BAB 48

155 20 2
                                    

Maxsium mendengus keras apabila gagal memasuki sistem sekuriti CCTV di rumah Shinigami. Pendindingnya terlalu kuat. Malah, dia di hadiahkan sejenis virus yang terlalu kuat untuk dilawan. Komputernya rosak teruk. Pelbagai tulisan keluar dengan cepat sebelum komputer itu terpadam sepenuhnya. Tidak mahu hidup semula. Hal ini ini juga berlaku ketika dia mendapat laporan daripada orang bawahannya yang menggodam pengkalan data milik SHIN Protection. Habis semua komputer riba yang terlibat menjadi mangsa virus bernama Victoria 2.0.

Maxsium tidak sempat melihat situasi di dalam rumah itu kerana dia baru sahaja berjaya pecah masuk ke dalam sistem ketika Faiz membuat soal siasat. Tambahan pula, CCTV tidak diletak di dalam bilik tidur. Umar segera memberkas aktiviti tersebut sebaik sahaja dia memeriksa sistem sekuriti di rumah Shinigami. Sungguh malang bagi Maxsium.

Virus baru ciptaan Umar ini bukan sahaja menjahanamkan sistem komputer riba yang terlibat. Malah, dapat menjejak lokasi dengan cepat dan menyalin maklumat daripada komputer yang terlibat. Umar mampu mencipta virus sedemikian dengan kerjasama daripada salah seorang pemegang biasiswa SHIN Protection yang bakal bekerja dalam syarikat tersebut selepas tamat pengajian.

HELIOS. Nama kod dan nama virus teragung milik seorang jejaka berusia 21 tahun. Dia pelajar universiti dalam Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Dia kenal dengan Helios hanya atas nama. Bukan secara nyata. Namun, mereka berdua bertemu pada hari ini kerana terpaksa.

Umar pertama kali bertemu dengan Helios. Penampilan Helios membuatkan dia teringat tentang Jauhari kerana memakai baju sejuk terlebih saiz dan berpelitup mulut pada wajah. Sememangnya Helios mengikut gaya berpakaian Jauhari sejak dahulu lagi. Idolanya. Itu sudah pasti.

Maxsium mencampak komputer riba ke lantai sehingga pecah berderai. "Macam mana dia tahu aku masuk? Ni mesti Alex beritahu. Tak guna, Alex. Siap kau." Dia sungguh marah.

*

Helios duduk sendirian di dalam bilik. Dia masih belum tidur. Sibuk dengan permainan video secara atas talian melalui komputer riba miliknya. Jari-jemarinya sangat pantas bekerja tanpa perlu melihat papan kekunci. Setiap jari-jemari miliknya sudah kenal semua kedudukan papan kekunci tanpa perlu mindanya memberi arahan.

Ketukan pintu bilik membuatkan Helios terkejut. Dia segera menutup permainan video tersebut lalu terpapar tetingkap dokumen tugasan bagi subjek kuliah pada skrin komputer riba.

"Ya." Katanya.

"Tak tidur lagi? Esok ada kelas, kan?" Tanya Vale dari muka pintu selepas membuka pintu bilik Helios.

"Kejap lagi la. Kena siapkan tugasan. Esok kena hantar." Helah semata-mata. Walhal, sejak awal tadi dia asyik bermain dengan permainan video secara atas talian.

"Ya ke kau ni?" Dia mencurigai Helios.

Siapa tidak kenal dengan kembarnya ini? Sudahlah kembar. Duduk serumah bertahun-tahun pula tu. Tak akan tak kenal sikap kembar sendiri. Dia juga tahu jika kembarnya menipu atau jujur dengannya. Tiada guna dia bertanya banyak kali.

"Suka hati kau la. Esok Tuan Zao nak jumpa. Lepas kuliah. Aku terus pergi ambil Tuan Zao. Kau siap-siapkan apa yang patut dekat rumah ni. Tuan Zao tengah marah tu." Kata Vale yang sangat mengenali Jauhari lebih daripada Faiz.

"Marah? Apa dah jadi?" Segera dia pusing kerusinya dan melihat ke arah Vale.

"Alex Bill yang ada di rumah tu dan bocorkan lokasi rumah Tuan Zao secara tak sengaja. Maxsium Bill mungkin akan serang rumah tu. Dia rancang untuk culik Puan Aqila." Jelas Vale sambil bersandar pada pintu.

Helios memegang dagunya sendiri. "Masa depan dah bermula. Jangkaan Tuan Zao tepat. Maxsium sasaran Puan Aqila sebagai kelemahan Tuan Zao. Lepas ni, Faiz."

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now