunci. Dia lihat ke arah pintu bilik tersebut. Tiada sesiapa di situ. Hanya dia sendirian.

"Hai." Tegur satu suara dari belakangnya. Dia tercari-cari suara tersebut.

Dia tidak dapat melihat sesiapa di situ. "Suara siapa pula tu? Mana dia?"

"Cari aku? Aku dah lama tunggu kau. Aku nampak kau. Tapi kau tak nampak aku. Walaupun kita sama. Halimunan." Kata suara itu lagi.

"Kau siapa?"

"Aku? Nightmare."

Dia mula kecut perut apabila nama itu disebut. "Apa kau nak?"

"Bunuh kau. Meliniar patut mati." Katanya.

"Aku bukan Meliniar."

"Habis tu?"

"Aku... Aku, Dragon. Aku tak ada kaitan dengan Meliniar."

"Dragon? Ketua kau Twin Dragon?"

"Ya."

Suara itu ketawa. "Aku dah agak. Kau memang patut mati."

"Tapi aku bukan Meliniar."

"Sebab aku bos Twin Dragon. Kau dah bunuh ramai perempuan tak bersalah. Apa motif kau?"

"Aku benci perempuan cantik. Mereka asyik pergunakan lelaki baik macam aku." Jelasnya yang cuba beranikan diri itu.

"Baik? Mana ada pembunuh, baik? Kau jahat. Tak ada sesiapa mahukan kau. Kau layak untuk mati. Kalau bukan pada tangan aku. Kau akan mati pada tangan Twin Dragon." Kata suara itu lalu ketawa jahat. Sengaja dibuat begitu.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now