BAB 90

128 15 0
                                    

Sekumpulan ahli muzik Natsu Band bersama-sama seorang pengurus kumpulan muzik tersebut tiba di hadapan rumah keluarga Shinigami. Mereka tiada pilihan lain selain daripada menerima cadangan Kawazaki untuk tinggal di sini kerana kes bom jangka masa yang dihantar ke rumah mereka semalam.

Sonosuke juga telah menelefon Jauhari untuk mendapatkan kebenaran berada di rumah tersebut dalam masa beberapa hari. Bukan seminggu kerana dia risau keselamatan ahli kumpulannya. Mereka juga tidak tahu tentang si penghantar barang tersebut. Orang yang menghantar barang ke rumah mereka hanya pekerja biasa. Dia hanya hantar barang yang sudah ada di dalam kereta kerja.

"Ni rumah yakuza." Kata Ryoma perlahan kepada rakan-rakannya ketika masuk ke kawasan rumah tersebut.

Mereka dibawa ke sini oleh orang bawahan Umar yang menjemput mereka dari lapangan terbang. Kru yang terlibat dalam perjalanan bersama-sama mereka pula tinggal di hotel yang telah ditempah oleh Jauhari. Hotel itu milik persendirian SHIN Protection yang sering menjadi tempat rehat ahli SHIN Protection yang tidak pulang ke rumah kerana sibuk dengan kerja. Tidak jauh dari bangunan syarikat SHIN Protection. Kadang kala hotel itu dijadikan tempat penginapan orang kaya dan pelancong yang memerlukan keselamatan yang ketat. Harga pun berpatutan kerana mereka sekaligus membayar khidmat sekuriti peribadi.

"Selamat malam. Silakan masuk." Sambut seorang pembantu rumah dalam bahasa Melayu. Dia tidak mampu menggunakan bahasa Jepun.

Sonosuke senyum lalu berkata. "Terima kasih." Walaupun pelat. Dia faham kata-kata wanita itu kerana pernah diajar oleh Aqila sebelum ini.

Rakan-rakannya rasa teruja. Termasuklah pengurusnya. Mereka masuk ke dalam rumah tersebut. Suasana di dalam rumah ini kelihatan sama dengan rumah Ame Sakura tetapi sangat berbeza dari segi perabot, hiasan dan sebagainya.

"Zao dah tidur ke?" Tanya Sonosuke kepada wanita itu ketika mengekori wanita tersebut ke arah bilik tetamu.

"Saya tak pasti." Jawabnya.

Langkah mereka diteruskan dengan suasana sepi. Maklumlah, sudah jam 11:45 malam. Hanya beberapa orang sahaja yang masih belum tidur di ruang tamu utama kerana menonton televisyen.

Mereka berhenti di hadapan sebuah bilik yang kelihatan besar dari luar. Pada pintu bilik tersebut tertera perkataan "Guest". Itu ialah bilik untuk tetamu. Bilik tersebut terletak bertentangan dengan bilik Jauhari.

"Ini bilik tetamu. Depan ni bilik Tuan Zao. Bilik mandi dan tandas pula di hujung sana. Terus sahaja ke hadapan dan masuk kiri. Di sini ada kolam air panas juga. Sebentar lagi saya siapkan makan. Mahu makan di bilik atau di meja makan?" Jelas pembantu rumah tersebut.

"Meja makan." Jawab Sonosuke.

Empat orang manusia di situ hanya menjadi pendengar kerana tidak faham bahasa Melayu. Rasa sungguh janggal.

"Terima kasih." Ucap Sonosuke kepada wanita itu.

"Sama-sama." Kata wanita itu dengan senyuman manis sebelum pergi dari situ.

Pintu bilik Zao tiba-tiba dibuka. Faiz keluar dari bilik tersebut. Dia mengekori pembantu rumah itu. "Makcik. Malam ni ada makanan lagi tak? Saya lapar la."

"Dua balang biskut cip yang Tuan Fa bawa lari tadi dah habis ke?"

"Habis. Makan dengan abang sambil main game."

"Mari la kita tengok apa yang ada di dapur. Harapnya Tuan Fa tak makan makanan untuk tetamu nanti." Dia ketawa kecil.

Faiz melompat-lompat dan berjalan di hadapan wanita itu. "Sushi." Katanya dengan bahagia.

"Tu siapa?" Tanya Ryoma kepada Sonosuke dalam bahasa Jepun.

Sonosuke membuka pintu bilik. "Tu, Fa. Adik bongsu aku. Dia dapat dengan Zao."

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now