BAB 68

160 15 27
                                    

Perjalanan yang panjang bukan mudah untuk ditempuhi. Begitu juga dengan ujian peperiksaan yang dilakukan pada bulan Ramadan. Sangat suka tetapi bulan Ramadan merupakan bukan yang penuh berkat. Aktiviti keluar bertemu janji bagi pasangan kekasih ini telah tukar kepada aktiviti solat tarawih pada waktu malam. Mereka juga semakin jarang bertemu kerana waktu siang mereka sibuk dengan hal sendiri. Tetapi tiada batasan untuk berhubung selagi ada alat bernama telefon pintar pada abad ini.

"Ayah dengan mak dah setuju terima awak sebagai menantu." Beritahu Inspektor Fartini melalui panggilan telefon selepas solat Tarawih di surau berhampiran kawasan perumahannya.

"Alhamdulillah. Setelah hampir sebulan saya berusaha." Kata Jauhari.

Inspektor Fartini ketawa. "Awak beritahu apa pada ayah sampai boleh lembut hati terima awak? Ayah saya tu jenis keras sikit. Nampak je dia bergurau dan senyum depan orang."

"Ayah awak dengan ayah saya tak jauh beza pun. Kalau awak kenal ayah saya. Awak rasa nak tumbuk je muka dia sebab mengada-ngada. Saya ni baik. Tak sampai hati nak buat macam tu. Sanggup kelemasan hanya kerana pelukan rindu seorang ayah." Kata dengan senyuman. Terkenang bapanya di negara Matahari Terbit itu.

"Awak tak lawat ayah awak masa raya ni?"

"Tak. Biasanya dia balik sini kalau tak ada masalah di sana. Dua tiga hari ke duduk sini. Saya pula, kalau pergi sana mesti sebab ada urusan penting. Kalau tak penting. Malas la pergi sana. Hari-hari pakai kimono. Macam tak ada baju lain. Memang tak ada pun."

"Dah awak tu tak reti beli baju sendiri."

"Aik? Mana awak tahu ni?"

Kedengaran suara wanita itu ketawa kecil. "Ibu awak beritahu mak saya. Tapi Faiz tahu pula saiz pakaian awak."

"Budak tu stalker saya. Mustahil la dia tak tahu. Silap-silap saiz seluar dalam saya pun dia tahu." Matanya menjeling ke arah Faiz yang garu kepala menjawab latihan Sejarah di dalam biliknya.

"Dah lama tak jumpa Faiz. Dia sihat ke?"

"Sihat je. Ni tengah jawab soalan Sejarah dalam milik saya. Minggu depan ada percubaan SPM. Saya dah habis exam." Katanya dengan bangga.

"Awak jawab betul-betul tak? Soalan senang ke susah? Awak study last minit macam pelajar lain atau buat nota ringkas awal-awal?"

"Awak ni dah mengalahkan ibu saya pula. Saya mana pernah study sendiri. Suruh saya study sendiri. Memang tunggu berjanggut la saya malas sebab tak tahu buat nota. Kalau tengok buku nota saya pun. Macam buku teks." Dia baring di atas katil.

"Serius la? Ibu awak tak marah ke?"

"Ibu tak tahu pun. Saya belajar dalam kelas. Buat latihan cikgu bagi. Ajar kawan pun boleh dikira study la kan? Saya tak macam orang lain. Tenung nota depan dewan exam."

"Bangga diri betul awak ni."

"Saya bukan bangga diri. Kenyataan. Alhamdulillah. Belum pasti lagi kalau masuk universiti nanti. Dengar cerita macam susah. Tapi kalau saya dah belajar macam-macam sepanjang saya bergelar ketua Shinigami, awak rasa apa agaknya subjek yang saya belum belajar? Perniagaan? Ekonomi? Teknologi? Sains perubatan? Komputer? Hmmm... Banyak dah saya belajar."

Inspektor Fartini ketawa sinis. "Kalau awak tak belajar semua tu. Macam mana nama awak ada dalam senarai EVOS?"

"Tak tahu." Jauhari ketawa.

"Mereka ada hubungan awak untuk misi baru ke?"

"Ada. Saya tolak. Malas la. Jaga awak dan keluarga kita lagi bagus."

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now