BAB 22

199 23 1
                                    

Sakura sakura
Noyama mo sato mo
Mi-watasu kagiri
Kasumi ka kumo ka
Asahi ni niou
Sakura sakura
Hana zakari.

Sakura sakura
Yayoi no sora wa
Mi-watasu kagiri
Kasumi ka kumo ka
Nioi zo izuru
Izaya izaya
Mini yukan.

Alunan lagu Sakura sakura yang dinyanyikan oleh Kawazaki sambil bermain koto telah menarik perhatian Jauhari yang lalu di sebuah bilik peribadi bapanya. Bilik itu sering digunakan untuk bermain koto pada masa lapang. Dia duduk di beranda bertentangan dengan bilik tersebut. Seruling yang diselit kemas pada tali kimono diambil lalu ditiup mengiringi alunan koto.

Kawazaki yang mendengar sahut an seruling itu terus tersenyum lebar. Dia tahu anaknya sudah selesai bermesyuarat dengan ahli keluarga Shinigami.

Gabungan alunan muzik daripada koto dan seruling sangat sempurna kerana saling melengkapi. Bukan hanya mereka yang mampu mendengarnya. Orang lain yang berada di dalam rumah ini juga mampu mendengarnya sayup-sayup jika dari jauh. Mereka tidak berani untuk pergi ke kawasan yang dilarang apabila terdengar bunyi seruling itu.

Yato yang baru selesai latihan dan mahu pergi ke biliknya juga terhenti langkahnya apabila mendengar bunyi seruling. Dia tidak mahu bertembung dengan Jauhari seperti sebelum ini. Lantas, dia pusing kembali ke arah ruangan berkumpul ahli Ame Sakura di ruang tamu utama.

Bunyi alunan seruling  dan koto berhenti beberapa minit kemudian. Kawazaki membuka pintu bilik itu. Dia berdiri di situ. "Apa Zao nak buat kali ni?"

"Cuba jejak Shin Kiritsu. Dan ada kemungkinan Kobra akan mara tak lama lagi. Semestinya ahli Kobra dah beritahu ketua mereka pasal kes siang tadi. Silap orang la mereka nak buli.Fa lunyaikan mereka. Ayah jangan risau. Zao tahu nak buat apa." Jauhari senyum dengan minda yang penuh rancangan licik.

"Tak sangka kumpulan kecil macam tu berani cari pasal." Kawazaki ketawa.

"Haih. Mereka fikir saya Shinigami palsu. Sebab baik sangat. Saya baik sangat ke, ayah?"

Kawazaki duduk di sebelah kanan jauhari. Kepala anaknya itu diusap dengan penuh kasih sayang. "Baik pun berpada-pada. Jangan sampai orang pijak kepala kita. Tak semua orang kita boleh percaya. Tak semestinya orang yang selalu ganggu kita tu jahat. Tak semestinya orang yang rapat dan baik dengan kita tu baik. Kadang-kala mereka ada sifat bertentangan."

"Maksud ayah?"

"Ayah ada satu cerita. Nak dengar?" Tangannya diturunkan dari kepala anaknya.

"Nak." Kata Jauhari dengan bersemangat.

"Dulu ayah ada seorang musuh. Dia tu selalu je di hantar untuk buru ayah." Kawazaki ketawa.

"Nak buat macam mana. Ayah nakal sejak dulu lagi. Dia pula polis. Tapi ada kalanya ayah tertolong dia bunuh kumpulan yang dikehendaki pihak polis. Masa pun berlalu macam tu la. Biasanya kami bertembung dan bergaduh. Dia dengan pistol. Ayah dengan pedang. Kami sama-sama kuat. Sampai la satu masa tu. Dia tanya ayah pasal lupakan dunia gelap ni dan sambung belajar. Dia kata dia tak dapat sambung belajar sebab keluarga dia tak mampu. Dia pun pernah join dunia gelap juga dulu. Tapi dia ubah diri kepada langkah lebih baik. Dia orang pertama yang nasihatkan ayah untuk tinggalkan semua ni. Orang kedua ialah ibu." Jelas Kawazaki sambil merenung ke arah bulan pada malam ini.

"Tapi walaupun macam tu. Dia tetap buru ayah juga. Kami selalu berlawan. Tapi tiada sesiapa dibenarkan masuk campur. Semuanya sepi lepas ayah pergi Malaysia. Bila balik sini semula. Kiritsu buat masalah pula. Dia lari lepas buat semua kejahatan dia. Lepas tu, ayah pula jadi pengganti dia untuk terima hukuman kesalahan itu. Terpaksa la ayah lawan semuanya seorang diri. Disebabkan ayah ingat pesan ibu. Ayah tak bunuh sesiapa." Dia mengenang masa silamnya yang sangat memeritkan itu. Terpaksa berhadapan dengan sekumpulan anggota polis atas kesalahan orang lain.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now