BAB 83

166 18 9
                                    

Darah mengalir keluar dari hidung Jauhari ketika dia sedang berlatih sendirian di dojo pada pagi ini. Dia tidak ke sekolah kerana cuti raya Aidilfitri telah pun bermula. Dia di sini sendirian, sementara orang lain sibuk mengemas rumah dan buat persiapan raya.

Jauhari melihat darah yang menitis di atas lantai. Hidungnya disentuh. "Tak akan la berdarah lagi hidung aku ni? Semalam dah berdarah lepas mandi. Mungkin aku tak patut tahan nafas dalam kolam air panas."

"Aku kena bersihkan darah ni sebelum..."

Pintu dojo diterjah. "Abang Zao!" Faiz berlari ke arah Jauhari.

Jauhari mengeluh. "Dah sampai. Aku tak sempat buat apa-apa."

"Abang okay ke?" Faiz memegang kedua-dua bahu Jauhari walaupun dia pendek.

Jauhari tidak melihat ke arah Faiz yang pendek itu. Mungkin darahnya akan menitis laju ke lantai jika tunduk. Dia memilih untuk dongak ke atas sambil picit hidungnya.

"Hidung aku darah lagi. Tak ada apa-apa la. Cuaca panas macam ni. Tak pelik."

"Abang. Dekat luar tu mendung nak hujan la. Panas apanya?" Kata Faiz. Tidak berpuas hati.

"Oh."

Faiz menarik tangan kanan Jauhari. "Jom jumpa doktor. Dah dua kali macam ni."

"Sikit je ni." Katanya yang mengekori Faiz.

"Nak suruh Tuan Reez angkat ke?"

"Tak apa. Aku boleh jalan sendiri." Tangan Faiz dilepaskan. Dia laju sahaja berjalan ke arah rumahnya dan masuk rumah.

Faiz turut masuk ke dalam rumah. Masuk sahaja dalam rumah. Jauhari sudah hilang. Faiz tepuk dahi. "Lari lagi?"

"Fa. Kenapa ni?" Tegur Aqila yang membawa daun palas untuk buat ketupat bersama-sama di ruang tamu utama.

"Abang. Hidung dia berdarah sejak semalam. Suruh jumpa doktor. Dia tak anak. Dia kata sikit je." Faiz mengadu.

Aqila menyerahkan daun palas kepada Faiz. "Nah. Bawa pergi ruang tamu. Ibu nak tengok Zao kejap."

Faiz menerimanya. "Okay, ibu."

Aqila segera ke bilik Jauhari. Sementara itu, Jauhari pula sudah membersihkan darahnya. Dia baring di atas katil dengan hidung yang disumbat tisu. Tisu dikeluarkan lalu diletakkan di atas meja yang sudah banyak tisu berdarah.

"Macam dah kurang darah keluar. Kena ganti puasa la sehari. Malasnya aku nak ganti puasa."

Bunyi hujan turun lebat mula kedengaran di atas bumbung rumah. Selimut ditarik lalu dia pejam mata. "Rehat la kejap. Lepas ni, mandi."

Hanya seketika dia memejamkan matanya. Kini, dia berada di dunia mimpi pertemuan dirinya dan Ryuuseigun. Jauhari membuka mata. Malas rasanya mahu bangun dari baringkan.

"Jauhari." Namanya dipanggil.

" Ya. Ada apa, Ryuuseigun?"

"Sihatkah?"

"Soalan apa kamu tanya ni? Saya sihat je." Perlahan-lahan dia duduk di atas pulau itu. Dia melihat ke arah Ryuuseigun.

"Tapi tubuh kamu tidak kata begitu. Kamu sudah lama tidak bersatu dengan angin. Kamu hanya menggunakan angin. Apa kami lupa tubuh kamu akan terseksa tanpa latihan? Apa gunanya saya di sini jika kamu tidak mahu bersatu dengan angin?"

"Bersatu?" Dia mengambil masa untuk berfikir.

"Ayah tak beritahu apa-apa pasal tu. Saya fikir, lepas dapat teknik rahsia tu. Saya hanya perlu guna sahaja selepas bersatu dengan angin."

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now